21 Jun 2013

Mohon Jujur.

Bismillah wa Alhamdulillah :)

Another one paper to go. Semangat pula Exam semester ni. Why ? Entah lah. Biar aku saja yang rasa. kan lebih elok. *senyum sorang-sorang*. Hee

Tadi baru saja aku dan sahabat-sahabat menempuh paper untuk subjek Sunnah, Bid'ah wal khurafat & Hadith 2. Letih kot menulis. Huhu Harini dua paper.
Jumu'ah Barak. :)

Alhamdulillah aku jawab dengan lancar. Mungkin itu hadiah dari Allah untuk hamba-hambanya yang berusaha. kan ? Moga-moga punya natijah yang Superb ! insha Allah.

Keep Du'a Nurul ! -nun wau ro wau lam. lama pendengaran ini tidak disapa panggilan itu. #rindu.

Bicara tentang exam. Ya, exam duniawi semata. Tapi sebagai langkah untuk kita ke akhirat.

Aku hairan pada mereka yang 'tidak jujur' dalam dewan imtihan. Bukannya tidak muroja'ah malam sebelum exam, sehinggakan tidak tidur malam, dan sanggup bagi power pada mata (teguk Nesscafe secawan) untuk tidak tidur, dek kerana subjek ini subjek Killer ! Tapi kenapa sanggup melakukan 'diskusi' di dewan imtihan ? Pelik bin Ajaib bukan ?

Sejujurnya aku tidak senang dengan apa yang berlaku. Memang kita mahu berjaya dalam imtihan, mahu dapat natijah yang super duper power ! Four Flat kot. Hebat tuu. Hebat ??

Ya, 4.00 dalam Semester ini. Hebat tu. Ajaib kan ? Memang Ajaib kalau atas usaha sendiri.
Kalau tidak ??

Apalah sangat yang mahu dibanggakan dengan A berderet tetapi tidak meletakkan kebergantungan sepenuhnya pada Allah ? BerNilai kah lagi Natijah itu ? Buka kotak pensil, jawab sendiri. Jangan tanya kawan belakang pulak mahu jawab apa !

Aku bukanlah seorang yang bijak pandai genius plus kaw kaw dalam akademik. Aku pelajar yang biasa-biasa saja. Disebabkan itulah aku perlu untuk setapak lebih laju dari sahabat yang lain. Agar aku jadi pelajar yang luar biasa yang berusaha diluar kebiasaan aku. Tapi kalau boleh aku mahu upgrade langkahan ini bertapak-tapak lebih laju dari mereka. Perghh. Ayat. Eheh *semangat nampak ! * Good ! Sengih sesorang. ^__^ Cool bebeh. hee

J.U.J.U.R

Mohon berlaku jujur dalam setiap perilaku anda. Mohon sangat-sangat.
Mahu ditegur takut deme ni marah pulok. Haihh. Harap sedar lah 'pokci-pokci and mokci-mokci'.
Takut-takut tidak sempat ke pangkal jalan.

'Awak bagi dia jawapan eh tadi ?' seorang pengawas peperiksaan menyoal insan dihadapan aku.
Dia menggeleng mahu membela diri.
'Saya nampak awak bercakap dengan dia tadi.'Sambil tangannya menuju ke arah sahabat sebelahnya.
'Awak cakap apa tadi ?' Dia menambah. Nasib bukan Ketua Pengawas yang nampak. Kalau tidak, dah out kot. Pernah terjadi, So, jangan cuba-cuba.

Aku jadi cuak. Aduh malunyaa. Sebab dia kawan aku. Bukan aku tidak dengar mereka berdiskusi tadi. Tapi tidak sangka ada mata-mata yang melihat.

Haa. Kan dah kantoii. Ingat, itu amaran dari Allah.
Rasa cuak plus debaqq kan ??

Itu baru manusia yang menyoal di dunia. Belum Allah yang soal di akhirat kelak. Rasa mahu lari kembali ke dunia barangkali. Tidak mahu ulang dan kalau boleh mahu hazaf amalan buruk dari buku sebelah bahu kiri itu. Barangkali.

Allahu Akbar. Betapa lemahnya kita. M.a.n.u.s.i.a.

Medan Imtihan kami student usim !
--
Manusia, ingatlah kita hanya sebentar cuma di bumi yang penuh dengan angan-angan. Yang pasti yang kekal yang permanent adalah hari akhirat hari pembalasan hari penentu segalanya. Ke sana atau ke situ. Fi Jannah vs fi Naar. 

Jadikan angan-angan kita untuk ke 'sana' sebagai satu Realiti. 'sana' aku tahu engkau semua faham, kan ? Sama-sama. Pimpin tangan aku andai aku makin jauh dari NYA.

Aku menulis bukanlah mahu memalukan sesiapa, tapi untuk peringatan buat diri. Takut-takut aku jugak melakukannya. Siapa tahu. Ini sebagai peringatan awal untuk aku agar tidak terjebak. Hanyut dalam khayalan sendiri, bernakhodakan nafsu. Syaitan bertepuk tampar. Happy. Kita ?. Na'uzubillah.

Moga Allah pegang hati kita. Tidak dipalingkan dari sirotim Mustaqeem.

Kepada mereka yang pernah berlaku 'tidak jujur', yukk ubah sikap ! Letak Allah dalam setiap langkah kita. Kebergantungan kepada Allah itu yang Utama. Usaha. Tawakal. Insha Allah Najah.

Tidak percaya ? Believe Allah First. SmileForever.


Moga Najah semuanya dalam imtihan ini !
Eh, tahu tak, rasa sesuatu bila habis terluah apa rasa dalam hati. Rasa apa ? Lega. Mungkin.


Sekali lagi,
Anak umi wa abi yang tengah Exam.
Rabbuna Yusahhil .  
Fa iza 'azam ta Fa tawakkal 'ala Allah.

No comments:

CopyRight by azs_miina