19 Jul 2013

Aku dan engkau. # 1

--
Entah, hari ini rajin sangat update belog. Eheh. *gelak sopan*

'Aku'.

Hmm, apa yang janggalnya ? Aku rasa lebih sampai maksud bila guna kata ganti nama ini. Betul tidak ?
Erk. Itu pada pandangan aku. Engkau, engkau dan engkau di luar sana, terpulang dapat terima atau tidak.

erkk. *perasan lettew ada orang baca belog dia* gelak sesorang. Ahah
--
Cerita aku.
Eheh, mengada pulak bila teringin bercerita tentang diri sendiri. Biarlah, bukannya ada orang baca kan ? ^^

Mahu bicara tentang belog ini. Rasanya sudah hampir dua tahun aku menjadi pemilik http://anakummiabi.blogspot.com :)

Lama memang lama, tapi apa sudah aku sumbangkan untuk Islam melalui laman sosial ini ? Aku dan engkau bagaimana ? Dush ! Tampar pipi, tanya hati. *jangan tampar kuat-kuat pulak* Ohoii.

--
Dulu niat aku mahu jadikan belog ini tempat luahan apa rasa dalam hati. Suka, duka, tawa, hiba, tangis, sedih, gundah gulana. Semua itu aku rasakan mahu saja kongsi di teratak ini.

Namun aku silap. Ya, sangat silap.
Sepatutnya, dari awal lagi aku perlu jadikan teratak ini sebagai salah satu wasilah untuk mengubati penyakit hati ummah Islam. Medan yang akan membuka celikkan mata hati kau dan aku.

Kalau bukan semua yang akan celik, sedikit cuma itu sudah memadai.

Aku tahu aku bukanlah hebat sangat mahu bermain dengan ayat Quran dan Hadis untuk dijadikan penguat kepada sesuatu info atau input. Tapi sekurang-kurangnya, aku dan engkau ada usaha untuk memberi dan menghulur sesuatu untuk makanan rohani insan-insan yang dahagakan pengisian jiwa.
--
Bukan mahu katakan diri ini hebat. Tidak. Tidak sama sekali. Aku hanyalah hamba Nya yang masih mencari kekuatan diri untuk lebih berani menghadap dunia luar. Menghadap fitnah, mehna dan tribulasi.

Tapi ingat, sebelum itu, kena study dulu rentak dunia masa kini.

Ya, aku tahu, yang engkau jugak tahu. kita akan sama-sama mengorak langkah berpimpin tangan, berganding bahu dalam menerobos onak duri kehidupan. kerna apa ? Kerna kita bersaudara. Ingat itu.

Aku tidak mahu apa yang aku dan engkau coretkan menjadi sia-sia. Tiada ganjaran disisi Nya.
Ingat, apa yang kita onteng di teratak masing-masing jugak akan dihitung di akhirat kelak. Akan dihisab dan akan dipersoalkan.

Adakah kita lakukan apa yang telah kita kongsikan dalam ruangan ini ? Cek semula entri kita. Mudah-mudahan kita dalam golongan yang Allah pilih untuk amalkannya. Bukan setakat tulis saja. Kena amalkan.

Wujudkan rasa serbah salah dalam diri, andai tidak mengamalkannya. Oh, berdosanya aku !
Mahu jadi muslimah superb, kan akau sudah katakan. Kena berubah 360 darjah. Baru umphh ! *thumbs up*

Aku tahu engkau pernah baca surah As-Sof ayat 2. dan sudah hadam makna keseluruhan ayat ini. Kan ? *mohon cek dalam tafsir quran masing-masing*
--
'wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu katakan sesuatu apa yang kamu tidak kerjakan?'

dan Allah menyambung pada ayat seterusnya.
--
'sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.'

Na'uzubillahi minzalik.
--
Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan itu.

Tapi aku tahu, engkau tidak begitu bukan ? *senyum*
Aku tahu sahabat-sahabat di luar sana tidak menulis melainkan anda lakukannya. kan ? Bagus.



Sama-sama, Ok ! (^^,)

Sebelum update entry, Ikhlaskan niat, Niat tu kena betul. Bukan mahu mendapat pujian daripada silent reader.
Ingat, syaitan sentiasa ada.
--
Riak.
Pergi jauh-jauh. shuu. shuu ~
Tapi kalau mahu coret untuk jadi kenangan di hari tua, it up to you. ^_^ aku juga mahu. kenangan mengusik jiwa. Zaman remaja muda mudi. Eh ?
--
Sebenarnya,
Baru saja renovate design belog ni, poning den dibuatnya. Tidakpa, yang penting aku dan engakau senang membacanya. Even serabut sedikit. Eheh.

Tu yang semangat skit mahu update belog. Eheh.



Salam peringatan di bulan ramadhan,
Aku hamba Allah yang dhaif,
Mohon tunjuk ajar dari sekeliling.
-----------
p/s: lagu pun sudah bertambah. Maaf ya pada mereka yang punya lagu instrumen yang sama. Aku cedok dari belog anda. sebab ada zukk disitu. Eheh. Ok salam sayang dariku. ^^

No comments:

CopyRight by azs_miina