Coretan Si Pengemudi..: Antara Dua Pilihan??: Antara topik yang sering dikongsikan adalah – membuat pilihan tentang jodoh. Pilihan itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon ...
---
Antara dua.
Memang dalam berbaitul muslim banyak ujian berliku dan onak duri yang tidak diduga.
Bersediakah ?
--.
Ramai sahabat fillah yang sering merujuk pada diri ini. Berpengalaman sangat kah ? Terfikir jugak.
Kadang-kadang aku merasakan tidak layak untuk memberi pendapat apatah lagi menilai seseorang. Tapi bagiku, itu satu bentuk kepercayaan buat diri ini. Amanah dari Allah wasilahnya mereka.
Allahu Rabbi. Moga aku amanah dalam proses ini.
Kerahsiaan sahabat, amat dititk beratkan. Takut ada lompong mana-mana bahagian. Bantu aku ya Rabb.
--
Baitul muslim.
Semua insan impikan.
Mahu Jodoh yang baik, Beriman, Berakhlaq, baik pada ibu bapanya, insha Allah baik jugaklah pada kita.
Cuma satu aku mahu pesan, jangan membuat keputusan berdasarkan nafsu semata-mata. Dahulukan iman, Ketepikan nafsu.
Kepada sahabat yang sedang dalam dilemma, jangan risau ya. Istikharah is better. :)
Minta jawapan dari Allah.
Aku hanyalah wasilah untuk kau membuat keputusan dan menilai dari dasar hati. Aku tahu amat sukar, dua-dua yang datang tidak diragui agama dan akhlaq nya. Masing-masing punya kelebihan dan kelemahan yang perlu kau lengkapkan.
Itu yang kau kena celik sahabat.
Pilihlah yang kau rasa mudah untuk menerima. Yang kau rasa ada rasa kedamaian dan ketenanagn dalam hati.
Ingat, itu ujian hati namanya. Apapun, aku tahu kau tidak akan membuat keputusan yang silap. Minta jawapan dari Allah ya :)
--
Selidik terlebih dahulu.
Ya, itu yang aku cuba bantu. Namun, semua keputusan ada di tangan kau sahabat. Jangan risau, dia yang aku selidiki punya peribadi yang hebat dalam perjuanagn dakwah islamiyah.
Allah ciptakan adam dan hawa untuk saling melengkapi. Kau juga punya sosok tubuh yang kental dalam medan dakwah, kan ?
--
'' Sebaiknya penyelidikan kita itu, kita musyawarahkan dengan ibu dan ayah atau orang-orang yang amanah serta berilmu. Kita bukan meminta orang lain membuat keputusan, namun pandangan mereka akan menjadi extra 'mata' dan 'telinga' untuk kita memilih teman hidup dengan teliti.''
--
Baitul Muslim.
Ini bukan perkara main-main. Yang mana suatu ketika dahulu kita seringkali menjadikan bahan gurauan dalam dialog harian. Itu dahulu.
Sekarang usia sudah meningkat. Mahu tidak mahu, pasti ada saja yang akan bertanya. Kita yang sudah berusia, mohon jangan ambil mudah. Kau umat nabi Muhammad kan ? Sila jangan tolak fitrah yang telah Allah amanahkan. Wallahu'Alam.
--
Aku sedar, aku sudah dewasa.
Anak umi wa abi.
Ya Rabb, Bantu aku jaga hati ini untuk yang halal saja.
--
Ya Allah, Aku jatuh hati.- Sebaik-baik pemberi rezeqi.

No comments:
Post a Comment