uhukk..uhuk.. hihih ^_^ vV kita bertemu lagi dalam entri sy pada kali ini...untuk pengetahuan semua, sy bukanlah seorang yg mempunyai idea yg melimpah ruah untuk memenuhkan ruang blog sy..heheh lain macam bunyinya...:) tidaklah..cukuplah sekadar untuk berkongsi ilmu yg sy perolehi, samada secara langsung o tidak...baiklah, hari ini kita beri makan rohani kita dengan artikel di bawah..hmm..cukup memberi impak yg positif pada diri ini....
*artikel yg tersembunyi from my lappy..ngee~*jom baca!
Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusyu' & tawadhu' dan di sedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau
sudah meninggal.
Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital
bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau
emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta
emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas
makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah, ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.
Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit di hospital di Mesir. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife.
Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.
Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadhu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita
sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.
Wallahu 'alam
renungan bersama
~jom! renung diri kita bersama!~
p/s: jom kita beramal di bulan ramadhan! masih ada kesempatan utk mendapat ganjaran berlipat ganda! ayuh!

1 comment:
saya suka! slm rmdhan ya...
Post a Comment