29 ramadhan 1432 hijrah bersamaan 29 ogos 2011 masihi. tarikh yang sungguh cantik dan sungguh bermakna buat diri ini...entahlah apa yang cantik dan bermakna. pelik?? eh, tidaklah...setiap orang mempunyai ceritanya sendiri..bak kata iklan kat tv, dalam cerita khurafat: tag line nya `setiap mayat ada cerita'...hahaha mayat pula tu..aisshhh...stop2. bukan itu yang saya ingin kongsikan bersama.lets cheaked it out!
hari raya aidilfitri atau saya lebih suka menggunakan words `hari lebaran' sememangnya hari yang di nanti2kan oleh semua umat islam. apa tak nya, itu adalah hari kemenangan untuk kita setelah berjaya menunaikan ibadah fardhu rukun islam yang ketiga: berpuasa dibulan ramadhan. Tahniah kepada yang berpuasa Penuh pada kali ini...:) tahniah2..hihih
baiklah, straight to the point. hari lebaran seringkali dikaitkan dengan keindahan dan kecantikan dari setiap sudut pandangan. rumah kena cantik, bilik kena cantik, kereta kena cantik dan yang memang kena sentiasa cantik tak lain dan tak bukan, semestinya baju kena cantik. betul tidak? itu semua sudah menjadi adat orang melayu pada hari lebaran.tapi, kenalah besederhana..dan jangan membazir.okey...
di sini saya ingin mengajak anda2 sekalian untuk merenung kembali amal2 ibadat kita sepanjang bulan ramadhan ini...ada yang suka menderma, hampir setiap malam bersedekah di masjid2 o surau2 yang dikunjung untuk menunaikan solat sunat terawih..betul tidak?ada yang sentiasa menjaga mulut agar tidak `terr' mengumpat orang lain, ada juga yang sentiasa menjaga adab perlakuannya dgn orang lain.(memanglah kena jg,kalau tak,nyaya kita..hahah)dan banyak lagi...
tapi, sedarkah kita apabila syawal datang menjelma, apabila takbir raya bergema, dan apabila syaitan2 telah bebas dari dibelenggu selama sebulan,kita kembali kepada tabiat lama kita.(sebelum ramadhan) tepuk dada tanya iman!
malam raya(rumah merah)
A: buat simple je lah...xpayah nak advance2 sangat..membazir je...
B: eehh..mana boleh..kita mesti nampak lebih grand dari orang lain tau...tgk jiran sebelah tu, dia buat simple je...nak buat mcm tu jgk ke adik oii...apa kata orang yang datang raya nanti..?xnak la aku...
A: alaahh...orang datang nak makan je pun.bukannya nak tgk barang2 hiasan ni...buat serabut mata je...(berlalu pergi)
malam raya(rumah hijau)
A: kita buat simple je tau...nanti membazir pulak...
B: ok...yang penting kita selesa dan tetamu jgk selesa...tak perlu lah nak lebih2 hanya dengn hiasan macm ni...
A: em..betul tu...tak baik tau ada perasaan riya' dalam diri...ee, nauzubillah...
berdasarkan 2 situasi di atas, selalunya yang mana satu situasi yang berlaku dalam kehidupan anda??jadi disini telah jelas terang lagi bersuluh,segala amalan yang kita lakukan di bulan ramadhan belum cukup sebati dengan diri kita.apa taknya, amalan baik hanya di lakukan selama sebulan. dan selepas itu, kembali kepada kehidupan biasa yang penuh dengan rona2 hitam.
pernah dengar tak, ada segelintir umat manusia yang berbicara `alah, kata time bulan ramadhn ni syaitan diikat, tapi saya tengok ramai je orang islam still buat dosa, bukan syaitan ke kwn kita kalu buat dosa?' hah..pernah dengar? mesti pernah kan...untuk pengetahuan semua, bulan ramadhan adalah bulan yang menunjukkan siapa diri kita sebenarnya.sudah semestinya syaitan diikat tak boleh lari dekat dengan manusia.tapi, kenapa kita masih melakukan perkara2 yang mungkar di bulan ini?sebabnya adalah, kesemua perbuatan, amalan dan tindakan kita adalah diiringi dengan nafsu. syaitan dibelenggu,so, kita hidup dengan siapa,kalau bukan dengan nafsu kita sendiri.kalau nafsu kita dapat mengawal segala tindakan kita, insyaAllah kita tidak akan terjebak ke kancah kemungkaran. dan kalau tidak, berlakulah sebaliknya...syaitan hanya bertindak untuk menggoda nafsu kita..betul tidak?so, kalau tiada syaitan?siapa yang mengawal nafsu kita?tepuk dada tanya nafsu!
so,di bulan lebaran yang bakal menjelang ini, harapnya segala amalan yang baik pada bulan ramadhan akan diteruskan. biarlah ramadhan kita pada kali ini telah mengubah diri kita 360 darjah...insyaAllah..baiklah panjang lebar bicara saya kali ini...^^ harap dapat menjadi makanan rohani buat diri anda dan keluarga :) akhir kalam...salam lebaran buat kesekian kalinya. Maaf zahir dan batin.
renungan bersama
...Ramadhan. bulan memperbanyak amalan..yakinkah kita amalan yg dibuat benar2 lillahitaala? yakinkah kita tidak timbul komponen nafsu yakni 'ujub,riak,takabbur serta hairan diri merajai diri tatkala kita membuat amalan2 tersebut? sama2 kita lihat kembali amalan kita n penuhi piala Ramadhan dengan penghayatan pada ' Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliyyil 'aziim '..semoga amalan kita benar2 utuh n diterima Allah s.w.t..aminn
~segalanya mungkin~
p/s: please jangan membazir di bulan syawal...^^ u know what the important is..~ dan kalu entri ini tidak kena di hati anda, mohon tegurannya ^^,

No comments:
Post a Comment