29 Dec 2011

happy anniversary ummi abi!!! :)

Assalamualaikum!

~29 DIS 2011~

satu tarikh keramat utk kedua ibubapaku tersayang!
PUAN LILY@NOORAZYA BTE GUSTINE@ABDULLAH
&
ENCIK YATAU@MOHD.AZMAN BIN YUBIN@ABDULLAH

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat ummiku cyg, yg ke 47 tahun....^^, 
semoga amalan kita seiring dengan bertambahnya usia kita ya...saaaayaang ummi!!
I'M PROUD TO BE YOUR DAUGHTER! ^_^

dan tarikh ini juga adalah tarikh
ULANG TAHUN PERKAHWINAN UMMI & ABI yg ke 28 tahun.....^^,
Alhamdulillah....

kepada umi abi, moga sentiasa dalam rahmatNYA...trima kasih sebab melahirkan kami di dunia ini...
dan mcm xpecaya umi n abi sdh bergelar grandma n grandpa...hihih
atuk abi n nenek umi..^^,

mau masuk 5 org sdh cucu umi abi...hepinya2! xlama lagi sy bakal ada raaaaamai anak buah!
^_^ balqis,damia,iman.....lagi dua dalam perut..kih3 ^^

huuhh...tiba2 rindu brtandang~

my abi yg hensem..hihih



my big famly!





hihih sempat bah d belkang..ngee ;)


papun, sekali lagi, selamat ulang tahun kelahiran tuk ummi n selamat ulang tahun perkahwinan tuk abi..heheh
SAAAAAYANGG UMI ABII!!! ^_^

terima kasih kerana menjadi supporter ayun selama ini...memang terbaekk!!! tiada yg dpt mrnandingi ummi n abi...love u all!

okeylah,mau smbung study dulu,,doakan ayun ya....!


KOLEJ KEDIAMAN NILAM COURT: BLOK E: RUMAH IDA..:)

SEGALANYA MUNGKIN ^_^


28 Dec 2011

i've been proposed

suka sangat tengok video ini....^_____^



yang penting, camera tuuue..hahah
NIKON d3100
its great...and same with me..memang dalam 'WishList' pun...^^,

Segalanya Mungkin Ayun~

Get ready!

Exam final akan bermula...
hari ini RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD

ISNIN!!! bermula my perjuangn di medan exam!
apalagi! jum kita study group!! with :: atik, gina, hawa, ida(blum balik dari sabah..huhu)

papun, malam ni study usul fiqh! ^___^ i loike this subject!!!


BUAT YANG TERBAIK!! good luck semuaaaaa :)

14 Dec 2011

semua.serba.x.kena!

ASSALAMUALAIKUM

serba xkena??? entahlah...hari nie, macam2 xmenjadi..tension!tension! =='
di pagi hari,sudah menjadi seorang yang cuai atau mmg dilupakan?huhu 
apa terjadi??

hmm..dalam keadaan mengejar bas, berlari2 turun dari rumah tingkat 2.
tup2,sampai pagar kolej..Allah!! hand phone tinggal dalam lokerr!!!
Arghhhhh!!! tensionya!
tapi, naik jugaklah p ambik...= =' huhuh....

pastu, lari2 lagi turun...angkat beg, laptop, buku...melangkah dengan lajunya ke pintu pagar kolej..
tup2, Allah!! surat MC tinggal pulak! kalau surat sy, mmg xda masa mau naik lagi...tp, surat kawan kan....
tapi, sy ambik inisiatif lain, kol my roomate! ^__^ hahah
alhamdulillah...selesai satu masalah....^______^

And hari pun,hari terakhir hantar مقالات untuk subjek tafseer maudhuii...
apakah yg berlaku??hohoho
SAYA LUPA HANTARR!!!!
setelah kali pertama ustaz xterima our مقالات.....sadis tul T_T

tapi, alhamdulillah sempat jgklah hantar..:) hihi

dan maybe jugak semuanya dipengaruhi oleh warna baju yang sy pakai...:(
memang tidak suka sngat dgn warna ini!
UNGU!

ceh,apa kaitan??betul bah...cuba pakai warna yg kita xsuka,mesti xda semangat kan??
tapi, ungu yang lain sy suka, warna tudung ini yang bidaak...trus xda semangat mau belajar.
ceh! minta pujiii...hahah

apapun, semuanya bergantung ngn diri sendiri jgk kan...
oklah, malam ni ada presentation lagi...
present..present..present!
chayok Ayun!! u can do it!!



~segalanya mungkin!~

SURAU FPQS : TENGAH TUNGGU KELAS MALAM..:)

6 Dec 2011

perjuangan belum selesai...

ASSALAMUALAIKUM...

sebelum itu...jom senyuuuum!!!!! ^___^ 
nak tahu tak kenapa?? hihih im very lega sebaaab....
baru tadi lepas pembentangan ulum hadis..apa org kita cakap tuh?
'lepas azab??' yup! lepas azab...tinggal beberapa lagi presentation yg belum buat....jap2..'beberapa?'
beberapa la sangat...banyak lagi beb..huhu

apapun, yang penting tinggal 2 minggu sj lagi minggu perkuliahan akan berlangsung..
terasa sungguh pantas masa berlalu...
sepertinya macam baru sj masuk sem 3...sedihlah pulak..:( 
tup tap tup tap...nak masuk sem 4 dah...(beh, exam final x lagi cik azmina oii..)

ya allah si azmina nii...banyaknya lagi belum sattle...hah???apa lah konon??
aik..xkan xingat kot...ni haaah...tgk sendiri...


amacam??heheh apaun, saya pasti boleh!! ^_^ OK lah,jap lagi kelas pemikiran islam semasa.
chow dulu!

dari dulu hingga sekarang,saya suka words ini...
SEGALANYA MUNGKIN!


DKF 2.2 FPQS,USIM :)

12 Nov 2011

::ad-dua'::

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah, ya Rahman ya Rahim, pemilik sekalian alam.
pemilik yang berada di langit dan di bumi, 
yang menentukan siang dan malam,
yang menciptakan segalanya,
yang mengetahui yang haq dan yang batil,

hanya kepadaMU aku memohon ampun,
hanya kepadaMU aku merintih,
hanya kepadaMU ku mohon petunjuk.
hamya kepadaMU ku mengadu..
tiada lain selain Engkau

ya Allah,
yang  maha membolak balikkan hati,
kau tetapkanlah, 
kau teguhkanlah, kau kukuhkanlah hati hambamu ini,
dalam mencintaiMU, memohon redhaMU, memohon kasih sayangMU,
hanya keredhaanMU yang ku harapkan.
tiada lain selain Engkau

ya Allah,
aku memohon kepadaMU,
seandainya rezekiku di langit, kau turunkanlah ya Allah,
sendainya di bumi, kau keluarkanlah ya Allah,
seandainya jauh, kau dekatkan,
seandainya sukar kau permudahkan,
sesungguhnya urusan memudahkan itu amat mudah bagiMU,

ya Allah,
jadikanlah aku seorang hambaMU yang solehah,
yang sentiasa mentaatiMU dan menjauhi segala laranganMU,
jadikanlah aku seorang umat yang solehah,
yang mengamalkan sunnah rasulMU,
jadikanlah aku seorang anak yang solehah,kepada kedua orang tuaku,
jadikanlah aku seorang isteri yang solehah, kepada suamiku,
dan jadikanlah aku seorang ibu yang mithali kepada anak2ku

ya Allah,ya Rahman, ya Rahim,
hanya kepadamu aku mengadu kau permudahkanlah segala urusanku,
sesungguhnya urusan memudahkan itu amat mudah bagimu.

ya Allah,ya Fathah
kau bukanlah pintu hatiku untuk menerima kebaikan, 
kau bukakanlah pintu hatiKU untuk terus beramal di jalanMU,
jauhkanlah aku dari sifat2 mazmumah, dekatkanlah aku dengan sifat2 mahmudah
hanya kepadaMU aku harapkan tiada lain selain Engkau

AMIIN YA RABBAL AA'LAMIN...




DOA SENJATA ORANG MUKMIN...


10 Nov 2011

Akhirnya: LULUS!! :)

Assalamualaiku semuaaa..!!!
(^_^)...(^_^)...(^_^)... (^_^)...(^_^)... (^_^) * rasa macam mau seeeenyuum sepanjang masa..huhuh Alahmdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! nak tahu kenapa? xsabar mau kongsi..huhuh jap2..intro2..ngee~

hai, kita bertemu lagi...di hari khamis, 10 november 2011...tahu x knapa sy happyyyy sangat?? heheh nampak tajuk entri ini? itulah sebenarnyaaa....^___^ dah jenguk belum entri ini  matangkah kita? entri sy beberapa hari yang lepas...

tadi baru sahaja meng'log in masuk ke dalam Ewadi Usim...Ewadi tu laman unit hebaan pelajar usim...dengan niat untuk menyemak status kertas kerja unit sukan: kolej kediaman nilam court~ selepas meng'log in masuk menggunakan password kolej, ALHAMDULILLAH!YES!! betapa riangnya dalam hati..terima kasih Allah...:) KERTAS KERJAKU DILULUSKAN!!

Alhamdulillah...ajk2 ku sekalian, bersedialah umtuk berkhidmat! go! go! go! ^_^


Terima kasih ya Allah..! syukur tidak terhingga...hanya Allah sahaja yg mengetahuinya...betapa payahnya sy memerah keringat(macam kerja kebun pula kan..haha) menyiapkan lima kertas kerja...fuhh! bukan senang...turun naik kolej ke kampus...and, thanx yg sangat2 teristimewa buat Atiqah bt Zakaria yg sanggup bawa sy naik bruum..brumm..hihih moto@ skuternya yg comel, ke kolej semata2 tuk jumpa pengetuaa..hee~ terima kasih tikah!..:) and, this is the first time i make it..heheh masih baru kan..=) ada juga pengalaman!

rasa teruja itu terlalu over...heheh ya lah, di sekolah dulu, kita yg dijadikan peserta utk sesuatu program...tapi, kali ini kita yang mencari peserta utk diprogramkan..hm?diprogramkan?hahah pelik bunyinya..=) ingat senang mau cari peserta?rasain loh..hahah kalau sy pun, punyalah payah mau ikut program kampus..apatah lagi kolej..heheh

tapi kali ni, insyaALLAH program sukan ini akan berjalan lancar, sebab sy mempunyai ramai anak2 buah yang sangat setia...macam samsenglah pulak..kikiki ya, hanya kepada MU, aku harapkan ya ALLAH...lancarkanlah program kami ini...=)

Mohon doa dari semua ya...~

'ya ALLAH, hanya kepadaMU aku memohon, permudahkanlah urusan kami, sesungguhnya urusan memudahkan iu amat mudah bagiMU'


 dan betul kata orang, apabila kita ditimpa sesuatu kesedihan, jangan RISAU jangan SEDIH, Allah ada sesuatu untukmu....dan, saya dapt rasakan kesedihan sy bertukar 360 darjah kepada rasa syukur/gembira yg tidak terhingga..^_^ syukran ya Allah...


~sekadar renungan bersama~
~..jangan mudah putus asa, kerana ALLAH ada bersama kita...sentiasa ada...~

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI TEMPAT MENGADU


Islam:just engaged


MAJLIS PERTUNANGAN: my lovely kak teh:)
Assalammualaikum…..artikel ini sy shere from baitulmuslim.com ^^,
Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan,
utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang
peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga
sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam
membuat keputusan untuk menerima bakal
menantunya.
Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak
meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan
soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok
utama.
Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar
beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk
mengajar anak-anak dan isteri bila telah
mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan
perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu
seperti sembahyang secara individu dan
secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan
dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan
lelaki berkenaan.
Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal
hubungan dengan Allah sebagai pokok utama
sejahteranya rumahtangga. Setiap kali
berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang
akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan
saja syarat yang akan mensejahterakan dan
mengukuhkan rumahtangga.
Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-
anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk
ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak
taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’
kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di
dalam mentadbir
rumahtangga menurut hukum Islam.
Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang
lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah.
Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang
lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan
berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau
suka berfoya-foya,
berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai
harta.
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya
dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah
memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”
Rasulullah saw bersabda lagi:
“Jika datang kepada kamu pinangan daripada
seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya
agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima.
Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah
dan kerosakan di muka bumi.”
Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada
hak menentukan samada mahu menerimanya atau
tidak, cuma secara beradapnya eloklah ditanya
kepada empunya diri terlebih dahulu.
Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat
keputusan, eloklah memberi keputusan kepada
walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan
walinya tentu tepat kerana seseorang bapa 
tidak
akan
 sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik
akan memilih lelaki yang beragama dan
berakhlak mulia.
Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan
sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan
bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat
anaknya itu.
Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis
peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak
berlakunya percampuran di antara lelaki
perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat
hendak kita gambarkan sebab hati yang akan
terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu
dua tetapi sampai ke hari tua.
Contohnya, orang di zaman salafusaleh,
rumahtangga mereka berkat sebab dari awal
peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.
Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-
awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan
peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun
mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak
bahagia. Ada saja kusut masainya. 
Hati pun
kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di
rumah dan inilah yang banyak berlaku 
hari ini.
Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini.
Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah
dapat kita jaga dengan baik.
Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan
peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang
mahal-mahal. Contohnya pakaian, makanan, 
buah-
buahan
, alat solek, beg tangan, kasut, cincin
bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah.
Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah.
Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat
Islam
 dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu
tinggi hilang keberkatan rumahtangga.
Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan
mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana
mas kahwin itu memang haknya. Walau
bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah
menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita
tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi
sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan
berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.
Begitulah kehendak syariat.
Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah
memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas
kahwin yang paling baik yang terendah. Sabda
Rasulullah saw:
“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang
terlebih murah mas kahwinnya.”
Sabda Rasulullah saw lagi:
“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling
sediki mas kahwinnya.”
Bersabda Baginda lagi:
“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu
segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu
kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”
Kita patut mengetahui setengah daripada mas
kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh
dirham saja; sama nilainya dengan harga batu
pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji
bantal di rumahnya.
Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan
mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih
kurang lima dirham)
Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak
perempuannya dengan 
Abu Hurairah berbekalkan
mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.
Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali
perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis
mereka. Katanya:
“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada
mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan
isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”
Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan
wang atau emas permata, ayat-ayat 
Al Quran juga
boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam
surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah
seberapa banyak yang dikehendaki.
Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran
tidak wujud 
dalam Islam. Hantaran itu merupakan
adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini
adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan
digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk
persiapan 
majlis perkahwinan.
Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah
diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal
menantu hendak memberi hantaran, boleh kita
terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada
hikmahnya.
Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan
tunangnya agar memperluatkan agamanya dan
bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati
tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-
sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu
qanaah, memadai dengan apa yang
telah ada tanpa rasa tamak.
Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu
tempuh yang agak lama jaraknya dengan
penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan
pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari
berbagai fitnah manusia.
Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam
pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan
bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah
wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang
dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan
seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-
duaan dengan bakal isterinya.
Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti
wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah
sosial dan kerosakan maruah. Walau
bagaimanapun, pertemuan dengan tunang
diharuskan sekiranya mengikut syariat.
Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan
kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak
melihat bahagian aurat tunang.
Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi
maklumat, menerima maklumat dan memberi
nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu
kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan
sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.
Pergaulan yang melibatkan tunang samada waktu
melihat atau berbual hendaklah bersama
muhrimnya. Di larang melihat tunang secara
bersendiri. Rasulullah saw telah mengingatkan kita
di dalam sabdanya:
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari
Kemudian maka jangnlah sekali-kali menyendiri
dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh
mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya
adalah syaitan”
Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya:
“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri
dengan perempuan yang tidak halal baginya,
kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan,
kecuali kalau ada muhramnya.”
segalanya mungkin! ^_^

8 Nov 2011

'AKU & DIA dah putus...'


 Assalamualaikum...baru sebentar tadi terbaca satu entri dr blog seorang akhowat..best2 sangat2 jom! baca..^^

 http://jatuhbangunmiszcahye.blogspot.com/

“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur  ”

p/s :  Semoga bermanfaat
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

2 Nov 2011

matangkah kita?


Hmm…syukur kpd Allah atas segalanya nikmat kurniaanya. Kita masih di kurniakan nikmat iman islam dan ihsan…kita masih di beri peluang utk menghirup gas oksigen yg dikurniakan scra percuma olehNYA…الحمدالله   ^__^ dan masih dikurniakan nikmat kesihatan yg baik oleh yg ilahi….=)

Hari ni setelah sekian lama xupdate blog, sy kembalii.. tahu tak, sy bersyukur sgt diberikan kesempatan dan masa  utk menyiapkan enam  kertas kerja yg memakan bajet hampir lima belas  ribuu…huhuhu biasalh d perngkat ipt kn…mcm xpecaya plak..hahah tp, Alhamdulillah dpt pengalaman  jgk kn… 

walaupun pening2 tension2 dan hampir fedup mmbuat kira2 tambah tolak bahagi darab mengatur  bajet program,tp, dgn semangat dan keazaman yg tinggi, sy teruskan jgk! sehingga habisss….selama dua hari dua malam…huh~! ‘bertindak lah mengikut namamu!’ AZMINA bermaksud Keazaman!! Heheh insyaAllah sy adalah seorang yg berAZZAM tinggi dlm apa jg yg sy lakukan…hehehehhe trima kasih to my umi abi for giving me this beautiful name..Nurul Azmina= chy keazaman…J alhamdulillah~

 pengalaman telah mendewasakan dan jg mematangkan fikiran.eh, sy bercakap ni mcm sdh terlalu byk pengalaman kan? xlah…belum cukup ilmu di dada ni.perlu di timba sebanyak mungkin utk menghadapi kehidupan 20 than akan datang….persoalannya, sempatkah? ?hhhuh Wallahu’alam bissowab… kita merancang Allah yg tentukan samada kita Berjaya utk merealisasikan atau tidak…

so, sekarang kita kena berusaha utk menyempurnakan kehidupan kita dari pelbagai sudut.. tp, yg paling penting tingkatkan dulu ilmu AGAMA dalam diri, walau susah dan payah macmna sekalipun, kita kena harus dan wajib menuntutnya…terutamanya fardhu AIN..

Sebagai kaum hawa, kita harus mempunyai ilmu dalam semua bidang. Bukan maksud sy kita mesti menandingi kaum adam yg mana lebih nyata mempunyai kebolehan yg tinggi daripada kita. Tapi, sekurang2nya kita kenalah belajar mempelajari bagaimana untuk  menampung kehidupan kita sekiranya  kita tidak hidup dalam kelompok kaum adam.. faham x apa yg sy ingin sampaikan? 

Means, kita kena jgk belajar ilmu2 pertukangan, elektrik, masuk hutan keluar hutan, memandu kereta, dan sebagainya… bukan setakat memasak dan duduk dlm pejabat shj. Tp achu tera teh buat semua benda dlm kehidupan kita. Sebab, pengalaman yg kita dpt xsama dgn org lain yg masih duduk dlm kepompong, yg tidak berani keluar menjelajah dunia..

And, mmg nyata terang lagi bersuluh kaum adam ni lebih terkenal dgn words  ‘IMAM’ ketika solat ataupun menjadi ketua dlm apa shj program yg di lakukan. Tapi, yg hairannya ada jgk kaum adam ni yg xmahu menerima amanah nie. 

Hairan kan?? Kalau lah di beri alasan kerana, mreka xpndai n xda kemahiran langsung. Mmg xboleh masuk akal. belum try dh tewas dgn maianan minda. Betul atau tidak? Tapi, xkurang gk dgn kaum hawa ni. Mudah tewas dgn mainan minda sendiri.

 Itu tak masuk untuk menjadi pemimpin keluarga tu. Kalu dah masuk bab ni, amacam?? Nak kata' sy xda kemahiran n xpandai bab2 pimpin memimpin ni..'masih nak kata gitu? tapi, insayaAllah umat Islam tak gitu kot…heee umat Islam kan hebat..sentiasa bersedia dgn apa jgk ujian yg menimpa…hhuhuhu  sentiasa terbuka mindanya..insyaALLAH sama2 lah kita mengubah persepsi  diri..

Oklah, mcm pjg lebar pula…;) papun, hidup mesti diteruskn. Tiada yg mustahil dgn kuasa imaginasi.. kita adalah kita! Tiada siapa boleh mengubah melainkn diri sndri, dgn syarat mstilah berlndaskn syariatNya..^^

~Sekadar Renungan Bersama~
‘ umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam ‘

S.E.G.A.L.A.N.Y.A M.U.N.G.K.I.N


20 Oct 2011

esaimen..esaimen..

assalamualaikum...

waah..minggu yang sangat sibuk. sibuk mengalahkan NC pula.hahah
papun, harap perjalanan kami menyiapakan esaimen akan berjalan lancarr..yezzaa! go! go! ayun n ida! heheh sy and ida nda pernah tidak satu group..hihi sehati sejiwa kan...:) now, we are here...PERPUSTAKAAN USIM!  wah, mcm skema pula perpustakaan..library bah..hahah

and, now we will continue our assignment...(beh, esaimen la sangat) jom!
hope akan cepat siap..^_^ esaimen apa aa?? Tafseer al-quran...mencabar juga..tapi, ndapa tatap bulih punya..^^,

ok..see u next time..! daaa.....:)


bestfriend 4Eva!

11 Oct 2011

9 Oct 2011

doku sentiasa mengiringimu shbt



Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

menanti

Assalamualaikum...!
 hari ni ada chan guna broadband..hihih bukan ana punya pn..tp, ada peluang update jap blog ni. hahah peluang depan mata..ntah mau kongsi apa sebenarnya. tapi, tiba2 terlintas di kotak fikiran. pernah nda anda semua mengalami kepenatan yg sangat2 penat? disebabkan berjalan2 (cuci mata jak pun..) dan dalam merehatkan badan, ada air mata mengalir..?hee...yup! mesti ada kan? begitu jgk ana.. minggu ni, adalah minggu yg amat memenatkan..dengan kuliah..tutorial...talk..meeting2..fuhh...semacam tidak percaya sja...

penat! penat! penat! letih! letih! letih! T_T
hujung minggu ni pun xdapat mau rehat secukupnyaa...huaaaa~! esok sdh start kuliah...8 pagi pula tu..hadhoii...saaampaaii mlm...aduhh...sabar ayun, sabar...senyumm ^__^
dalam berblog ni pun, ada paper work yg ana xsiapkan lagi..jap lagi sambung buat..heheh release tension jap, view my FB n my Blog..hee~ itupun, tgk my family jak..n then, logout..

apapun, ana harap minggu depan akan menjadi minggu yg relax skit...n insyaAllah umi abi tersayang akan datangg~ weee!..^_^ nda sabar mau jumpaaa...:) harap teda halanganlah mau pegi serdang..

hmm, oklah ana ni main guna jak broadband ni, nt lah blog walking lagi..heheh 
ana sangat merinduiiii family di sabah! dan sangat memerlukan sokongan mereka semua pada saat ini...hadhoiii...
sampai ketemu lagi...:) bersabarlah wahai Qalbi...

renungan bersama
~tiada siapa yg mampu mengubag hati ini melainkan dengan izinNYA~

i love my family....~

5 Oct 2011

Dimana silapnya?

Assalamualaikum...

hmm...lama rasanya tidak ber blog..Dimana silapnya? apa kaitan dgn tajuk ini? masuk tahun dua di USIM ini memang memberi cabaran yang hebat buat sy..myb, begitu jgk sahbt2 yg lain. tapi, entahlah mungkin ada kekurangan dalam diri ini yg perlu diperbaiki. dan mungkin juga ini adalah salah satu cabaran dalam berpersatuan. ya lah, kita ini bukanlah orang yg berPENGALAMAN dalam berorganisasi. tapi, pengalaman itu perlu di cari, ia tidak akan datang sendiri. anda setuju?

dan, yg paling penting, niat ikhlas kerana ALLAH! bukan mahu mendapat nama yg femes di fakulti..dunia ni hny sementara, hny pinjaman semata2..ingatlah, kesukaran dalam melakukan kebaikan akan hilang dan akan berakhir..tapi, kebaikan itu akan terus berterusan...!

'Mengejar impian itu memang memenatkan, kadangkala mengundang putus asa, Hakikatnya, yg penat itulah bakal memberikan PULANGAN yg BREHARGA.. apabila kamu merasa kepenatan dalam melakukan kebaikan, ingatlah kepenatan itu pasti akan hilang. Tetapi KEBAIKAN itu pasti akan terus berterusan! TERUSKAN perjuanagn demi ALLAH untuk ISLAM!'

renungan bersama
~ IKHLASKAN DIRIMU HANYA KERANA ALLAH~

p/s: lama xguna kata ganti diri 'ana'..huhu ;)








20 Sept 2011

here i come!

Assalamualaikum!!
hari ini last day saya berada di bumi sabah bawah bayu...setelah bercuti panjang 2 bulan..hm, xtau mau crita apa..yang penting saya akan meneruskan kehidupan saya sebagai seorang mahasiswi di USIM tercinta! ^_^ u can do it ayun!! chaayok2! walau apapun terjadi, ingat, Allah dan keluargamu sentiasa di sisi..:)
doakan perjalananku berjalan lancar= flight AK5113


hehe..semakin bersemangat pula mau balik nilai..^_^ v! harap semester ini menjadi lebih baik n result exam dapat di improve~ ngee...:) 
okeylah, xtau mau crita apa lagi...see ya! wait for my nexr entri...

renungan bersama
~ lakukan setiap amalan dengan ikhlas! ~

11 Sept 2011

SEM 3: ayun hebat..!@USIM


::I'M EVERYTHING I AM::

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa yang kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan 
AYUN BOLEH!



boleh apa?? yes!! boleh untuk sem ini!!!! improve your pointer ayun..! 
you can do it!
be the best among the best!
cahaya keazaman with you!!


today is beautiful:lovely family!

Assalamualaikum....^_^

Alhamdulillah kita masih diberikan kekuatan olehNYA untuk terus mengharungi onak duri di alam ini...:) dan bersyukur kehadratNYA kita still diberi peluang untuk terus menikmati kehidupan yang normal seperti orang lain..dengan menikmati anugerah Allah swt yang tidak pernah hilang iaitu anugerah oksigen secara percuma...^^, syukur a'la kulli ni'mah..~

hari ini adalah hari yang paling memenatkan buat kami sekeluarga..alhamdulillah rumah terbuka kaimi berjalan dengan jayanya..^^ walaupun kebanyakan yang hadir adalah kawan2 dan student2 abg ngah, tapi kami gembira dapat mengenali mereka! nice to meet them! dan hari ini adalah hari yang amat gembira buat dirim ini, sebaaab...hihih kami semua adik beradik berganding bahu menyiapkan juadah hari raya! yuppi..~
layan sat..:) UPDATE: ^_^
raya ke-3! pink vs gold..^^
kak teh n abg teh..:)

kak ngah...balqis hannan al-wafa

both of my anak buah..^^
kak long n abg long..:) damia qistina
tadaaaaaa..!

@ kb kakngah n abg ngah....:)


kalau di rumah nenek, kami ramai2 bersama sepupu sepapat, tapi kali ni, semuaaaa 7 beradik + abg ngah(abg ipar) shj..opss...umi n abi sekali...heheh wahh! best2!! kak long n kak teh tiada di tempat kejadian..kejadian??hahah biasalah sudah berumahtangga kan..hee~ dan yang paaling menceriakan suasana ialah....kami semua sedondon! RED colour! yeeah...tapi, gmbr xsempat nak amik,adapun ngn kak long..nantilah i amik..^^

news:PIKA ADA SIM!!?*XBoleh jadiii nii...
 penat2 pun masih sempat blog walking kan?apelaah..hahah well, i know who i'm...lagi satu, xaci untuk adik saya..belum habis form 5 sudah ada sim!! celkom...eleehh...ayun dulu manada..memang sudah adat keluarga kami, selagi xhabis form 5, xboleh ada SIM or HANDPHONE..! huh..! xpa, xpa, tapi sudah di bagi amaran, xboleh buka sim tu selagi xhabis spm..hahah (bukan dengki aah...)walaupun dulu saya pun curi2 guna hp umi n abi..^^ nakal jgk sy dulu...hihih after form 5 barulah ada sebijik handphone n sim..alaaa,itupun second hand..tp, syukurrlah ada...bagus jugak xda hp tym sekolah ni..hanya org2 terpilih sj yg dapat rasa..^^ macamna ya keadaan kita kalau sampai sekarang belum ada hp?? aman kali kan...hahah

rasanya, itu saja tuk kali ini..mau kongsi gmbar sebenarnya..tapi, gmbr semua dlm hp canggih insan2 terpilih..so, xdapatlah...:) next tym jak lah...ok lah stakat ini saja entri saya kali ini...

renungan bersama
~ air dicincang tak akan putus~

segalanya mungkin!

p/s: selamat masuk ke universiti masing2! ^^ i will follow back! 

5 Sept 2011

Tahun 2@Usim:sem 3!!

Assalamualaikum...
 lagi dua minggu cuti sem akan berakhir. rasanya belum bersedia mahu melangkah kembali ke usim terchinta. tapi, diri ini kena bersediaaa!! ayun kan hebat! hihih memuji diri sendiri sat..^^ walaupun berat hati nak tinggalkan sabah bawah bayu ini, namun hakikatnya itulah yang akan dilalui oleh semua student2 sabah n sarawak yang melanjutkan pelajaran di penansular malaysia...ewaah..heheh papun, perjuangan perluditeruskan demi pembangunan anak bangsa datang. chayookkk!! ^_^ v

perkongsian sedikit sepanjang cuti ini..selama 2 bulan lebih.syukur alhamdulillah masih dikurniakan kesempatan olehNYA untuk mencari pengalaman..pengalaman apa?? ngeee~ pengalamn yamg pelbagai! yang mungkin tidak dapat dirasai oleh orang lain..pengalaman kita kan berbeza..anda bersama dengan pengalaman anda, dan saya bersa dengan pengalaman say...^_^

memang saya tidak menyangka akan melaluinya...walaupun bukanlah sehebat mana.hee..seperti lirik lagu yang seringkali kita dengari 'pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran'...memang..saya sangat setuju dengan sepotong ayat ini...walaupun ada segelintir yang maybe tidak dapat menerimanya...tapi, saya tetap sukakannya! ngeee~

jadi, saya harap percutian yang lama ini mampu memberi saya pengurusan waktu yang lebih sempurna apabila masuk sem 3 nanti..waaah..macam xsangka pula..sudah setahun saya menjadi warga Usim...alhamdulillah...dan harap kawan2 yang seangkatan dengan saya terus berjuang bersama saya! sama ada yang berada di UM, UIA, UPSI, UPM, UKM dan IPG... semoga segala yang kita lalui dapat menjadi acuan kepada perjalanan kehidupan kita seterusnya....ok, sampai ketemu lagiiii..~!!!

renungan bersama
~ andai itu takdir yang tercipta, aku redha dengannya ~

segalanya mungkin!

CopyRight by azs_miina