8 Dec 2016

END OF THE YEAR 2016- Doa

Bismillah thumma Alhamdulillah.

Mula menulis 1.24am
KHAMIS.
--
Assalamualaikum semua. :)
Agak lama tidak berbloging. Entah, tiba tiba malam ini, terdetik mahu try app Blogger di playstore. Ada juga rupanya! Muka Happy.

Jadi lepas ni, tidak perlu lagi buka blog via encik Google.
---
Sensitif.
Dua tiga menjak ini, aku dapat rasakan diri ini saaaaangat sensitif. Nangis. Masalah kecik saja pun. Tiba tiba pandai ambik hati sendiri2. T_T

End of this year. Macam macam dalam fikiran. Kerjaya. Status. Tunang. Kawin. Umrah. Beli rumah.

Menabung. Yes, mahu berjaya kenang rajin2 simpan duit. Hidup ini perlu pada matlamat. Ya Allah, murahkan rezekiku untuk mengumpul 25k untuk berbaitul muslim. Bah, jangan terkejut. Banyak ka? Haha. Itu adalah contoh doa yg simple untuk kita amalkan.

Doa. Azam. Tabung. Istiqamah.

Perlu pada doa. Agar terus berazam. Memenuhi impian. Moga terus istiqamah.

Ya Allah, murahkan rezekiku untuk mengumpul 7k untuk menunaikan umrah.

Simple kan.
Doa perlu jelas. Itu yg manusia sering terleka. Berabis hafal doa dlm bahasa arab, kalau nda faham makna, sia sia beb.

Jom, amalkan doa simple but, u meant it. Allah dengar. Allah akan kabulkan mengikut kesungguhan hambanya.
--
Entah apa apa entry ni. Just cross to my mind. Jadi taip saja lah.

Point: Doa kena Jelas.

Masa akhir menaip: 1.38am

30 May 2016

Tangga

Bismillah ThummAlhamdulillah
segala puji bagi Allah Tuan sekalian Alam.
Yang memiliki Dilangit dan Dibumi, juga diperantarannya.
--
12 OCt 2014
Entri terakhir dari papan kekunci lappy comel ini. Senyuman terukir pada riak waja tatkala membaca semula moment2 hidup sebelum ini. Sungguh, Aku kah yang menulisnya?

pada detik dan saat ini, aku bisa tersenyum, apakah aku mampu mengukir senyuman 10 tahun mendatang? Mungkin Aku masih hidup, dan mungkin juga tidak. Wallahu'Alam. moga Allah kurniakan umur yang berkat.

Entah apa yang aku fikirkan saat ini. Terlalu banyak memori yang datang dan peergi. Pergi seperti angin berlalu. Datang pula tidak dipinta. Ya, aku tahu semuanya untuk menjadikan aku insan yang berTuhan. Allah mahu uji, saat Aku masih berharap padanya atau Tidak. Jadikan aku seorang yang bersyukur dengan kurniaanMu ya Rabb.
---
kekadang.
terasa mahu pergi jauh jauh. Jauh dari semua orang spesis manusia. Yang tiada langsung orang kenali.
itu kadang-kadang bah. Betapa hebat panah syaitan.

Hari ini, tiba tiba terdetik mahu masuk semula ke alam blogger. Alam yang agak lama ditinggalkan. Alam yang mengajar aku erti meluahkan apa yang ada. Ya, aku tahu Alla ada, manatahu tulisan tulisan ini mampu jadi medium anak cucu yang tidak sempat bertemu mata.

Baiklah. Agak kekok berhhadapan dengan papan kekunci ini. Doakan aku sentiasa sihat. Diberikan kekuatan dan kesempatan untuk bertemu Ramadhan Tahun ini. Aaamiin ya Rabb.

---
Anak umi dan Abi.
dulu kini dan selamnaya.
Nurul Azmina Bintu Yatau
sya'ban. Ahlan Ramadhan.
CopyRight by azs_miina