3 May 2013

Kebahagiaan itu #2


Perjalanan Beribu Batu Bermula Dari Langkah Pertama.

Suka kata-kata ini. Mahu berjaya, ayuh berusaha ! ^_^
--
Hari ini aku mahu bercerita tentang mereka. Ya, mereka. Siapa ? *senyum sambil buat double jerk* 
Mereka sahabat dunia saya dan insha Allah sahabat hingga ke akhirat. *senyum tidak lekang* ^___^

Manisnya ukhwah bila masing-masing saling menghargai. Masing-masing saling memahami. Bila masing-masing saling berkasih sayang. Bila masing-masing saling berlapang dada. 
Yah, itulah yang membuat aku semakin sayang kepada mereka.

Meskipun aku dan mereka hanya bersama selama setahun setengah, Namun ukhwah kami tetap rapat bagai isi dan kuku. Ewah, macam karangan bahasa melayu pulak. Siap peribahasa. Hihi 

Bermula pertengahan Jun 2008 hingga Disember 2009.
Banyak kami lakar, lukis dan conteng memori bersama. Meskipun pernah juga berselisih faham, namun itu semua aku dan mereka simpan sebagai kenangan suatu ketika nanti. Aku tersenyum bilamana teringat kenangan yang kami ukir bersama, sungguh, Warna warni dalam berukhwah amat indah. 
--
Bergelar seorang pelajar STPM amat menggerunkan. Saat inilah aku dapat merasakan perjuangan dalam menuntut ilmu yang sebenar. Ya, semua orang kata, mereka yang menjejakkan kaki ke alam Form six adalah mereka yang tercicir untuk ke IPT. Aku dan mereka akui. Sebab itulah kami berpimpin tangan, berjanji setia, saling memberi semangat tatkala lemah, saling ingat mengingati bila ada yang leka atau sterss melanda. 

Positif. Itu kami amalkan. Husnu Dzon. Itu kami ingatkan. 
--
Rindu saat itu. Saat kami bersama turun ke surau untuk solat dhuha beramai-ramai. Every day. Waktu rehat. Ya, Waktu itu aku dapat merasakan ukhwah kami semakin manis. Habis dhuha, ada sedikit perkongsian atau orang kita kata tazkirah, itu aku terima banyak dari mereka.  Walaupun tidaklah formal sangat, tetapi cukuplah dengan sembang santai, ada input kami terima. Indah kan ? :)

Itu suatu ketika dahulu.
Sekarang ?
--
Ya, seperti yang aku katakan, ukhwah kami tetap seperti dahulu. Hampir semua menyambung pelajaran di semenanjung. Rasa semakin sayang pada mereka. Usaha kami membuah hasil. 
Tahun ini.
Bahagia bila ramai yang sudah mahu konvo. Alhamdulillah. Perjuangan hampir ke garisan penamat. (Bagi degree saja ok) 

Sahabat-sahabat UKM habis tahun ini. Tahniah ! Eyn, Aida, Along, Ali.
 USIM ? UPSI ? Unisza ? KUIS ? Insha Allah bakal menyusul --> 2014 !
--
1 Mei 2013.
Alhamdulillah hampir semua dapat turun ke Kuala Lumpur. Reunion buat ke sekian kalinya ! Reunion sempena majlis perkahwinan Ali. Sahabat aku di bangku sekolah lagi.

Ya, Ali. :) 
Orang pertama yang mendirikan rumah tangga dalam bulatan kami. 
Selamat pengantin Baru Ali & Nadia ! Sungguh aku seperti tidak percaya yang Ali sudah bergelar suami orang. Hihi Rasa baru semalam kami sekelas berbincang subjek pengajian Am ! Haha


Apapun, aku doakan kebahagiaan mereka. ^_^
Moga bahagia hingga ke syurga. Dan semoga punya anak soleh n solehah generasi penerus Agama Allah.
insha Allah. Ameen. :)


Mereka bertanya, Whos next ? hee Aku jawab dengan senyuman.
Duluan lah kamu aarh :) kehkeh
--
Buku kenangan, kami conteng lagi.
4 buah kereta konvoi bersama. Rasa sebak saat itu. Hampir semua turun dari pelusuk bumi semenanjung ini. Alhamdulillah, moga-moga pertemuan ini dibawah kasih sayang Allah. Redha Dia kami harapkan.

Road to Shah Alam - kuala Lumpur (Times Square) - Setapak - Nilai. From Usim, Unisza, Ukm, Upsi, Maktab Bangi.

Alhamdulillah semua sampai dengan selamat ke bumi ijazah mereka. Senyum saja sepanjang perjalanan. Tidak terungkap dengan kata-kata kegembiraan itu. Ke mana saja kami pergi, umpama berada di sabah. Haha bercakap bahasa ibunda bah kami. :D
--
Balik Nilai. Aku dan sahabat Usim bergerak dengan rasa sayu. Pantas masa berlalu. Usai bersalam chipika chipika, Kami melangkah dengan lambaian mesra. Rasa tidak ingin berpisah.

Aku memandu kancil hitam yang comel, bertemankan yana  di sebelah pemandu, melalui highway yang agak lengang, sungguh, terasa kesunyian yang amat sangat. Tanpa kehadiran mereka,gelak tawa, gurau senda. serius, aku rindu. Ya aku rindu, tapi tidak terus- terusan rindu sebab aku ada Allah yang anugerahkan rasa itu. Terima Kasih Allah. Aku Sayang mereka ketat-ketat. 

Moga pertemuan ini akan berterusan dilakari lakaran dan contengan indah dari si Pencipta.

Next, ke majlis siapa pula ya ? Hehe

Moga saat yang indah ku harap berulang lagi. Walau hanya sebentar cuma. Aku tahu itu Hadiah daripada Allah. Hadiah Rasa bahagia bila kita saling berkasih sayang. kan ?

kamii :) konvoii ! :)

p/s: selamat mengundi ! selamat pulang kampung ! PRU 13, ini kali lah ! kita tukarr. Hee #sempat

Moga Ada sesuatu yang Indah, 
aku anak ummi abi,
usim_fpqs
03052013
Jumua'ah Barakah :)

No comments:

CopyRight by azs_miina