Bismillah Thumma Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Maha Pengasih lagi maha penyayang.
--
Masuk sebulan Aku bergelar pendidik. Ustazah Mina. :) Banyak yang Aku pelajari. Anak anak murid, masih suci putih bersih. Perlu kepada acuan yang membentuk elok rapi kemas dan cantik. Aku yang dahulunya beranggapan bahawa bakal anak anak muridku ini adalah insan insan yang berfikiran tinggi mengikut arus masa kini, adalah sama sekali merosot.
Eh Eh, kenapa ayat aku macam karangan Spm. :p
Ya, bagiku mereka masih seperti zaman Aku suatu ketika dahulu.
Kalau Anak anak sebaya mereka yang bersekolah dibandar atau pekan, pasti kita lihat sangat sinonim dengan alat alat canggih a.k.a henpon. Itu yang aku nampaklah. Tapi, anak anak muridku masih klasik. Eheh.
Terus terimbau zaman dahulu.
Main tapak-tapak. Lawan biji getah. Main getah. Main pemadam. Main kad Digimon. Naah, Pernah tidak main semua diatas? Haha Seriusly, rindu zaman itu.
Mungkin satu mereka tidak main, main batu seremban. Mari, lawan dengan ustazah. :p
--
Tiga minggu sesi pembelajaran, Aku masih bertatih untuk mengingati setiap nama mereka. Mujur murid tidak ramai. Dari darjah satu hingga Enam, Aku pegang bagi pelajaran Akhlaq, Tauhid dan Hadis. Mahu marah, tapi terbantut bila nama tidak diketahui.
Ada apa dengan nama.
Bagi Aku, bila seorang guru menyebut nama kita, itu umpama satu penghargaan. Eh, Ustazah tahu nama aku. Ok, kena duduk diam ni. Haa, itu bagi Aku. Sebab, Aku suka bila Cikgu sebut nama, Nurul !
Banyak mahu kongsi. Lain masa ya. Selamat Tinggal. :D
--
Ustazah Mina.
Juga pernah bergelar Murid Nakal main biji getah. Kehkeh.
R.I.N.D.U
