28 Oct 2013

Canvas.diri.

Sekian lama tidak mencoret sesuatu.
--
Langkahan kaki tetap diteruskan membolosi onak duri berbelantara. Sosok tubuh ini hampir sahaja lemah menyembah bumi. Namun, Allah hadirkan insan-insan yang sentiasa menjadi catalyst buat diri ini.

Mereka. (ummi, abi, sahabat-sahabat, murabbi)
Terima kasih atas segala sokongan.
Moga terus najah dalam perjuangan. Insha Allah Ameen. :)
--
Aku tersenyum. Memandang ke luar jendela. Melihat keindahan jalanan ibu kota. Aku meneliti setiap sosok tubuh manusia yang melintasi anak mata. Pelbagai ragam dan karenah mereka persembahkan. Caturan Allah, kita yang lakonkan. Moga-moga tergolong dalam kalangan insan terpilih dalam pentas lakonan dunia. Demi menggapai manisnya Awards dari-Nya.

Pelajar Tahun Akhir Universiti Sains Islam Malaysia.
Ya, itu lencana aku sekarang. Tiba juga saat ini. Saat bermain dengan FYP (Final Year Project). Fuuh ~
Bukan mudah mahu berhadapan dengan FYP ini. Banyak perkara yang perlu diselaraskan. Entah mengapa aku merasakan tidak punya semangat mahu berFYP. Huhu

Fuh fuh. Pergi jauh-jauh cas negatif !
Teeet...
--
Semangat berkobar-kobar melihat mereka sahabat seperjuangan berjaya menghabiskan pengajian dalam martabat Ijazah sarjana muda. Mabruk alaikum ! Ain Taif, Aida Jamlie, Hafliana, Ali Jainneh. :) Geng-geng UKM sudah berhari jubah.

Anda sudah. Nantikan kami ! Next Year 2014. Insha Allah murah rezqi, panjang umur, AKU bakal menyusul.

Bicara tentang Graduasi.
Sentap. Aku mampu atau tidak ? Muet tidak melepasi tahap minimum untuk melayakkan aku untuk bergraduasi. Mudah-mudahan kali ini lepas lah. =.='
Allah bagi kejayaan pada mereka yang berusaha. Ya, betul. Aku akui. Mungkin aku belum cukup serius dalam hal ini. *sigh*

Ya, mungkin juga.
Teringat aku kata-kata Abi. ''Kena serius dalam apa juga aspek yang kita buat''
Serius dalam berfikir, serius dalam tindakan, serius dalam percakapan, serius dalam menilai. Ya, tepat. Aku banyak bermain dalam mengatur gaya hidup. Tidak matured. Ya Rabb bantu aku.


--
Wahai diri, jangan mudah tergoda dengan dunia. Kuatkan diri, mantapkan iman. Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Ya, mahu berjaya mohon jadi pelajar luar biasa, diluar kebiasaan kita.

--
OK. NO IDEA.

Jumpa lagi nanti. (macam ada orang baca. Eheh)
--
Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang.
Mohon jadi muslimah bijakpandai.cerdik dunia akhirat
Yakin. Ilmu itu milik Allah. Moga dapat ilmu yang bermanfaat.

|28102014| Library Usim|
--
FYP. Mudahkan aku ya Rabb

3 comments:

Nur Muthmainnah said...

(^__^) insyaAllah semua yg terbaik untuk mu dek..selamat berjuang dgn fyp n final year..doakn kkak jga ya..

azs_miina said...

ya kak.. :) terima kasih. All the best jgk praktikal nt. nurul insha Allah praktikal d Fakeh intelkek,UM tu kak..^^ napa blog kakak nda dapat tgk ?

Nur Muthmainnah said...

hehe.. jarang2 da buka tu..hehe

CopyRight by azs_miina