16 Aug 2011

semoga kejayaan milik kalian....

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
(Surah Ghafir: ayat 60)

ASSALAMUALAIKUM wbt….

Syukur Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menulis di laman blog ini, iaitu blog kesayanganku… `Seindah Gubahan Pertama’ cehh..hihihi pada saat..detik dan ketika ini, tiba2 teringatkan adik2 yang berada di asrama…rindu pula bertandang… L harap hadi dan pika sihat2 sahaja ya. Di samping ujian besar STPM dan SPM  yang bakal menjelma ini, ayun harap hadi pika tidak di landa stress…(tapi,sudah semestinya perasaan ini akan wujud) apalagi bagi mereka yang bergelar student. Betul tidak? Dulu ayun pun macam kamu juga…hihih stress bukan main. Sampai tidak mau makan disebabkan kerja sekolah yang bertimbun2..apalagi ketika bergelar seorang CALON STPM 2009! Hahah… macam tidak percaya pulak ayun sudah melalui zaman itu…ceh! (bangga skit) sebab bukan semua orang dapat merasai nikmatnya alam persekolah selama tujuh tahun..betul kan hadi?
 Heeee pengalaman yang tidak dapat di rasai oleh mereka2 yang tidak mengambil STPM..hihihi  untuk pengetahuan semua, menjadi student STPM memang sungguh mencabar. Ya lah…STPM kan exam ke-3 yang paling susah di Malaysia ni..(kalau tidak silap) tapi, bagi saya..tidaklah susah sangat puunn…(bukan bangga aa..) memanglah susah kalau tidak belajarrr…cuba kalau belajar, semua kofom dapat gempak punya result,kan?? Tapi. Depends on usaha kita juga sebenarnya…kalau belajar pun, tapi main2, tidak fokusss…`xde maknenyeee’…dan struggle dalam semua subjek itu yang pentinggg!! Aihh…lari tajukk sudah nie..hahah 

Untuk adikku sayang  MOHD. NURUL HADI BIN YATAU…
Ayun harap belajarlah sungguh3 dalam STPM ni…ini lagi peluang untuk melangkahkan kaki ke Universiti! Mau masuk UKM kan? Bah, apa lagi…belajarlah…jangan main sms2 jak…buang masa jak tu..(pecah tembelang)hihih tapi, adik ayun kan hebat…ingat! Bercintan-cintun time belajar ni, kena dua2 masuk U! kena dua2 berjaya! (uihh,macam menggalakkan pula kan..hahah) tidaklahh…sebaik2nya jauhi lah dulu…bersihkan hati kita dari perkara2 yang lagho…Jaga adab dan pergaulan dengan ibubapa, guru2, kawan2 dan semua masyarakat sekeliling… ayun ingat kata2 ustazah Andi `kalau jumpa sesiapa sahaja di muka bumi ini, yang tua ka, yang muda ka, kanak2 ka….minta dorang dokan kita’ mau tahu kenapa? Manala tau, salah seorang daripada dorang itu, termakbul doanya… apapun, jaga amalan kita sebelum, semasa dan selepas STPM…insyaAllah kejayaan milik kita….rajin2 solat dhuha dan hajat…insyaAllah rezeki kita dipermudahkan jalannya…ingat pesan abi, CACA~ Cemerlang Akhlak, Cemerlang Akademik!

Adikku sayang NURUL ZAIMAH AFIQAH BINTI YATAU…
Heheh ini satu2nya adik perempuan saya…hai kok!(panggilannya di rumah pika@pikok)heheh kok, ayun doakan yang terbaik tuk ko sama abang…buat yang terbaik dalam SPM ni k…jangan kuat tidurr! Asal balik rumah, tidur…asal tidur, balik rumah…hahah tapi yang penting ayun tau, adik ayun kan hebat2 semua…apa ko selalu cakap tu?`saya kan pandai..’  insyaAllah kejayaan milikmu adikku sayang…J walaupun kita selalu gaduh…sehh..gaduh2 sayang bah kan..kih3 tapi ko juga lah yang menang kalau bab2 merajuk ni, and, ayun sentiasa menang dalam gelanggang! apapun yang terjadi, ayun tetap sayang adik2 ayun…duniakhirat..~ ayun harap sangat ko dapat masuk usim (harapan yang terlalu meninggi) masuk Tamhidi=matrikulasi di usim…insyaAllah…yang penting, spm ni buat yang terbaik k! hanya satu pesan ayun tuk kamu dua n utk peringatan diri ayun sendiri, SOLAT jangan tinggal k! ^_^ moga keredhaan Allah sentiasa bersama kita…amen ya Rabb
Okeylah…banyak sudah ni menaip, harapan saya agar kejayaan menjadi milik adik2ku…insyaAllah~  Merindui kamu umpama menunggu bulan jatuh ke riba. ;p please jgn terharu. All The best for ur excel!! MA’AT TAUWFIQ WAN NAJAH…~ Allah yuba rik fikum…Ayun sayang Semuaaaa………………….LOVE! salam Nuzul al-quran~ 

~Renungan Bersama~
~…Indahnya ukhwah Andai kerana ALLAH…~

No comments:

CopyRight by azs_miina