6 Aug 2011

which one??

ASSALAMUALAIKUM..
wah, hari ini kita bersua kembali..hihi memang lumrah org berblog ni, minat sangat nak berkarya kan..(karya la sanagat)haha apapun, Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan berada d bulan ramadhan. esok sdh masuk hari ke 7 ramadhan 1432H. sepertinya tidak percaya kan? terlalu cepat masa berlalu..rasanya baru semalam pengumuman tarikh berpuasa kedengaran di corong2 radio mahupun tv...ya..memang akhir zaman masa akan terasa sungguh cepat..btul kan?jom! saya nak kita semua berfikir sejenak...jom baca cerita kat bawah ni...

KISAH 2 BIJI BENIH
Dua biji benih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.
Biji benih pertama berkata, "Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku."
Biji benih kedua pula berkata, "Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat."
Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.
Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.
Kesian...
Wahai kawan-kawanku, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak.
Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman.
Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah... kerana jika anda takut dan kecut... anda akan hancur dimakan zaman. Buka minda... buka hati... kenali potensi diri!
   
Jadi sahabat2 ku sekalian..yang mana satu pilihan kita?? benih pertama atau benih kedua??ayuh! kita bangkit! sebarkan Islam! dan yang palin penting, Jangan takut! Jangan gentar! BERBANGGALAH ANDA MENJADI SEORANG MUSLIM~ 



Sekadar Renungan
~Mardhotillah harapan kami!~

..segalanya Mungkin..




8 comments:

Nurliyana Adnan said...

kesimpulannya,kita hnya merancang Allah yg menentukan :)

azs_miina said...

yup..sudah semestinya~ yg penting usaha kan..=)

Nur Muthmainnah said...

sama2 kita berusaha untuk menjadi yang terbaik..(^_^)

azs_miina said...

iya..insyaALLAH...:) RINDU kakak...:(

Nur Muthmainnah said...

miss u 2..:( ayun...nnt kwn kakk tinggl d pantai permai ..stu aras dengan kak iza..:) cuti sem myyb kakk tinggl sna...ble la jmpa sllu kan...(^_^)

azs_miina said...

iyaa??? waaahhh....nurul tau tu tmpt dia..hiihi dkt dgn lif...yeeaah! boleh la ni jmpa2..^____^ nt nurul lawat kakak lah time cuti sem ni...hik3 :) :)

Nur Muthmainnah said...

wah...nurul knal dorng?kakk sbnrnya lom pnah p lgi tempt dorng 2..heheh okeehh..dtg aaa..(^_^)

azs_miina said...

iyaa..kenal2..pat dorang kak mimi ka tu?hehe orait..i will come..:)

CopyRight by azs_miina