27 Aug 2011

dah bayar zakat??

Assalamualaikum! ^^ jom diskus yuk!
Apa yang dimaksudkan dengan zakat fitrah?Zakat Fitrah adalah wajib untuk semua umat Islam di bulan Ramadhan. Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
 
 Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW, ”Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
 
Waktu paling afdal zakat fitrah adalah sebelum solat Aidilfitri. Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya. (Hadis riwayat Muslim). Tetapi pasti jangan kerana mengejar waktu afdal akhirnya kita tidak sempat membayar zakat kerana zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya seperti sedekah-sedekah biasa. jadi, jangan di sebabkan terkejar2 waktu afdhal, kita terlepas menunaikan rukun Islam yang ke-empat ini...memang ramai yang terlepas, tapi hairan mereka seolah2 tidak mengambil kisah tentang kewajipan menunaikan mengeluarkan zakat.betul tidak??
kepada mereka2 yang mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga, (ketua keluarga) yang bergelar abi, abah, ayah, bapa, pak, walid, papa, baba ayuh! langsaikan zakat fitrah yang wajib kita keluarkan...^^,
 

Kewajipan Zakat Fitrah:
  1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.(seusai solat eidulfitr)

Niat zakat Fitrah:
mesti ramai yang tidak tahu niat nya ni kan...lebih2 lagi, kita sebagai anak yang di tanggung, tidak selalu mengikuti abi o abah kita ke pusat zakat tuk membayar zakat...betul tidak??hihih but, don't worry..jom kita lafaz ramai2...ngeee~

Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala.  
 
NEXT....^^

Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2011.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5
Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20
Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7 
So, di sabah hanya RM 7.00, apa tunggu lagi? yuk! kita langsaikan...^^ mudah2 an rezeki kita akan lebih murah dan di berkati olehNYA...insyaAllah...ameen :)
 
renungan bersama
~utamakan yang utama daripada yang utama~
p/s: dah masuk 28 ramadhan...moga kita lebih menghayati detik2 akhir ramadhan ini..:)

No comments:

CopyRight by azs_miina