'Terima kasih Pak cik.' Senyuman terukir.
'sama-sama nak.' Balas si pakcik dengan senyuman manis mesra.
--
Ya. Begitulah akhlaq pelajar USIM yang ditunjukkan kepada pak cik si pemandu bas.
Rockers mana pun si gadis dengan penampilan dan gaya percakapan yang kasar, Ganas manapun wajah si jejaka, ucapan terima kasih terpacul keluar juga dari mulutnya. Sebab apa ? Ya, sebab ada rasa hormat dan rendah diri dalam diri. Itulah hasil tarbiyah di Usim bumi BerNilai.
Bukan semua insan bergelar manusia mampu mengucapkan kalimah itu. #terima kasih.
Apatah lagi mengucapkannya dengan ikhlas.
Apalah berat sangat dengan words 'thank you' itu ? Hairan apabila pergi ke universiti atau IPT yang lain, mereka kurang berterima kasih pada si pemandu. Bila aku berterima kasih pada si pemandu, dia pun tercengang. Hairan plus pelik barangkali. Whatever. itu memang untuk pakcik. *senyum
*
Tahukah kalian, bersusah payah si pemandu membawa kita ke destinsai. Apa balasan pada mereka ? Dan tahukah anda, dengan ucapan yang ringkas dan padat itu amat memberi ransangan kepada si pemandu agar berkerja lebih keras ? Ya, semestinya tidak tahu. sebab itulah anda tidak mengucapkannya. *Pap ! Tampar pipi. Sedar wahai diri*
Perkataan yang ringkas tapi mampu melembutkan hati seorang insan bergelar pekerja. Percaya atau tidak ? Anda mampu merasakannya kerana anda juga seorang manusia dan juga seorang pekerja. Betul bukan ?
Bila anda berada di situasi si pemandu, atau lebih senang, kita ambil contoh terdekat. Kita sebagai abang atau kakak. sahabat atau teman. Apa perasaan anda apabila usaha kita yang tidak tidur siang malam, makan tidak terurus, tidak diakhiri dengan ungkapan terima kasih ??
Err.. Tidaklah bermaksud kita mengharapkan kalimah itu terpacul dari mulut mereka-mereka. Tapi, sekurang-kurangnya Ucapkanlah. Even semua orang tahu usaha kita itu hanya sebesar zarah. Tapi, ingat. menghargai dengan cara mengucapkan kalimah: syukran/ terima kasih/ thank you/ arigato mampu menambah berat pada timbangan mizan sebelah kanan kita. Percaya atau tidak. Terpulang. Allah sudah janji. Maka ???
---
Fhew ~ Letih menaip. Rasa belum cukup sampai maksud sebenar. Topik ini sangat besar. *bagi diri ini*
Dalam apa keadaan sekalipun. Ucapkanlah. Alhamdulillah. Terima kasih. :)
Menulis untuk peringatan bersama.
Teringat kata-kata seorang murabbi saya.
Medan dakwah bukan hanya dengan memegang mikrofon. atau Berdakwah dihadapan khalayak ramai. tapi 'ini' juga salah satunya.
Ya, 'ini' cara saya - Blogger.
Dakwah sempoi. Moga ada insan yang tercelik. Moga-moga.
Redha Allah kita kejar bersama. Yukk ! ^^
--
Menulis dari hati ke papan kekunci.
Anak ummi abi
study di usim. sem 6.0
P/s: Masih kearah mentarbiyah diri agar lebih dekat padaNya. InshaAllah.
2 comments:
terima kasih..^_^
sama-sama kakak. hehe ^^
Post a Comment