17 Jul 2013

Ibrah: ilmu #1

Bismillah wa Alhamdulillah.

8 Ramadhan 1434 hijrah.
Aku bersyukur masih diberi ruang dan peluang untuk mendaftar dan menempah tiket ke madrasah tarbiyah tahun ini. Alhamdulillah ya Allah.
Macamana ramadhan anda ? Osem ? Ya, sudah pasti. keluarga di sisi, semua orang harapkan.
Aku ? Insha Allah masih ada kekuatan untuk berpuasa di perantauan. Usim bumi berNilai.

Masih banyak yang perlu aku selesaikan. May Allah Ease.

---
Banyak yang aku fikirkan. Entah, serabut pun ada jugak.
Bicara tentang ilmu. Aku sangat keterbelakang. Hati dipaut rasa geram dan marah pada diri sendiri.

Seorang Muslim/muslimah.
Layakkah digelar ummah Nabi seandainya banyak sirah tentang perjuangan Rasulullah tidak diketahui ? Allahu Rabbi.

Mahu jadi pendidik kononnya. Tapi Sejarah perang badar dan seangkatan dengannya tidak diketahui. Malah lebih teruk bila ditanya tentang Aqidah, Tauhid,  iman, islam dan ehsan, Rububiyah, Uluhiyah, Asma' wa sifat berserta dengan dalil quran. Terpinga-pinga.

Bagaimana mahu mendidik ummah ? *mohon jawab istilah-istilah tersebut, ukur tahap kita* tepuk dada tanya iman.
--
Itu soal jawab dengan mereka-mereka yang berada dalam bidang agama, belum lagi menemu bual  mereka yang di luar dari bidang itu. Entah apa alasan yanag diberi.

Dengan alasan mereka tidak punya subjek sirah atau yang berkaitan dengan agama ? Hey, kau seorang muslim. Patut tahu. Please la sahabat, TOPUP ilmu akhirat, disamping kutip ilmu dunia.
--
Pendidik ummah, pendidik generasi mendatang. Kau patut tahu, ilmu Allah itu luas. Bersikap tamaklah dalam mencari ilmu. Jangan berfokus dalam bidang yang sudah tertera dalam surat tawaran universiti sahaja.

Ingat, itu tidak mencukupi untuk kau bawa sebagai bekalan mengubati hati ummah. Kalau bukan untuk  ummah di luar sana, itu, ilmu untuk kau mantapkan aqidah dalam keluarga sendiri. Kau pasti punya adik, kakak, abang, anak, cucu cicit bukan?

Mereka.
Insan yanag amat memerlukan pengisian ruhani untuk membentuk aqidah yang mantap. Sila jangan mengharapkan ustaz/zah yang memberi. Itu peranan kau, tahu ?

Andai semua muslimin/mat bersikap mudah dalam hal ini. Ramai lah yang akan hanyut dibuai nikmat dunia semata-mata. Tiada siapa yang akan berani menghulur dan memimpin tangan insan-insan yang tercicir dari rahmatNYA.

--
Pendidk kononnya. Sedangkan Sejarah hidup Rasulallah pun tergagap-gagap. Terkial-kial. Apatah lagi sirah nabi-nabi terdahulu. Hey ! mahu jadi insan bermanfaat, mohon kaji sejarah para anbiya'.

Jangan rasa hebat sangat dengan ilmu kedoktoran, engineering, usahawan, pertanian, angkasawan andai solat pun tidak teratur. Solat lambang peribadi. Aku pasti kau tahu itu.

Jangan rasa power sangat dengan kemahiran pengucapan awan yang meletop-letop, andai bila diberi tajuk iman dan taqwa, Aqidah dan perjuangan, lidah kelu. microfon jatuh. Memalukan ummah !

Jangan rasa super sangat dengan harta yang melimpah ruah, anak-anak yang ramai, andai rukun iman dan rukun islam pun tidak tahu. Apatah lagi takrif zakat pun tidak hadam. Masih teragak-agak mahu berzakat atau tidak. Astaghfirullah.

Jangan rasa kau yang terbaik andai punya result yang gempak dalam apa juga bidang, andai bila bicara tentang Islam, kau senyap. No idea. Heh, kata hebat.
--

biuh-buih. jangan jadi seperti dia. banyak tapi tidak berguna.

Ingat sahabat, ini untuk aku dan kau.
Aku tahu masing-masing punya jalan sendiri. Tapi ingat jalan mana yang kita lalui, berlandaskan ilmu yang kita ada.

Ilmu Islam, Ilmu Allah.

Sangat luas. Ada di mana-mana.
Jangan sampai kita malu di hadapan Allah. Jangan sampai kita kelu tidak terkata, datang tanpa amal yang soleh disisiNYA. Tidak tahu mahu sembahkan apa padaNYA.

Tuntu Ilmu, satu perjuangan, satu langkah untuk dekati Dia.
---

Yukk sahabat-sahabat. Aku bicara untuk diri sendiri. Juga untuk engkau yang ambik cakna.

Moga-moga rasa disertai langkah perlahan-lahan untuk dekati Allah.
---
Kufur vs Futur dengan ilmu ?
Aku masih anak ummi wa abi,
Moga teruskan perjuangan, bedah buku-buku itu.

|8 Ramadhan 1434 hijrah| Akasia Park| 2013

No comments:

CopyRight by azs_miina