16 Dec 2013

Contengan Jalanan. #1

Bismillah Wa Alhamdulillah. :)

*Senyum*

--
Air yang bertakung akan menatijahkan bau yang kurang menyenangkan. Air perlu mengalir agar tidak bertakung dan menjadi busuk. Begitu juga dengan manusia yang berhajatkan kepada sebuanh pengembaraan. Pengembaraan pasti menatijahkan sebuah pengalaman yang menjadi guru paling indah dalam kehidupan.


Okeh, tenang wahai diri :')

Tenang, Allah tidak meletakkan kita pada satu situasi dengan sia-sia.
DIA pilih, mereka hanya wasilah.

7 Nov 2013

Gerabak Tarbiyyah.

U.S.R.A.H
Untuk. Semua. Rasa. Allah. Hebat !
Usrah is Sweet & Ohsem, tahu ?
*Thumbs up*

Sahabatku, 
Tatkala sahabatmu yang lain sedang menikmati nikmat dunia, 
sedang melalui gerabak masing-masing,
kau korbakan dirimu dengan memujahadahkan dirimu menaiki gerabak tarbiyyah: usrah.
Heh, Allah nilai langkahanmu sebagai satu ibadah. 
Mohon ikhlas !

Sahabatku, 
Ukhwah kita terbina dari kukuhnya usrah, 
dari kencangnya dakwah yang kau dan aku perjuangkan,
Walau hanya nampak biasa dimatamu, 
walau terkadang nampak lelah diwajahmu, 
tapi sangat besar impaknya dihatiku. 
Mampu meniupkan ruh izzahnya Islam !
Kerna kau berjaya melawan nafsu 'malas' untuk terus seiring dengaku.

Sahabatku,
usrah itu bukan sekadar usrah,
tapi disebalik perkataan u.s.r.a.h itu penuh maknanya bagiku.
Tempat kita satukan hati. Mantapkan jiwa.
Topup thaqafah. Berkongsi rasa dan duka.
itu namanya, ukhwah.

Sahabatku,
usrah bukan bererti kita berhimpun dalam sebuah bulatan kecil semata-mata,
usrah bukan mengalirkan masamu berlalu sia-sia,
tetapi usrah mengalirkan pahala setiap detik kita bersma mengingatkan diri pada sang pencipta.

Sahabatku,
Rasulullah s.a.w kecintaan kita, pun berusrah,
Mencari kekuatan tunjang sebuah kebangkitan ummah tercinta,
Masakan kita hanya perlu diam, membisu, tidak menghiraukan ummah ?

Sahabatku,
Lagikan Rasulullah berusrah, berbulatan gembira, berliqo',
Apakan kita insan biasa, lagi memerlukan usrah. 
Diri kita perlukan tiupan Jihad. Demi Allah, untuk Islam !



---
Islah nafsik. itu yang utama.

Moga-moga Allah lorongkan hati kita untuk terus seiring dalam gerabak yang sama.
Ukhwah kita kerana Allah !

Hidup Mati, untuk ISLAM !
Hidup Mati, kerana Allah !

Takbir !

---
Yang masih memerlukan Taujijat: Anak ummi abi.
Usim bumi berNilai
|11.35 am|
--
Creadit to empunya fb: SitiAlawiyah. :)

6 Nov 2013

Dakwah itu| Lelah vs Lillah

Tanpa Tarbiyyah Pasti Rebah !

Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, melarikan diri, lompat-lompat, sekejap down- sekejap up, dan cepat terasa. Bukan.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang dan mudah untuk diikuti, yang penat.- bersusah payah mengelak.

Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Allah. Jika tidak, batang hidung pun tidak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami,
Yang mengikuti hanya untuk meminta pertolongan sahabat-sahabat untuk mendapatkan pencerahan disaat kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapati, tidak dikongsi dengan yang lain.

Yang cepat mengalah, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diri hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan acara-acara 'penting' yang lain.

Yang hanya pandai bercakap (dan menulis)
tapi amal kosong.
Yang hanya tahu membandingkan jema'ah itu dengan jema'ah ini, yang hanya boleh mengkritik dan menilai harakah itu dan ini. Bukan !

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqo' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam sesebuah harakah, sesuatu jema'ah.

Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan 'last minute'.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bkan untuk orang yang tidak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa jalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang ber air-cond, dan laju. Yang tidak menaiki bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
---
Tarbiyyah bukan untuk orang yang kena contact dan diberitahu dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu informasi !

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya mahu berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawa dengan orang susah, miskin dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tidak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa ANDA, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah,
Belum tentu kita berjaya di mahsyar nanti. Allahu Rabbi.

" Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama menbina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."

(Imam As-Syahid Hassan Al Banna)
Sharing is caring: Sekolah pemikiran Dr. Burhanuddin


---
Allahu Rabbi. Moga Allah lorongkan hati kita untuk terus thabat dalam perjuangan. Apa yang kita mahukan dari Islam ? Hakikatnya, Islam tidak perlukan kita. Tapi, kita perlukan ISLAM !

Izzahnya kita kerana ISLAM !
Allahu Akbar !
---
Aku, Kau, Mereka Pejuang Islam !
Syahid matlamat kita. Allahu Akbar !
Seruan Jihad. Ayuh sahut bersama !
--
Ayun anak ummi wa abi.
Bentuk hati molek-molek demi ummah.

---
Tingkatkan amal. Jangan jadi tin kosong ! Ringan, tidak berguna.

28 Oct 2013

Canvas.diri.

Sekian lama tidak mencoret sesuatu.
--
Langkahan kaki tetap diteruskan membolosi onak duri berbelantara. Sosok tubuh ini hampir sahaja lemah menyembah bumi. Namun, Allah hadirkan insan-insan yang sentiasa menjadi catalyst buat diri ini.

Mereka. (ummi, abi, sahabat-sahabat, murabbi)
Terima kasih atas segala sokongan.
Moga terus najah dalam perjuangan. Insha Allah Ameen. :)
--
Aku tersenyum. Memandang ke luar jendela. Melihat keindahan jalanan ibu kota. Aku meneliti setiap sosok tubuh manusia yang melintasi anak mata. Pelbagai ragam dan karenah mereka persembahkan. Caturan Allah, kita yang lakonkan. Moga-moga tergolong dalam kalangan insan terpilih dalam pentas lakonan dunia. Demi menggapai manisnya Awards dari-Nya.

Pelajar Tahun Akhir Universiti Sains Islam Malaysia.
Ya, itu lencana aku sekarang. Tiba juga saat ini. Saat bermain dengan FYP (Final Year Project). Fuuh ~
Bukan mudah mahu berhadapan dengan FYP ini. Banyak perkara yang perlu diselaraskan. Entah mengapa aku merasakan tidak punya semangat mahu berFYP. Huhu

Fuh fuh. Pergi jauh-jauh cas negatif !
Teeet...
--
Semangat berkobar-kobar melihat mereka sahabat seperjuangan berjaya menghabiskan pengajian dalam martabat Ijazah sarjana muda. Mabruk alaikum ! Ain Taif, Aida Jamlie, Hafliana, Ali Jainneh. :) Geng-geng UKM sudah berhari jubah.

Anda sudah. Nantikan kami ! Next Year 2014. Insha Allah murah rezqi, panjang umur, AKU bakal menyusul.

Bicara tentang Graduasi.
Sentap. Aku mampu atau tidak ? Muet tidak melepasi tahap minimum untuk melayakkan aku untuk bergraduasi. Mudah-mudahan kali ini lepas lah. =.='
Allah bagi kejayaan pada mereka yang berusaha. Ya, betul. Aku akui. Mungkin aku belum cukup serius dalam hal ini. *sigh*

Ya, mungkin juga.
Teringat aku kata-kata Abi. ''Kena serius dalam apa juga aspek yang kita buat''
Serius dalam berfikir, serius dalam tindakan, serius dalam percakapan, serius dalam menilai. Ya, tepat. Aku banyak bermain dalam mengatur gaya hidup. Tidak matured. Ya Rabb bantu aku.


--
Wahai diri, jangan mudah tergoda dengan dunia. Kuatkan diri, mantapkan iman. Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Ya, mahu berjaya mohon jadi pelajar luar biasa, diluar kebiasaan kita.

--
OK. NO IDEA.

Jumpa lagi nanti. (macam ada orang baca. Eheh)
--
Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang.
Mohon jadi muslimah bijakpandai.cerdik dunia akhirat
Yakin. Ilmu itu milik Allah. Moga dapat ilmu yang bermanfaat.

|28102014| Library Usim|
--
FYP. Mudahkan aku ya Rabb

9 Aug 2013

Tiga S.

Eid Mubarak sahabat semua !
Aku tulis apa rasa dalam hati. |NOW: 2 syawal: 10.57 PM| entah tiba-tiba rasa mahu meluah.|
--
Lebaran kali ini tidak seperti lebaran yang lalu. Sunyi Sepi Sedih = 3 S.
1 Syawal tidak semeriah dulu.
1 syawal tidak sebising dulu.
1 syawal pagi raya tidak kecoh bila tiba saat-saat pegi solat sunat aidilfitri.
1 syawal tidak ramai di rumah nenek.
--
2 syawal ramai tetamu datang berkunjung, seperti tahun-tahun lalu.
2 syawal kurang tenaga kerja untuk buat itu buat ini. Semua terkejar-kejar.
2 syawal aku jadi orang harapan. *Tukang basuh pinggan*
2 syawal aku tidak tidur awal. Heh.
2 syawal aku asyik bagi arahan. Buat tu buat ni. Lagaknya macam taiko.

--
Apa tidaknya, dulu semua ada. Pika, fatin, azie, kak ija, kak ngah. (geng karas di dapur)
Memang kecoh lah dapur kalau ada semua.

Tapi semua tidak balik sabah T.T
Beraya di Penang dan Sarawak. Hem, memang sunyilaah.

'kurang tenaga kerja kita tiada dorang pika kan' pergh. Luahan acik yen. Memang dihargailah anak-anak buahnya ni.

Penat.
Ok, Moga lebaran kali ini tidk dihiasi dengan warna warni yang tidak indah. Moga seindah pelangi, tanpa coretan cincai. Heh, aku pun tidak faham. Hadoii.

Jaga iman, jaga diri, jaga perbelanjaan, jaga makn minum, jaga pakaian jangan pakai pakaian yang tidak mengikut syara', Jaga mulut, pergi beraya rumah teman jangan dok mengumpat pulak. jaga kaki, pakai stokin keluar rumah. jaga lengan, pakai stogan keluar rumah. itu juga aurat, tahu ?

Harap segala-galanya terjaga. Yang paling penting jaga solat !

Lebaran tidak bermakna tanpa Solat sujud menghadap ilahi. Mudah-mudahan semuanya diberkati Allah Swt. Ameen.
 Salam sayang, slam lebaran.

Ikhlas dari tukang tulis belog,
Ayun.


6 Aug 2013

Akhir.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia mamt buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"

|Al-Baqarah: 216|

---
Semoga masih dipanjangkan usia meniti malam terakhir untuk ramadhan ini.

Selagi nyawa dikandung badan, tidak pernah ada kata terlambat untuk bertaubat kepada Allah, sungguh pun pintu keampunan-NYA lebih luas dari langit dan bumi.

 اللهم إن كان هذا آخر رمضان لي، فطر ني ذنوبي ثم خذني إليك وفاء

---
30 Ramadhan 1434 Hijrah.
Moga Allah redha segala amal kita.


Langkah Mawar.

---
Kuntuman Mawar indah menyebarkan harumah wangi menusuk sanubari.
Mawar yang dibaja dengan makanan rohani. Kini bangkit dengan menghunus duri pembenteng diri.

Aku tidak sehebat Saiditina Khadijah dalam meluahkan apa rasa dalam hati.
Tidak, aku tidak kuat. 
kerna Maluku membentengi Kesudianku.



Harap kau mengerti.

Baitul Muslim.

Jom sahabt, baca link blog di bawah ini. Moga ada input buat diri. : Coretan si Pengemudi.
Coretan Si Pengemudi..: Antara Dua Pilihan??: Antara topik yang sering dikongsikan adalah – membuat pilihan tentang jodoh. Pilihan itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon ...

---
Antara dua.
Memang dalam berbaitul muslim banyak ujian berliku dan onak duri yang tidak diduga.

Bersediakah ?
--.
Ramai sahabat fillah yang sering merujuk pada diri ini. Berpengalaman sangat kah ? Terfikir jugak.

Kadang-kadang aku merasakan tidak layak untuk memberi pendapat apatah lagi menilai seseorang. Tapi bagiku, itu satu bentuk kepercayaan buat diri ini. Amanah dari Allah wasilahnya mereka.
Allahu Rabbi. Moga aku amanah dalam proses ini.

Kerahsiaan sahabat, amat dititk beratkan. Takut ada lompong mana-mana bahagian. Bantu aku ya Rabb.
--
Baitul muslim.
Semua insan impikan.
Mahu Jodoh yang baik, Beriman, Berakhlaq, baik pada ibu bapanya, insha Allah baik jugaklah pada kita.

Cuma satu aku mahu pesan, jangan membuat keputusan berdasarkan nafsu semata-mata. Dahulukan iman, Ketepikan nafsu.

Kepada sahabat yang sedang dalam dilemma, jangan risau ya. Istikharah is better. :)
Minta jawapan dari Allah.
Aku hanyalah wasilah untuk kau membuat keputusan dan menilai dari dasar hati. Aku tahu amat sukar, dua-dua yang datang tidak diragui agama dan akhlaq nya. Masing-masing punya kelebihan dan kelemahan yang perlu kau lengkapkan.

Itu yang kau kena celik sahabat.
Pilihlah yang kau rasa mudah untuk menerima. Yang kau rasa ada rasa kedamaian dan ketenanagn dalam hati.
Ingat, itu ujian hati namanya. Apapun, aku tahu kau tidak akan membuat keputusan yang silap. Minta jawapan dari Allah ya :)


--
Selidik terlebih dahulu.
Ya, itu yang aku cuba bantu. Namun, semua keputusan ada di tangan kau sahabat. Jangan risau, dia yang aku selidiki punya peribadi yang hebat dalam perjuanagn dakwah islamiyah.
Allah ciptakan adam dan hawa untuk saling melengkapi. Kau juga punya sosok tubuh yang kental dalam medan dakwah, kan ?
--
'' Sebaiknya penyelidikan kita itu, kita musyawarahkan dengan ibu dan ayah atau orang-orang yang amanah serta berilmu. Kita bukan meminta orang lain membuat keputusan, namun pandangan mereka akan menjadi extra 'mata' dan 'telinga' untuk kita memilih teman hidup dengan teliti.''

--
Baitul Muslim.
Ini bukan perkara main-main. Yang mana suatu ketika dahulu kita seringkali menjadikan bahan gurauan dalam dialog harian. Itu dahulu.

Sekarang usia sudah meningkat. Mahu tidak mahu, pasti ada saja yang akan bertanya. Kita yang sudah berusia, mohon jangan ambil mudah. Kau umat nabi Muhammad kan ? Sila jangan tolak fitrah yang telah Allah amanahkan. Wallahu'Alam.

--
Aku sedar, aku sudah dewasa.
Anak umi wa abi.
Ya Rabb, Bantu aku jaga hati ini untuk yang halal saja.

--
Ya Allah, Aku jatuh hati.- Sebaik-baik pemberi rezeqi.

23 Jul 2013

Adik-adik Ku sayang. # Nur Muhammad

Rumah Amal Nur Muhammad, Subang Jaya.
--
Nilai - Bangi - Subang Jaya - Nilai.

Jauh perjalanan, Luas pemandangan, Syukuri nikmat alam. Alhamdulillah.
--
Bangi Seksyen 3, Rumah Haji Sade.
12 Ramadhan.
Alhamdulillah.
Aku dan mereka | Dayang, Gina, Hawa and Suri | berkesempatan untuk berbuka puasa di teratak indah milik Tuan Haji Sade & Isteri, Kak Azizah. Alumni Marsis.
Juadah yang superb. Sungguh, Moga keluarga ini dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Allah. Murah rezqi, Insha Allah melimpah ruah. Amiin
--
Perjalanan kami bermula usai Pembentangan sedikit dari MT Marsis terkini. Ops, aku bukan MT ok. Ahli biasa-biasa saja. Dayang, Suri dan Gina. Membentang tentang laporan terkini Marsis. Pergh, dasyat jugak alumni-alumni Marsis ni, semua berpandangan jauh. Demi Sabah, Untuk Islam ! Takbirr !

--
Ok, Next.
12.05 pm
Ber- Proton saga baru berbaju putih,
Bergerak Keluar dari Bandar Bangi.
Dengan bantuan GPS dari handphone canggih mereka, Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar. Even sudah lewat tengah malam, masih ramai insan-insan yang setia memandu pacuan empat roda mereka. Aku jugak jadi bingung. Niat di hati mahu memandu dengan aman. Tapi, harapan itu sia-sia. Malah pemanduan manusia yang masih celik di tengah bandaraya itu seakan-akan rumah mereka melarikan diri. Erk ?

Oh, aku terlupa.
Ini bandaraya Kuala Lumpur. Bukan Kota kinabalu. Eheh.

Dengan kelajuan 100km/jam hinggah 120km/jam aku rasakan sudah cukup laju. Tapi, ada lagi yang lebih laju. Mungkin 140km/jam hinggah 160km/jam. Kan aku sudah katakan, mungkin rumah mereka mahu melarikan diri. So, mesti kejar ! Hiyaak !

Allahu Rabbi. Hati-hati wahai diri. *ini untuk aku* untuk aku yang selalu bawa laju. Hewhew
--
'kamu jadi mata-mata kakak ahh'

Ya, itu pesan aku tiap kali memandu di malam hari. Aku seperti kehilangan deria penglihatan ketika itu. Side miror and cermin pandang belakang sudah tidak berfungsi bagi ku. Oh, terasa hilang nikmat.

Silau !
Mujur ada mereka. Jadi side miror aku buat sementara waktu. Terima kasih semua ! ^^

--
Hampir 2 jam pemanduan, akhirnya kami sampai. Alhamdulillah, mereka menemani aku. Tiada seorang pun yang tidur. Eheh. Semua mahu bercerita. Ohoii. Memang meriah kereta. ^^

Kami sampai di kawasan perumahan. Entah apatah namanya. Aku lupa.
Setibanya kami di rumah Puan zeti, dengan perasaan yang gembira tidak terkira. Alhamdulillah syukur meniti dibibir masing-masing.

Bukan dekat cik kiah Oii. Jauh kot. Bangi - Subang.
Maybe orang sini kata dekat saja. Tapi bagi aku yang memandu, emm memang jauh. =.='

Tidakpa, untuk beramal, kita berkorban masa dan tenaga. Moga ada ganjaran disisiNYA. kan ? :)
--
Eh, lupa mahu khabarkan.
Ini program under Marsis. | Markaz Siswa Siswi Islam Sabah |.
Program bersahur bersama anak-anak yatim. Julung-julung kali diadakan.
Sebab itulah kami kena bergerak awal dari Bangi, takut salah jalan, mahu-mahu terlepas pula waktu sahurnya.
---

But, why only five person incharge ? Hmm.

Pada mulanya ragu-ragu mahu teruskan. Tapi, Its ok apa lima orang saja yang buat. Lagipun bajet sangat-sangat kurang. Semua barang sumbangan adalah daripada sumbangan ikhlas hati-hati yang telah dibuka oleh Allah. So, kalau ramai-ramai pun, takut bajet tidak cukup. Kan ? Rasa-rasanya, itulah hikmah disebalik perancangan Allah.

Alhamdulillah kami tetap teruskan.
--
Sampai sahaja, kami dijemput oleh cik Yam, Pengasuh anak-anak kecil dirumah itu.
Puan zeti masih dalam perjalanan. Sebab ada anak asuhannya yang sakit. Kena hantar ke hospital. Moga-moga adik kecil itu sudah beransur baik. :)

Masuk dalam rumah, ruang tamu dipenuhi oleh anak-anak lelaki kecik yang sedang tidur nyenyak.
Aku melihat mereka dengan perasaan yang pelbagai.

Sedih. Sayu. kesian pun ada jugak. sesekali teringat pada zaim. Adik bongsuku disabah. Rindu !

Lebih kurang 17 orang adik-adik lelaki. dan 6 orang adik-adik perempuan.
Semua daripada pelbagai latar belakang.

Majoriti Anak yatim dan dari keluarga susah.
--
Hm, terfikir jugak. Ada keluarga, tapi mereka dihantar ke rumah amal keajikan. Kesian kan ?

So, bersyukurlah kita masih punya keluarga yang masih mmpu untuk menjaga dan mendidik kita dari kecil hingga sekarang. Kalau tidak, entah apa jadi dengan masa depan kita. Pernah terfikir ?

Dan.
Alhamdulillah masih ada insan-insan yang sanggup memberi cahaya pada mereka untuk meneruskan kehidupan. Itu yang Allah nilai. Kita ? Mahu bersedeqah pun payah. Apatah lagi mahu membiayai kehidupan seseorang.
--
Aku. Andai berpeluang mahu saja membuka pusat asuhan untuk golongan seperti ini. Golongan yang tersisih jauh dari keluarga. Untuk ummah Islam apa salahnya. kan ?

Cuma diri dan hati ini saja mahu atau tidak, mampu atau tidak.
--
Satu aku terfikir. Andaikata mereka sudah mampu untuk berdikari, sudah menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah, kemana arah tuju mereka ?

Samada ke Universiti atau kerja ? Andai ke universiti, siapa yang mahu menanggung kos pengajian ? Sendiri ? Atau ada ruang untuk mendapat biasiswa ? Itu semua aku terdetik ingin tahu. Moga ada insan yang masih sanggup mahu membiayai. Moga-moga. Aku salah seorang darinya.

--
Waktu sahur.
Amat meriah. Aku yang berada di tingkat atas, sangat jelas kedengaran sayup-sayup suara adik-adik kecil itu. Umur dalam lingkungan 4-12 tahun. Comel kan ? ^^ kumpul ramai-ramai. Waah ! Bahagia nampak.

Namun jauh disudut hati mereka, siapa tahu ? Mereka kuat. Kuat berhadapan dengan takdir masing-masing. Andai lah mereka sudah mampu menilai kasih sayang, sudah pasti banyak perkara yang mereka persoalkan.

Mujur mereka punya ustazah yang baik, peramah, penuh kasih sayang. |Puan Zeti|

'siapa nak duit raya ?' soal ustaz Hendri. Usai bercerita pagi itu.

'Ana ! Ana ! Ana !' Gurlp.

Bukan aku saja, mereka jugak tergamam mendengar kata ganti diri itu. Sungguh, lembut dipendengaranku.
Allahu Rabbi Sungguh suci hati adik-adik kecil ini.
--
Selepas menyampaikan sumbangan dan penghargaan, aku dan mereka bersiap-siap untuk berangkat pulang.
Usai mengemas, kami bersalam-salaman dengan ahli rumah amal itu.

Sedih pulak rasa dihati. Even tidak sampai 24 jam kami bertandang ke rumah amal itu, hati bagai tertaut tidak mahu berpisah.

Qanita, Tasneem, Atiyah, Barirah, Abu Rawahah, Taufik dan lain-lain.
Uniq nama mereka. Indah. Moga membesar seindah nama ya adik-adik !
--
Kami berlima membolosi diri masuk ke dalam kereta.

Qanita. adik kecil berusia 2 atau 3 tahun, menangisi pemergian kami. Allah. Terkesima melihat air mata  mengalir dari mata susuk tubuh kecil itu.

Dia mampu menangis. Aku ? *sigh*
--
Perjalanan keluar dari bumi subang, memerlukan bantuan  GPS.
Alhamdulillah berjaya menelusuri highway menuju ke bumi berNilai ini. Kesian jugak pada mereka. Ada yang sudah terlelap. Ada yang setia menemani aku. Takut-takut aku jugak terlelap.

Tapi, sejujurnya aku memang mengantuk. Ohoii. dua tiga kali juga mata terpejam. Letih kot.

Aku kuatkan semangat, mahu minum air, makan gula-gula.. Puasalah pulak. Eheh Sabo-sabo.

Satu aku mind set, Aku bawa anak orang, kalau jadi apa-apa. Guane ?

Tapi, Alhamdulillah. :) Selamat sampai di teratak kami ! Turun saja dari kereta, semua landing, qadha' tidur. Eheh. Aku jugak ! ^^
--
Moga ada Nilai disisi Allah segala gerak kerja kita ya sahabat-sahabat. |Redha Allah kita kejar bersama|
--
Aku menulis untuk santapan di hari tua, manatau boleh jadi tatapan anak cucu. Dan menulis untuk peringatan buat aku dan engkau.
Hati kita milik Allah. Dia bisa ubah apa rasa dalam hati. Dari benci jatuh sayang, dari sayang jatuh kasih. dari kasih jatuh cinta !

Oh, aku jatuh cinta pada adik-adik kecil yang masih mencari jalan untuk masadepan mereka ! Moga sentiasa dalam jagaan Allah adik-adik ! Bantu mereka ya Allah. Beri mereka hati yang kuat untuk membentuk impian dan harapan mereka. :)

Teratak mereka. :)

Gina, Hawa, cik yam, puan zeti, Suri, Dyg, Aku :)

Moga jadi anak soleh/ah

--
Mudah tersentuh, mudah jatuh hati.
Ya, itu aku.
|14 Ramadhan 1434 hijrah|

---
Lawatan susulan. Insha Allah lebaran nanti ^^

19 Jul 2013

Aku dan engkau. # 1

--
Entah, hari ini rajin sangat update belog. Eheh. *gelak sopan*

'Aku'.

Hmm, apa yang janggalnya ? Aku rasa lebih sampai maksud bila guna kata ganti nama ini. Betul tidak ?
Erk. Itu pada pandangan aku. Engkau, engkau dan engkau di luar sana, terpulang dapat terima atau tidak.

erkk. *perasan lettew ada orang baca belog dia* gelak sesorang. Ahah
--
Cerita aku.
Eheh, mengada pulak bila teringin bercerita tentang diri sendiri. Biarlah, bukannya ada orang baca kan ? ^^

Mahu bicara tentang belog ini. Rasanya sudah hampir dua tahun aku menjadi pemilik http://anakummiabi.blogspot.com :)

Lama memang lama, tapi apa sudah aku sumbangkan untuk Islam melalui laman sosial ini ? Aku dan engkau bagaimana ? Dush ! Tampar pipi, tanya hati. *jangan tampar kuat-kuat pulak* Ohoii.

--
Dulu niat aku mahu jadikan belog ini tempat luahan apa rasa dalam hati. Suka, duka, tawa, hiba, tangis, sedih, gundah gulana. Semua itu aku rasakan mahu saja kongsi di teratak ini.

Namun aku silap. Ya, sangat silap.
Sepatutnya, dari awal lagi aku perlu jadikan teratak ini sebagai salah satu wasilah untuk mengubati penyakit hati ummah Islam. Medan yang akan membuka celikkan mata hati kau dan aku.

Kalau bukan semua yang akan celik, sedikit cuma itu sudah memadai.

Aku tahu aku bukanlah hebat sangat mahu bermain dengan ayat Quran dan Hadis untuk dijadikan penguat kepada sesuatu info atau input. Tapi sekurang-kurangnya, aku dan engkau ada usaha untuk memberi dan menghulur sesuatu untuk makanan rohani insan-insan yang dahagakan pengisian jiwa.
--
Bukan mahu katakan diri ini hebat. Tidak. Tidak sama sekali. Aku hanyalah hamba Nya yang masih mencari kekuatan diri untuk lebih berani menghadap dunia luar. Menghadap fitnah, mehna dan tribulasi.

Tapi ingat, sebelum itu, kena study dulu rentak dunia masa kini.

Ya, aku tahu, yang engkau jugak tahu. kita akan sama-sama mengorak langkah berpimpin tangan, berganding bahu dalam menerobos onak duri kehidupan. kerna apa ? Kerna kita bersaudara. Ingat itu.

Aku tidak mahu apa yang aku dan engkau coretkan menjadi sia-sia. Tiada ganjaran disisi Nya.
Ingat, apa yang kita onteng di teratak masing-masing jugak akan dihitung di akhirat kelak. Akan dihisab dan akan dipersoalkan.

Adakah kita lakukan apa yang telah kita kongsikan dalam ruangan ini ? Cek semula entri kita. Mudah-mudahan kita dalam golongan yang Allah pilih untuk amalkannya. Bukan setakat tulis saja. Kena amalkan.

Wujudkan rasa serbah salah dalam diri, andai tidak mengamalkannya. Oh, berdosanya aku !
Mahu jadi muslimah superb, kan akau sudah katakan. Kena berubah 360 darjah. Baru umphh ! *thumbs up*

Aku tahu engkau pernah baca surah As-Sof ayat 2. dan sudah hadam makna keseluruhan ayat ini. Kan ? *mohon cek dalam tafsir quran masing-masing*
--
'wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu katakan sesuatu apa yang kamu tidak kerjakan?'

dan Allah menyambung pada ayat seterusnya.
--
'sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.'

Na'uzubillahi minzalik.
--
Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan itu.

Tapi aku tahu, engkau tidak begitu bukan ? *senyum*
Aku tahu sahabat-sahabat di luar sana tidak menulis melainkan anda lakukannya. kan ? Bagus.



Sama-sama, Ok ! (^^,)

Sebelum update entry, Ikhlaskan niat, Niat tu kena betul. Bukan mahu mendapat pujian daripada silent reader.
Ingat, syaitan sentiasa ada.
--
Riak.
Pergi jauh-jauh. shuu. shuu ~
Tapi kalau mahu coret untuk jadi kenangan di hari tua, it up to you. ^_^ aku juga mahu. kenangan mengusik jiwa. Zaman remaja muda mudi. Eh ?
--
Sebenarnya,
Baru saja renovate design belog ni, poning den dibuatnya. Tidakpa, yang penting aku dan engakau senang membacanya. Even serabut sedikit. Eheh.

Tu yang semangat skit mahu update belog. Eheh.



Salam peringatan di bulan ramadhan,
Aku hamba Allah yang dhaif,
Mohon tunjuk ajar dari sekeliling.
-----------
p/s: lagu pun sudah bertambah. Maaf ya pada mereka yang punya lagu instrumen yang sama. Aku cedok dari belog anda. sebab ada zukk disitu. Eheh. Ok salam sayang dariku. ^^

18 Jul 2013

Hati-hati kita.

Hati-hati kita.

Ramai yang kerap membicarakan soal hati. Ya, soal hati. Soal hati ini untuk siapa. soal hati ini milik siapa. And soo on. Entah, dari sekeping hati, boleh pulak timbul bermacam soalan. Pelik kan ?

--
Hmm.
Hey, manusia yang jugak punya hati seperti aku.
Satu aku mahu sampaikan. Mahu ingatkan diri dan engkau sekali.

''Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati !'' -Imam Al-Ghazali
--
Gurlp.
Terpukul dengan kata-kata ini.
Itu aku. Engkau ? =.=''


Segala-galanya bermula dari sini. *tunjuk dada*

Kalau hati sudah tidak mampu untuk menilai, tidak punya mata hati untuk mentafsir, Mohon kau dan aku pinta hati yang baru dari NYA.

Moga hembusan nafas kita tidak sia-sia. Belum terlambat untuk kau dan aku.

Put your trust to Him. Sungguh-sungguh.
--
Muslimah bijaksana boleh berubah dari gunung sahara gersang menjadi taman-taman segar menghijau, berbunga indah dihiasi kupu-kupu cinta.

Malah, mampu menghasilkan haruman yang menusuk sanubari, mendamaikan jiwa.

Maka,
Engkau muslimah, Bulan mulia jadilah muslimah bahagia.

Ramadhan Kareem. 10 ramadhan. Mohon keampunan daripada-Nya.


--
Hamba Allah,
Masih belajar berdiri di kaki sendiri.
|10 ramadhan| Mohon doanya.

17 Jul 2013

Ibrah: ilmu #1

Bismillah wa Alhamdulillah.

8 Ramadhan 1434 hijrah.
Aku bersyukur masih diberi ruang dan peluang untuk mendaftar dan menempah tiket ke madrasah tarbiyah tahun ini. Alhamdulillah ya Allah.
Macamana ramadhan anda ? Osem ? Ya, sudah pasti. keluarga di sisi, semua orang harapkan.
Aku ? Insha Allah masih ada kekuatan untuk berpuasa di perantauan. Usim bumi berNilai.

Masih banyak yang perlu aku selesaikan. May Allah Ease.

---
Banyak yang aku fikirkan. Entah, serabut pun ada jugak.
Bicara tentang ilmu. Aku sangat keterbelakang. Hati dipaut rasa geram dan marah pada diri sendiri.

Seorang Muslim/muslimah.
Layakkah digelar ummah Nabi seandainya banyak sirah tentang perjuangan Rasulullah tidak diketahui ? Allahu Rabbi.

Mahu jadi pendidik kononnya. Tapi Sejarah perang badar dan seangkatan dengannya tidak diketahui. Malah lebih teruk bila ditanya tentang Aqidah, Tauhid,  iman, islam dan ehsan, Rububiyah, Uluhiyah, Asma' wa sifat berserta dengan dalil quran. Terpinga-pinga.

Bagaimana mahu mendidik ummah ? *mohon jawab istilah-istilah tersebut, ukur tahap kita* tepuk dada tanya iman.
--
Itu soal jawab dengan mereka-mereka yang berada dalam bidang agama, belum lagi menemu bual  mereka yang di luar dari bidang itu. Entah apa alasan yanag diberi.

Dengan alasan mereka tidak punya subjek sirah atau yang berkaitan dengan agama ? Hey, kau seorang muslim. Patut tahu. Please la sahabat, TOPUP ilmu akhirat, disamping kutip ilmu dunia.
--
Pendidik ummah, pendidik generasi mendatang. Kau patut tahu, ilmu Allah itu luas. Bersikap tamaklah dalam mencari ilmu. Jangan berfokus dalam bidang yang sudah tertera dalam surat tawaran universiti sahaja.

Ingat, itu tidak mencukupi untuk kau bawa sebagai bekalan mengubati hati ummah. Kalau bukan untuk  ummah di luar sana, itu, ilmu untuk kau mantapkan aqidah dalam keluarga sendiri. Kau pasti punya adik, kakak, abang, anak, cucu cicit bukan?

Mereka.
Insan yanag amat memerlukan pengisian ruhani untuk membentuk aqidah yang mantap. Sila jangan mengharapkan ustaz/zah yang memberi. Itu peranan kau, tahu ?

Andai semua muslimin/mat bersikap mudah dalam hal ini. Ramai lah yang akan hanyut dibuai nikmat dunia semata-mata. Tiada siapa yang akan berani menghulur dan memimpin tangan insan-insan yang tercicir dari rahmatNYA.

--
Pendidk kononnya. Sedangkan Sejarah hidup Rasulallah pun tergagap-gagap. Terkial-kial. Apatah lagi sirah nabi-nabi terdahulu. Hey ! mahu jadi insan bermanfaat, mohon kaji sejarah para anbiya'.

Jangan rasa hebat sangat dengan ilmu kedoktoran, engineering, usahawan, pertanian, angkasawan andai solat pun tidak teratur. Solat lambang peribadi. Aku pasti kau tahu itu.

Jangan rasa power sangat dengan kemahiran pengucapan awan yang meletop-letop, andai bila diberi tajuk iman dan taqwa, Aqidah dan perjuangan, lidah kelu. microfon jatuh. Memalukan ummah !

Jangan rasa super sangat dengan harta yang melimpah ruah, anak-anak yang ramai, andai rukun iman dan rukun islam pun tidak tahu. Apatah lagi takrif zakat pun tidak hadam. Masih teragak-agak mahu berzakat atau tidak. Astaghfirullah.

Jangan rasa kau yang terbaik andai punya result yang gempak dalam apa juga bidang, andai bila bicara tentang Islam, kau senyap. No idea. Heh, kata hebat.
--

biuh-buih. jangan jadi seperti dia. banyak tapi tidak berguna.

Ingat sahabat, ini untuk aku dan kau.
Aku tahu masing-masing punya jalan sendiri. Tapi ingat jalan mana yang kita lalui, berlandaskan ilmu yang kita ada.

Ilmu Islam, Ilmu Allah.

Sangat luas. Ada di mana-mana.
Jangan sampai kita malu di hadapan Allah. Jangan sampai kita kelu tidak terkata, datang tanpa amal yang soleh disisiNYA. Tidak tahu mahu sembahkan apa padaNYA.

Tuntu Ilmu, satu perjuangan, satu langkah untuk dekati Dia.
---

Yukk sahabat-sahabat. Aku bicara untuk diri sendiri. Juga untuk engkau yang ambik cakna.

Moga-moga rasa disertai langkah perlahan-lahan untuk dekati Allah.
---
Kufur vs Futur dengan ilmu ?
Aku masih anak ummi wa abi,
Moga teruskan perjuangan, bedah buku-buku itu.

|8 Ramadhan 1434 hijrah| Akasia Park| 2013

1 Jul 2013

Berubah # Sekeliling


Dulu Penulisan aku lain. Bila baca balik, aku dapat rasakan sesuatu yang cukup tidak matang. Malu pun ada. *sengih sesorang*

Biarlah. Biar itu jadi kenangan entry lalu.

Ya, itu dulu. Namun sekarang aku mungkin sudah ke alam lain. Barangkali. Ya, aku dapat rasakan.
Mahu jadi muslimah hebat, kena change 360 darjah. kan ?

Berubah cara pemikiran, akan mengubah cara untuk kita berbicara, sekaligus mampu melontarkan idea-idea yang bernas. Percaya atau tidak. Kita sendiri boleh rasa. Ya, itu aku. Engkau ? Terpulang.

--
Kadang-kadang kita tidak sedar tingkah kita dalam berbicara sesama kita. Ada lagak kita yang membuatkan insan sekeliling tidak selesa. Atau boleh dikatakan mereka rimas dengan cara kita berinteraksi. Kenapa ? Mungkin sebab tingkah kita yang masih keanak-anakan. Yang masih bermanja-manja, yang masih tidak mampu membuat keputusan sendiri, yang masih bla bla bla... (banyak, sila fikir sendiri, rasa sendiri)

Sedarkah kita ? *aku juga masih berfikir*

---
Pernah suatu ketika, salah seorang sahabat aku menegur. Teguran yang aku dapat rasakan, itu teguran dari Allah.

'kak mina nampak macam isteri orang lah.' Disertai dengan gelak sopan mereka. Terhibur sungguh.
Mungkin disebabkan aku berjubah plus bertudung cendawan yang comel. Dengan handbag di bahu. Fuh, nampak macam dah anak satu kot. *gelak sopan*

Aku tidak kisah mereka mahu kata apa. Yang penting aku selesa dengan penampilan begitu.
Ya, aku memang nampak matured dari segi fizikal. Itu aku akui. Eceh. hehe *senyum*

Teguran dari Allah. Tentang apa ?
Teguran agar kita lebih matang dengan sekeliling. Ya, sungguh, Itu aku akui.
Dan,
Teguran agar kita lebih menjaga tingkah dan berperwatakan lebih sopan. Hee. *malu pulak*
Bukan teguran untuk kita lebih bersikap kebudak-budakan. Mohon sedar diri, anda sudah duaploh tiga ok.

Tapi,
Mungkin bila sekeliling sudah memandang kita dengan pandangan yang satu. 'matang', mereka sudah mengharapkan kita akan perform yang terbaik dalam segala aspek. Percaya atau tidak ?
Sedangkan dengan nilai angka pada umur sudah membuktikan, apa lagi pada zahirnya fizikal kita.

Kan ? Orang yang sudah duaploh han, tahu lah kot. Semua mahu kita yang buat. See. Matang punya pasal. =.='
Oh, Tidak.
---
Aku macam isteri orang ? Oh, aku tidak kisah. Aku lebih suka. Eh ?

Sekurang-kurangnya aku ada identiti yang disegani. Benar kah ? Eheh *thinking again*

Tapi satu aku fikir, aku bukan lagi anak kecil, bukan lagi budak hingusan sekolah rendah, bukan lagi remaja sekolah, bukan lagi sweet seventeen. Bukan lagi.

Kalau dulu anak kecil itu sering dibisikkan dengan suara-suara emas | 'semoga jadi anak solehah sayang'|,
Tapi kini anak yang kecil itu sudah mengerti erti kehidupan, sudah bisa membezakan yang haq dan yang batil, yang sudah pantas memberikan perhitungan, yang sudah penuh dengan impian yang hanya mengejar detik waktu untuk merealisasikannya,

Kini anak kecil itu telah mampu mengUpgrade lencana pada diri dengan status, |Aku mahu jadi Muslimah Solehah| Full Stop.

---
Muslimah.
Satu istilah yang begitu Osem buat aku. Engkau jugak kan ? Aku tahu :)

Tapi, penuh atau tidak bekas hati ini dengan rempah ratus plus serbuk perasa untuk menghasilkan muslimah yang Superb lagi Osem ?
Insha Allah.
Masih ke arah itu. Masih mencari vitamin hati dan Suppliment untuk rohani agar memproduce sesuatu yang super duper hebat !

Yukk sahabat-sahabat !
Sama-sama jadi Muslimah Oseem !
Jaga penampilan. Jaga tutur kata. Jaga tingkah kita. Jaga hati. Jaga Amal. Jaga aqal. Jaga langkah kita. Jaga mata kita. Jaga telinga kita. Jaga aktiviti harian kita. Banyakkan zikir. Banyakkan solat sunat. Banyakkan sedeqah.

Yang paling penting, jika setiap aspek kita jaga, insha Allah Iman kita juga terus-terusan terjaga.
Bahagia Dunia, Ganjaran di Akhirat sana. Mahu tidak ?

Yukk ! Sama-sama ya ! ^^



Belum terlambat untuk kita tempah senyuman diakhirat sana. Masih Ada Waktu untuk kita Muslimah !

---
Bukan Muslimah Sembarangan.
Anak ummi  dan abi.
Berlari mengejar hadiah dari NYA.
|Aksia Park| 01072013| 8 hari lagi Ramadhan

26 Jun 2013

Detik itu aku kenang.


26 May 2011.
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)

*Gambar hiasan semata-mata..



Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt.

#Ada sedikit cecair keluar dari anak mata usai membaca artikel di atas. Oh, sungguh lembut hati yang Allah Kurniakan. Allahu Rabbi. Moga-moga kita dijauhi dari sifat-sifat mazmumah.

Ayun masih anak ummi wa abi,
Jiwa kental, Hati lembut, Ewah :)
Raksasa Ego ! Pergi jauh-jauh.

21 Jun 2013

Mohon Jujur.

Bismillah wa Alhamdulillah :)

Another one paper to go. Semangat pula Exam semester ni. Why ? Entah lah. Biar aku saja yang rasa. kan lebih elok. *senyum sorang-sorang*. Hee

Tadi baru saja aku dan sahabat-sahabat menempuh paper untuk subjek Sunnah, Bid'ah wal khurafat & Hadith 2. Letih kot menulis. Huhu Harini dua paper.
Jumu'ah Barak. :)

Alhamdulillah aku jawab dengan lancar. Mungkin itu hadiah dari Allah untuk hamba-hambanya yang berusaha. kan ? Moga-moga punya natijah yang Superb ! insha Allah.

Keep Du'a Nurul ! -nun wau ro wau lam. lama pendengaran ini tidak disapa panggilan itu. #rindu.

Bicara tentang exam. Ya, exam duniawi semata. Tapi sebagai langkah untuk kita ke akhirat.

Aku hairan pada mereka yang 'tidak jujur' dalam dewan imtihan. Bukannya tidak muroja'ah malam sebelum exam, sehinggakan tidak tidur malam, dan sanggup bagi power pada mata (teguk Nesscafe secawan) untuk tidak tidur, dek kerana subjek ini subjek Killer ! Tapi kenapa sanggup melakukan 'diskusi' di dewan imtihan ? Pelik bin Ajaib bukan ?

Sejujurnya aku tidak senang dengan apa yang berlaku. Memang kita mahu berjaya dalam imtihan, mahu dapat natijah yang super duper power ! Four Flat kot. Hebat tuu. Hebat ??

Ya, 4.00 dalam Semester ini. Hebat tu. Ajaib kan ? Memang Ajaib kalau atas usaha sendiri.
Kalau tidak ??

Apalah sangat yang mahu dibanggakan dengan A berderet tetapi tidak meletakkan kebergantungan sepenuhnya pada Allah ? BerNilai kah lagi Natijah itu ? Buka kotak pensil, jawab sendiri. Jangan tanya kawan belakang pulak mahu jawab apa !

Aku bukanlah seorang yang bijak pandai genius plus kaw kaw dalam akademik. Aku pelajar yang biasa-biasa saja. Disebabkan itulah aku perlu untuk setapak lebih laju dari sahabat yang lain. Agar aku jadi pelajar yang luar biasa yang berusaha diluar kebiasaan aku. Tapi kalau boleh aku mahu upgrade langkahan ini bertapak-tapak lebih laju dari mereka. Perghh. Ayat. Eheh *semangat nampak ! * Good ! Sengih sesorang. ^__^ Cool bebeh. hee

J.U.J.U.R

Mohon berlaku jujur dalam setiap perilaku anda. Mohon sangat-sangat.
Mahu ditegur takut deme ni marah pulok. Haihh. Harap sedar lah 'pokci-pokci and mokci-mokci'.
Takut-takut tidak sempat ke pangkal jalan.

'Awak bagi dia jawapan eh tadi ?' seorang pengawas peperiksaan menyoal insan dihadapan aku.
Dia menggeleng mahu membela diri.
'Saya nampak awak bercakap dengan dia tadi.'Sambil tangannya menuju ke arah sahabat sebelahnya.
'Awak cakap apa tadi ?' Dia menambah. Nasib bukan Ketua Pengawas yang nampak. Kalau tidak, dah out kot. Pernah terjadi, So, jangan cuba-cuba.

Aku jadi cuak. Aduh malunyaa. Sebab dia kawan aku. Bukan aku tidak dengar mereka berdiskusi tadi. Tapi tidak sangka ada mata-mata yang melihat.

Haa. Kan dah kantoii. Ingat, itu amaran dari Allah.
Rasa cuak plus debaqq kan ??

Itu baru manusia yang menyoal di dunia. Belum Allah yang soal di akhirat kelak. Rasa mahu lari kembali ke dunia barangkali. Tidak mahu ulang dan kalau boleh mahu hazaf amalan buruk dari buku sebelah bahu kiri itu. Barangkali.

Allahu Akbar. Betapa lemahnya kita. M.a.n.u.s.i.a.

Medan Imtihan kami student usim !
--
Manusia, ingatlah kita hanya sebentar cuma di bumi yang penuh dengan angan-angan. Yang pasti yang kekal yang permanent adalah hari akhirat hari pembalasan hari penentu segalanya. Ke sana atau ke situ. Fi Jannah vs fi Naar. 

Jadikan angan-angan kita untuk ke 'sana' sebagai satu Realiti. 'sana' aku tahu engkau semua faham, kan ? Sama-sama. Pimpin tangan aku andai aku makin jauh dari NYA.

Aku menulis bukanlah mahu memalukan sesiapa, tapi untuk peringatan buat diri. Takut-takut aku jugak melakukannya. Siapa tahu. Ini sebagai peringatan awal untuk aku agar tidak terjebak. Hanyut dalam khayalan sendiri, bernakhodakan nafsu. Syaitan bertepuk tampar. Happy. Kita ?. Na'uzubillah.

Moga Allah pegang hati kita. Tidak dipalingkan dari sirotim Mustaqeem.

Kepada mereka yang pernah berlaku 'tidak jujur', yukk ubah sikap ! Letak Allah dalam setiap langkah kita. Kebergantungan kepada Allah itu yang Utama. Usaha. Tawakal. Insha Allah Najah.

Tidak percaya ? Believe Allah First. SmileForever.


Moga Najah semuanya dalam imtihan ini !
Eh, tahu tak, rasa sesuatu bila habis terluah apa rasa dalam hati. Rasa apa ? Lega. Mungkin.


Sekali lagi,
Anak umi wa abi yang tengah Exam.
Rabbuna Yusahhil .  
Fa iza 'azam ta Fa tawakkal 'ala Allah.

4 Jun 2013

Rasa itu. #1

1 minggu lagi. Final ! Opss.
Ya, study week menjelang lagi. Seperti biasa mahasiswa/wi USIM akan menjadi ulat buku. Aku ?

Ulat beluncas barangkali. Hihi
Semester ini, juga semester mencabar. Banyak perlu dihafaz. Quran dan Hadis. Sudah sinonim dengan student-student Fakulti Quran Sunnah.

Pernah suatu ketika aku mengeluh dihadapan seorang sahabat. Mengeluh disebabkan terlalu banyak yang perlu dihafaz. Alhamdulillah punya sahabat persis dia. Bukan menjatuhkan malah memberi semangat.

'Takpa, menghafaz semua tu tukan dapat pahala.' Aku tersentap. Malu jugak. Namun, syukur Alhamdulillah Allah kirim peringatan seperti itu untuk diri yang lemah ini.
Terima Kasih Tengku ! ^^

Ya, nama dia Tengku. Mungkin cukup sekadar nama panggilan saja aku kenalkan. :)
Terlalu banyak pengalaman untuk semester ini. Alhamdulillah Allah masih pilih aku.
--
Lagi setahun aku dan mereka bergelar mahasiswa/wi. Penuh berguni-guni atau tidak ilmu di dada ? Hemm. *sigh*
Entah. Aku masih berfikir.



Moga Allah masih tetapkan langkahan ini di atas landasan gerabak yang diredhaiNYA.

Peperiksaan Akhir semester Enam. Moga Allah Redha setiap langkah ini.

Ingat, ilmu bukan sekadar di kertas soalan. Ilmu untuk generasi umat Islam. Generasi Y & Z.
Mohon Bersikap jujur dalam menjawab soalan ok ! Allah maha melihat. :)

Memang bukan sekarang kita terkantoii. Tapi, dihadapan Allah nanti, tiada siapa yang bisa membantu. Kantoi sorang-sorang. Malu, tahu ?

Lebih baik malu pada diri sendiri sekarang, daripada malu di akhirat kelak. Astaghfirullah.

Bismillah. Wa Alhamdulillah.
Road to Final Exam 10 Jun til 21 Jun.

Usaha Lift kejayaan. Ngeeh !
Good Luck semua ! Ma'a Taufiq Wan Najah. Moga Najah Belaka. ^^
--
Anak  Ummi wa Abi.
semester enam, Usim
Mohon Doa semua ! Aku dambakan kasihmu ya Rabb.

3 May 2013

Kebahagiaan itu #2


Perjalanan Beribu Batu Bermula Dari Langkah Pertama.

Suka kata-kata ini. Mahu berjaya, ayuh berusaha ! ^_^
--
Hari ini aku mahu bercerita tentang mereka. Ya, mereka. Siapa ? *senyum sambil buat double jerk* 
Mereka sahabat dunia saya dan insha Allah sahabat hingga ke akhirat. *senyum tidak lekang* ^___^

Manisnya ukhwah bila masing-masing saling menghargai. Masing-masing saling memahami. Bila masing-masing saling berkasih sayang. Bila masing-masing saling berlapang dada. 
Yah, itulah yang membuat aku semakin sayang kepada mereka.

Meskipun aku dan mereka hanya bersama selama setahun setengah, Namun ukhwah kami tetap rapat bagai isi dan kuku. Ewah, macam karangan bahasa melayu pulak. Siap peribahasa. Hihi 

Bermula pertengahan Jun 2008 hingga Disember 2009.
Banyak kami lakar, lukis dan conteng memori bersama. Meskipun pernah juga berselisih faham, namun itu semua aku dan mereka simpan sebagai kenangan suatu ketika nanti. Aku tersenyum bilamana teringat kenangan yang kami ukir bersama, sungguh, Warna warni dalam berukhwah amat indah. 
--
Bergelar seorang pelajar STPM amat menggerunkan. Saat inilah aku dapat merasakan perjuangan dalam menuntut ilmu yang sebenar. Ya, semua orang kata, mereka yang menjejakkan kaki ke alam Form six adalah mereka yang tercicir untuk ke IPT. Aku dan mereka akui. Sebab itulah kami berpimpin tangan, berjanji setia, saling memberi semangat tatkala lemah, saling ingat mengingati bila ada yang leka atau sterss melanda. 

Positif. Itu kami amalkan. Husnu Dzon. Itu kami ingatkan. 
--
Rindu saat itu. Saat kami bersama turun ke surau untuk solat dhuha beramai-ramai. Every day. Waktu rehat. Ya, Waktu itu aku dapat merasakan ukhwah kami semakin manis. Habis dhuha, ada sedikit perkongsian atau orang kita kata tazkirah, itu aku terima banyak dari mereka.  Walaupun tidaklah formal sangat, tetapi cukuplah dengan sembang santai, ada input kami terima. Indah kan ? :)

Itu suatu ketika dahulu.
Sekarang ?
--
Ya, seperti yang aku katakan, ukhwah kami tetap seperti dahulu. Hampir semua menyambung pelajaran di semenanjung. Rasa semakin sayang pada mereka. Usaha kami membuah hasil. 
Tahun ini.
Bahagia bila ramai yang sudah mahu konvo. Alhamdulillah. Perjuangan hampir ke garisan penamat. (Bagi degree saja ok) 

Sahabat-sahabat UKM habis tahun ini. Tahniah ! Eyn, Aida, Along, Ali.
 USIM ? UPSI ? Unisza ? KUIS ? Insha Allah bakal menyusul --> 2014 !
--
1 Mei 2013.
Alhamdulillah hampir semua dapat turun ke Kuala Lumpur. Reunion buat ke sekian kalinya ! Reunion sempena majlis perkahwinan Ali. Sahabat aku di bangku sekolah lagi.

Ya, Ali. :) 
Orang pertama yang mendirikan rumah tangga dalam bulatan kami. 
Selamat pengantin Baru Ali & Nadia ! Sungguh aku seperti tidak percaya yang Ali sudah bergelar suami orang. Hihi Rasa baru semalam kami sekelas berbincang subjek pengajian Am ! Haha


Apapun, aku doakan kebahagiaan mereka. ^_^
Moga bahagia hingga ke syurga. Dan semoga punya anak soleh n solehah generasi penerus Agama Allah.
insha Allah. Ameen. :)


Mereka bertanya, Whos next ? hee Aku jawab dengan senyuman.
Duluan lah kamu aarh :) kehkeh
--
Buku kenangan, kami conteng lagi.
4 buah kereta konvoi bersama. Rasa sebak saat itu. Hampir semua turun dari pelusuk bumi semenanjung ini. Alhamdulillah, moga-moga pertemuan ini dibawah kasih sayang Allah. Redha Dia kami harapkan.

Road to Shah Alam - kuala Lumpur (Times Square) - Setapak - Nilai. From Usim, Unisza, Ukm, Upsi, Maktab Bangi.

Alhamdulillah semua sampai dengan selamat ke bumi ijazah mereka. Senyum saja sepanjang perjalanan. Tidak terungkap dengan kata-kata kegembiraan itu. Ke mana saja kami pergi, umpama berada di sabah. Haha bercakap bahasa ibunda bah kami. :D
--
Balik Nilai. Aku dan sahabat Usim bergerak dengan rasa sayu. Pantas masa berlalu. Usai bersalam chipika chipika, Kami melangkah dengan lambaian mesra. Rasa tidak ingin berpisah.

Aku memandu kancil hitam yang comel, bertemankan yana  di sebelah pemandu, melalui highway yang agak lengang, sungguh, terasa kesunyian yang amat sangat. Tanpa kehadiran mereka,gelak tawa, gurau senda. serius, aku rindu. Ya aku rindu, tapi tidak terus- terusan rindu sebab aku ada Allah yang anugerahkan rasa itu. Terima Kasih Allah. Aku Sayang mereka ketat-ketat. 

Moga pertemuan ini akan berterusan dilakari lakaran dan contengan indah dari si Pencipta.

Next, ke majlis siapa pula ya ? Hehe

Moga saat yang indah ku harap berulang lagi. Walau hanya sebentar cuma. Aku tahu itu Hadiah daripada Allah. Hadiah Rasa bahagia bila kita saling berkasih sayang. kan ?

kamii :) konvoii ! :)

p/s: selamat mengundi ! selamat pulang kampung ! PRU 13, ini kali lah ! kita tukarr. Hee #sempat

Moga Ada sesuatu yang Indah, 
aku anak ummi abi,
usim_fpqs
03052013
Jumua'ah Barakah :)

13 Apr 2013

Cincin Emas #1 Jodoh


Cincin di jari manis kiri aku tatap. Senyuman terukir. Bila giliran aku ?

'Erm.. Tahun berapa ye ? Tahun 1 jugak ye ?'  manis senyuman mereka. Dalam sesaat aku terasa diriku masih muda. Hihi Mudalah sangat. :p

'Ermm.. Tahun 3'. Rasa segan mahu menjawab. Namun, senyum ikhlas tetap aku beri.

Mesra adik ini. *senyum*
Aku bukanlah seorang yang mudah memulakan bicara. Teruk kan ? Mahu deleted sikap ini.
Tapi rasa payah bila sudah sebati dengan diri. Hmm.

Bila sudah mesra. Aku pula paling hyper. Eceh, pandai saja bagi title pada diri. Hihi
Ya, aku mahu ukhwah yang terjalin atas kehendakNYA, tidak berakhir disitu. Buatlah sesuatu yang boleh kita dan mereka ingat sampai bila-bila. Andai ukhwah kerana Allah, pasti akan terasa manisnya ikatan.
---
Bicara tentang umur, pasti ramai yang seusia denganku boleh terkedu. Kenapa ? Entahlah, maybe sudah merasakan diri terlalu 'muda' kot. Barangkali.

'Oh, tahun 3. Umur akak ?' Aduuh, senyum saja meleret. Bukan aku saja, mereka yng seumur jugak tersengih. Jawab jugaklah gamaknya.

'23 dah..' mengharapkan apa respon mereka.
'Ye ke 23.. Boleh kahwin dah nii.' Mereka gelak. Aku juga. Tapi dalam hati, aku saja tahu.

Kenapa perlu kaitkan dengan k.a.h.w.i.n ??
Bukan mengeluh. Bukan salahkan mereka. Bukan mahu mempersoalkan. Bukan mahu menyesakkan dan menyempitkan dada. Tapi, itulah senario yang perlu kita tempuh.

Bila masuk usia awal 23 tahun, wujud satu perasaan yang lain. Mahu dikatakan 'lain' yang bagaimana ? Aku pun tidak tahu. Untuk mereka yang sudah memiliki dan dimiliki, mungkin tidak alami perasaan ini.

Kahwin.

Bukan suatu yang asing buat diri seorang Hawa/Muslimah.
Aku bukanlah orang yang hebat untuk berbicara tentang ini. Tapi semua perlu kita tempuh. Biar apa orang kata, Allah adalah sebaik perancang. kan ? senyum.

Kenapa perlu bahas topik ini cik nurul ? Risau kah ?

Tidak.
Bukan soal risau. cuma aku sedih bilamana masih ramai yang masih belum mengerti tentang hubungan istimewa itu. Ada yang sekadar tahu, Perkahwinan itu indah dan menyeronokkan. Yakin dan pasti kah anda bahawa tanggapan itu benar-benar akan berlaku ?

Sila fikir seribu kilometer ke hadapan.

Ya, mungkin akan tercapai bilamana kita berusaha ke arah itu. Tapi, adakah cukup hanya dengan indah dan menyeronokkan?

Sudah pasti tidak.

Rasanya semua orang akan bermatlamat untuk mendapat sebuah keluarga yang bahagia. Bahagia setakat mana ? Adakah cukup hanya kedua-dua pasangan itu kacak dan cantik, kaya, petah berbicara, punya pengaruh yang kuat, akan menjamin kebahagiaan?

Bagi aku tidak. Kecantikan/kehenseman/ pengaruh/ harta dan element-element lain  tidak menjamin kebahagiaan melainkan Agama dijadikan ukuran terBESAR.

Ya, memang kita semua tahu tentang itu. Tapi, Ada yang tahu buat-buat tidak tahu. kan ? Keduniaan semata-mata. Bila nafsu mengatasi kewarasan, itulah jadinya. Dunia dipuja-puja. Agama diketepikan.



Kadang-kadang aku termenung sendirian apabila terjadi situasi yang melibatkan diri dan maruah. Tatkala kaki sibuk dengan langkahan penuh mujahadah..
---
'Ana nak minta tolong enti ni ? Kenal tak Nur Azzam ? Ada orang tanya, Azzam ni masih kosong tak ? ' Satu soalan yang ditujukan kepada sahabat aku sendiri. Gedebuk. Aku seperti dipanah petir dengar perkhabaran ini.

Hati berdebar dan tertanya-tanya.
Apa yang aku telah lakukan sehingga ada syabab yang terkena panahan penyakit hati. Astaghfirullah. :(
Hati-hati dengan pemakaian kita, bicara kata, penulisan. ya, kadang-kadang ia menjadi punca.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan 'untung laaa' Dush ! Untungnya apa ??! Sakit hati bila dengar perkataan itu.

Bagi aku, itu bukan sesuatu yang boleh meletakkan aku di zon selesa. Tapi, itu adalah amaran/ ujian daripada ALLAH ! *sila jaga tingkah laku wahai diri*

Dalam beberapa detik dan ketika, muncul sedikit rasa takut. Bermacam-macam persoalan yang timbul.

Bilamana dia menegur/ mengetuk pintu hati ini, Adakah dia insan yang Allah hadirkan untuk aku ?
ATAU
Kehadirannya sebagai ujian untuk melihat seutuh mana hati ini.
Dan aku harapkan itu sekadar ujian yang Allah datangkan untuk melihat sejauh mana kebergantungan aku pada NYA.

Allahu Rabbi. Bantu aku jaga hati ini.

Aku memang memilih.

Sememangnya. Tahun 3 tahun mencabar. Banyak anasir-anasir luar yang datang menerpa secara tidak diundang. Dalam bab ini, kita sebagai muslimah tidak boleh tidak seharusnya memikirkan yang terbaik untuk diri. Betul ?

Bagi aku. Pemilihan jodoh kena Ummph. Thumbs up.

Dalam kes aku, kena lihat banyak aspek.

Siapa orang tengah itu ? Ya, kita perlu tahu.
Bagaiman sikapnya ? Ya, kita perlu tahu.
Siapa sahabat-sahabatnya ? Ya, kita juga perlu tahu.

Sejauh mana kita hormat dia (orang tengah), itu sudah cukup melambangkan karakter sebenar empunya badan yang bertanya ? Kalau soleh yang bertanya, insha Allah baik kesudahannya. Kalau huha huha. Mohon berfikir dua tiga kali ya. Tapi yang soleh mana mungkin akan bertindak untuk menjadikan orang yang huha huha sebagai wasilah untuk menyampaikan hasratnya. Betul ? Itu kata aku.

Dapat terima kata-kata ini ? Terpulang. Bagi aku, perkara sekecil itu mampu memberi effect pada sesiapa saja. Yaah, sudah namanya mau yang terbaik. Makanyaa ?? *buat sleng indon skit* hehe

Mungkin sebelum ini kita tidak langsung mengendahkan perkara ini. Nah, sekarang fikir sendiri yaa :)

Aku juga terjentik bila ustazah itu bertanya. *cubit pipi jangan bahagia sangat*
--
Jodoh, cerminan kita.
Pernah dengar kan ? So, mahu dapat jodoh yang baik, kita kena perbaiki diri. Yakin pada Allah.

Doalah, moga Allah temukan jodoh kita dengan cara yang DIA redhai. Bukan dengan cara kita sendiri yang DIA murkai.

Tidak habis-habis bicara soal jodoh kan ? Yang pasti, sudahkah kita bersedia untuk hari itu ?

Jom baca ini. Jodoh: Hilal Asyraf dan ini Wajib baca ! Muslimah, mahalkan dirimu. 
moga ada ibrah.


something good will come after.
ismi.nurul
anak ummi yang mengharapkan RedhaNya.
Jati Park. Nilai
April 2013

5 Apr 2013

Pesanan buat hati #1

Semua orang tengah sibuk mahu pulang ke kampung halaman. Ya lah, cuti mid sem akan bermula hari ini. *Jumu'ah Barakah*

Tapi, saya ? Hanya memandang dengan senyuman. Jauh disudut hati, jiwa ini meronta-ronta untuk pulang ke tanah air. Sabah Bawah Bayu ~ :'( Apakan daya, cuti hanya seminggu saja. Sayang duit. Even tiket murah, tapi keinginan mahu berjimat itu lebih tinggi, mengatasi kehendak mahu pulang. Huhu isbir qolilan ya Qalb. *senyum kelat*

April 2013.

Bermakna lebih kurang 8 bulan lebih lagi saya di Bumi Usim ini. Tolak cuti semester 2 bulan, kurang lebih 6 bulan saja. Pantas kan masa berlalu. Title Mahasiswa semakin melambai pergi. sob sob T_T

Terlalu banyak perkara yang berlaku. Ya, dalam diam-diam ada yang memandang. Dalam senyap-senyap ada hati yang sudah terpaut. Perghh ! Ayat. Bukan main lagi. Hahah
Sudah adat hidup univ kali kan. Biar apapun terjadi, oh, aku tidak akan kecundang buat kesekian kalinya.
Full stop. stop. stop. Hiks ! Mahu tapi Malu. >_<''

--
Bertindaklah sematangnya.
Bukan semua hati kita dapat puaskan. Betul tidak ?
Saya jugak begitu. Dalam bermuamalah dengan sekeliling. Rupanya masih ada hati-hati yang terasa dengan tindakan kita. Mungkin bagi kita, tindakan itu sudah cukup baik, tapi bagi mereka. Maaf, itu bukan cara kami. Dush ! Kami jugak punya harapan, punya tujuan. 

Ya. Itu saya tahu.
Saya juga punya sebab. Sila hormati pandangan orang lain. Please lah.

Masing-masing ada pendirian. Masing-masing sudah cukup matang untuk menilai.
Ingat, hidup di univ bukan semua indah. Ada pasang surutnya.
Namun, semua itulah yang mematangkan kita. itupun kalau anda memandang positif semua perkara yang berlaku.
*rasa melalut pula. hihi, tidakpa, peringatan buat diri juga :)*
--
Moga dijauhkan dari fitnah dunia.
Tiada siapa boleh sangka. Tapi kita boleh menutup jalan-jalan yang membuka kepada fitnah. Why ?

Ya, seperti saya katakan. Kita merasakan segala amal perbuatan kita, tindak tanduk, lenggokan badan, alunan suara itu biasa-biasa saja. Sedangkan, mereka yang melihat/mendengar sudah memandang semacam.
 Silalah  faham pandangan itu. Faham?! *muka garang skit*

So, Mohon jaga tingkah kita.

Cuba teka siapa ? Hehe

--
Sebenarnya lain topik yang mahu di share. Lain pula yang terr taip. Hee
Biarlah. Moga ada yang terjentik. Blog privet kot, mana ada yang baca. Hihi Biar diri sendiri yang puas. kan ? Seperti biasa..

Kekadang Luahan itu Perlu. kan ? *senyum*
Jumu'ah Barakah. Moga hari ini penuh dengan Rahmat dan kasih sayangnya.

Kepada semua yang bercuti, isikan waktu cuti anda dengan perkara yang bermanfaat. Perkara yang boleh menambah mizan kanan kita. Insha Allah.

TQA 1 : Jangan lupa mengulang kat rumah ! Naik cuti, tebuk juz 2 ! :O whoaaa. Peringatan buat anak ummi ini jugak. Moga najah belaka ! :)

Moga khair segalanya,
anak ummi abi bah ni ! 
sentiasa tabah, kan ?
yakin dan percaya itu yang pasti. Allah sebaik perancang.
05042013_jumaat
FPQS_usim

29 Mar 2013

Kriik kriik kasih sayang # 1

 Jumpa ika a.k.a Zulaikah :)

Adik manis dari FEM. fakulti ekonomi dan muamalat. *senyum*

Alahai ika. ^^
Seorang yang peramah. ceria. Pandai ambik hati.
Ukhwah kami terjalin time minggu ta'aruf Tahun satu (Sept 2012) at- Stadium Tertutup Nilai.
--
Teet teet. *muzik intro nasyeed kehidupan by Raihan kedengaran*
*1 message recieved*

Nama ika terpapar *ika.syg <--- nama ika dalam hanset*

'' Orang beriman selalu punya cara sendiri untuk menjaga hatinya, meski berlawanan dengan apa yang diterima dalam kehidupan.. saat mendapat musibah air matanya menitis, tapi hatinya terilham untuk meyakini bahawa apa yang di berikan Allah padanya pasti yang terbaik unyuknya..Fizikalnya mungkin lelah, fikirannya mungkin penat, tapi tidak dengan hatinya yang terus yakin apabila ia diuji oleh Allah itu adalah tandanya bahawa Allah masih sayang padanya.. SubhanaAllah ! semoga kita termasuk dalam golongan hambanya yang bersyukur + bersabar.. Amiin :) 

salam rindu salam perjuangan buatmu kak.. walau tanpa memandang mata.. walau kadang-kadang tanpa pertemuan.. bibir ini tetap menyebut namamu dalam doa.. Insha Allah :) ''
-message from ika.syg 

seusai mesej dibaca. bibir mengukir senyuman. Walau pertemuan yang singkat di PKP, dan masing-masing mengejar waktu kelas bermula, namun kasih sayang masih berbekas sehingga sekarang. *senyum*
banyak yang kami kongsikan bersama. Hee 

Moga ukhwah ini berpanjangan. Ukhwah kerana Allah, ya, memang maniss ! Pernah rasa tidak ? :)

Kemanisan yang tidak dapat diungkapkan. Ya, saya jumpa semuanya di Bumi BerNilai ini. Moga sentiasa istiqamah dalam memburu kemanisan itu. ^^

Sudah 3 tahun di bumi Usim. Cepat kan masa berlalu. Pelbagai ragam manusia yang saya temui. Rasa bertuah berhadapan dengan mereka. *senyum lagi*

Selalu sahaja saya perhatikan mereka dari jauh. Masing-masing berbeza. Yang pasti, semua punya kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Kadang memang kita tidak sedar tentang musibah yang menimpa. yang keluar hanya keluhan. keluhan. keluhan. Allahuu ~ shu shu ~ pergi jauh jauh sikap itu.

                                    ''BELAJARLAH UNTUK SENTIASA BERSYUKUR''

Ingat, ujian itu tanda Allah sayang kita. Bersyukurlah apabila kita diuji. Itu tanda kita masih dalam PandanganNya. kan ? kan ? Allah itu maha melihat, maha mengetahui, maha mendengar. Dia dengar setiap Doa kita. 

 Dari ukhwah terjalin kasih sayang,
Dari hati ke papan kekunci,
Dari papan kekunci, sebarkan bahagia ! :D
anak ummi abi di perantauan,
Bumi berNilai.
(29032013)

8 Mar 2013

# Terima Kasih = Syukran

###----###

'Terima kasih Pak cik.' Senyuman terukir.
'sama-sama nak.' Balas si pakcik dengan senyuman manis mesra.
--
Ya. Begitulah akhlaq pelajar USIM yang ditunjukkan kepada pak cik si pemandu bas.
Rockers mana pun si gadis dengan penampilan dan gaya percakapan yang kasar, Ganas manapun wajah si jejaka, ucapan terima kasih terpacul keluar juga dari mulutnya. Sebab apa ? Ya, sebab ada rasa hormat dan rendah diri dalam diri. Itulah hasil tarbiyah di Usim bumi BerNilai.

Bukan semua insan bergelar manusia mampu mengucapkan kalimah itu. #terima kasih.
Apatah lagi mengucapkannya dengan ikhlas.

Apalah berat sangat dengan words 'thank you' itu ? Hairan apabila pergi ke universiti atau IPT yang lain, mereka kurang berterima kasih pada si pemandu. Bila aku berterima kasih pada si pemandu, dia pun tercengang. Hairan plus pelik barangkali. Whatever. itu memang untuk pakcik. *senyum
*
Tahukah kalian, bersusah payah si pemandu membawa kita ke destinsai. Apa balasan pada mereka ? Dan tahukah anda, dengan ucapan yang ringkas dan padat itu amat  memberi ransangan kepada si pemandu agar berkerja lebih keras ? Ya, semestinya tidak tahu. sebab itulah anda tidak mengucapkannya. *Pap ! Tampar pipi. Sedar wahai diri*

Perkataan yang ringkas tapi mampu melembutkan hati seorang insan bergelar pekerja. Percaya atau tidak ? Anda mampu merasakannya kerana anda juga seorang manusia dan juga seorang pekerja. Betul bukan ?

Bila anda berada di situasi si pemandu, atau lebih senang, kita ambil contoh terdekat. Kita sebagai abang atau kakak. sahabat atau teman. Apa perasaan anda apabila usaha kita yang tidak tidur siang malam, makan tidak terurus, tidak diakhiri dengan ungkapan terima kasih ??
Err.. Tidaklah bermaksud kita mengharapkan kalimah itu terpacul dari mulut mereka-mereka. Tapi, sekurang-kurangnya Ucapkanlah. Even semua orang tahu usaha kita itu hanya sebesar zarah. Tapi, ingat. menghargai dengan cara mengucapkan kalimah: syukran/ terima kasih/ thank you/ arigato mampu menambah berat pada timbangan mizan sebelah kanan kita. Percaya atau tidak. Terpulang. Allah sudah janji. Maka ???

---
Fhew ~ Letih menaip. Rasa belum cukup sampai maksud sebenar. Topik ini sangat besar. *bagi diri ini*
Dalam apa keadaan sekalipun. Ucapkanlah. Alhamdulillah. Terima kasih. :)
 Menulis untuk peringatan bersama.

Teringat kata-kata seorang murabbi saya.
Medan dakwah bukan hanya dengan memegang mikrofon. atau Berdakwah dihadapan khalayak ramai. tapi 'ini' juga salah satunya.
Ya, 'ini' cara saya - Blogger.

Dakwah sempoi. Moga ada insan yang tercelik. Moga-moga.
Redha Allah kita kejar bersama. Yukk ! ^^



--
Menulis  dari hati ke  papan kekunci.
Anak ummi abi
study di usim.  sem 6.0
P/s:  Masih kearah mentarbiyah diri agar lebih dekat padaNya. InshaAllah.

4 Mar 2013

#Langkah baru ?

Assalamualaykum. :)
Oh, sungguh lama tidak mencoret sesuatu diteratak ini.
--
Tahun baru - umur baru - azzam baru - semester baru - wajah baru. Erk ? =.='

Semuanya sudah beralih. tapi wajah still sama. :)
Matured barangkali. heh ! :D
--
Berbulan-bulan lamanya meninggalkan belog kesayangan. Tangan sudah mengklik Create new post.
Tapi, entah. Sama ada Malas. Atau tidak punya masa yang lapang ? Ah, Biarkan.
--
sebelum itu. diingatkan ' Ini Entry semester baru. Semester ke enam.' 
bukan entry tahun baru. *muka serius*

E.N.A.M - satu angka yang cukup besar.
Tidak sangka langkahan kaki sudah sampai ke level ini. Sekarang kami sudah menjadi super duper senior di bumi Usim kampus Nilai. Ngeeh ! *senyum lebar*
Eceh, macamlah boleh kongker satu usim. Haha !
--
Esok, sudah masuk minggu ke 3 dalam semester ini. Esaimen pun berlambak-lambak. Fhew ~ Penat berlari mengejar waktu submit dan taqdiim. *tapi, masih ada waktu mahu menconteng disini :p* Alah, bukan selalu. kan ? *senyum sopan*
Macam-macam berlaku diawal sem ni. Hm, barangkali saya saja yg merasakannya. #maybe -Masih berusaha berhusnu dzon. Moga ada pencerahan semua itu. Full stop.

Rumah baru. Roomate baru.
Semester ni pindah rumah lagi. Dapat blok A pula. tingkat 2. Alhamdulillah, tidaklah tinggi sangat. Boleh saja naik tangga. tidak perlu tunggu lift. :) Tapi malu juga berlari-lari turun tangga. Bukan apa, nak bagi tunjuk kat pakcik bas, masih ada orang yang belum naik bas. Hahah Natijahnya, Berhasil. Tahniah ! *ketawa riang*
sampai bas. senyum sorang-sorang. Hihi :p Boleh tidak itu dinamakan perjuangan ? Ups ! Boleh jaah ^__^

 Nur Azlina a.k.a Kak Na. (saya Nurul Azmina, lebih kurang saja nama kami kan :) )
Roomate baru saya. Cantik. Manis. Ayu. Senyum sokmo. Umur dia 3 tahun tua dari saya. Tapi still nampak awal dua puluhan. :) Kos Fakulti Kepimpinan & Pengurusan. (FKP). Hem, kami selalu tidak sama timing pergi kuliah. kadang saya awal. kadang kak Na awal. Tapi kami tetap boleh ketawa bersama. Hee
Dulu seroomate dengan kak Ana. semuanya Na Na. Sukaa ! :) sebab saya pun dipanggil Na. Tapi bukan semua sahabat guna panggilan tu. sebahagian kecik saja. Never mind, saya tetap suka, Lembut apa nama tu. kan kan ? >.<''
--
Sahabat-sahabat kelas. Masih sama seperti sem sem lepas. Semakin bahagia bersama mereka. :)
Masing-masing punya bakat tersendiri. Mahir membentang, Buat esaimen laju saja tangan menaip. Cari bahan, zupp ! sudah ada depan mata. Edit-edit video & gambar, serah saja pada mereka. semua berkemahiran. Sedangkan saya ? Erm, entah. Menulis blog tahu kot. uhuk uhuk *semua orang pandai menaip. =.=''* Whatever, yang penting pandai ambik peluang. Edit gambo bulih jah. Tapi tidak se pro mereka mereka. Biasa-biasa saja bah saya nih. ehek ehek :p

Kalau bab bahasa english, boleh lah sikit-sikit. Arab ? Boleh lah sikit-sikit. Hehe Sama ja jawapan tuh. :) Yalah, bukan semua benda kita hebat. Saya lebih minat kira-kira & Photograpy. Bentang-bentang ni, sorry stawberi. Tidak minat sangat. Lebih suka kerja yang tidak memerlukan cakap banyak. Ya, itu saya.

Tapi dalam berdakwah kena cakap banyak plus berfakta and berdalil kan ? So, itu macamana azmina ?
Oh, itu masih dalam proses pengasahan bakat berucap a.k.a pengucapan awam.
Seriusly, Akan gagap and berhambur kata-kata. Terkeluar bah sabah nya. Ngeeh ! tidakpa, yang penting, mereka faham apa yang ingin disampaikan.

Bercakap bila ada point. Ya, bagi saya itu lagi sempurna. Lebih berkeyakinan. Hwaiting !! :)
Dan tidak suka bercakap kalau dipaksa. Hewhew teruk kan ? Sila jangan tiru sikap ini. Ego memanjang.
--
Azzam baru. *tulis dalam kertas kajang. Full !*
Apapun, moga semester ini lebih baik dan penuh ibrah. Tembak doa buat diri sendiri. dan seluruh umat islam. Semestinya.

cantik kan usim :) 



P/s: Sem ini ada azzam yang mesti digapai. Kongsi. Share. Retweet. Hee Coming soon.
 --
Menulis tatkala rasa ingin menulis,
Dari hati ke papan kekunci,
@azs_miina- anak ummi abi ke 5,
Usim, kampus Nilai
CopyRight by azs_miina