9 Aug 2013

Tiga S.

Eid Mubarak sahabat semua !
Aku tulis apa rasa dalam hati. |NOW: 2 syawal: 10.57 PM| entah tiba-tiba rasa mahu meluah.|
--
Lebaran kali ini tidak seperti lebaran yang lalu. Sunyi Sepi Sedih = 3 S.
1 Syawal tidak semeriah dulu.
1 syawal tidak sebising dulu.
1 syawal pagi raya tidak kecoh bila tiba saat-saat pegi solat sunat aidilfitri.
1 syawal tidak ramai di rumah nenek.
--
2 syawal ramai tetamu datang berkunjung, seperti tahun-tahun lalu.
2 syawal kurang tenaga kerja untuk buat itu buat ini. Semua terkejar-kejar.
2 syawal aku jadi orang harapan. *Tukang basuh pinggan*
2 syawal aku tidak tidur awal. Heh.
2 syawal aku asyik bagi arahan. Buat tu buat ni. Lagaknya macam taiko.

--
Apa tidaknya, dulu semua ada. Pika, fatin, azie, kak ija, kak ngah. (geng karas di dapur)
Memang kecoh lah dapur kalau ada semua.

Tapi semua tidak balik sabah T.T
Beraya di Penang dan Sarawak. Hem, memang sunyilaah.

'kurang tenaga kerja kita tiada dorang pika kan' pergh. Luahan acik yen. Memang dihargailah anak-anak buahnya ni.

Penat.
Ok, Moga lebaran kali ini tidk dihiasi dengan warna warni yang tidak indah. Moga seindah pelangi, tanpa coretan cincai. Heh, aku pun tidak faham. Hadoii.

Jaga iman, jaga diri, jaga perbelanjaan, jaga makn minum, jaga pakaian jangan pakai pakaian yang tidak mengikut syara', Jaga mulut, pergi beraya rumah teman jangan dok mengumpat pulak. jaga kaki, pakai stokin keluar rumah. jaga lengan, pakai stogan keluar rumah. itu juga aurat, tahu ?

Harap segala-galanya terjaga. Yang paling penting jaga solat !

Lebaran tidak bermakna tanpa Solat sujud menghadap ilahi. Mudah-mudahan semuanya diberkati Allah Swt. Ameen.
 Salam sayang, slam lebaran.

Ikhlas dari tukang tulis belog,
Ayun.


No comments:

CopyRight by azs_miina