25 Aug 2011

:from yana:syg! i love thiss!!tQ very much dear...


tittle: Usah pujukku dengan rayumu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

credit to: google

kau kata kau cintakan aku,
kau kata kau sayangkan aku,
kau kata kau ingin memperisiterikan aku
tapi kata kau hanya menambah dosa kepadaku.

kau kata,
kita bercouple jangan jadi seperti orang lain,
kita bercouple biar ada istilah keislaman,
kita takkan buat benda yang bukan-bukan,
kita hanya berhubung berpesan kepada kebaikan.

tapi kata kau hanya mengundang nestapa,
kau telah membawaku ke arah kemurkaan Yang Esa,
seharusnya kau melamarku ke arah syurgaNya,
menjadi bidadarimu yang setia.

credit to: google
Namun,
kau & aku silap dalam mengorak langkah,
cinta kita hanya palsu semata,
hanya saat lafaz ijab Qabul menjadi sah,
barulah cinta kita halal bersama.




tapi kau perlu tahu ciri-ciri calon suamiku,
aku hanya inginkan pemuda bertatahkan mutiara agama,
kerana aku perlukan zauj yang mampu mendidikku,
untuk membina bait muslim ke taman Syurga.

jangan pujukku dengan rayu cintamu,
jangan gusarkan hatiku dengan madah helahmu,
jangan sampai aku tertawan dengan katamu,
kerana jika benar kau sayang padaku, cinta padaku,
kau takkan membawa aku ke arah jalan kemurkaanNya,
tapi kau akan membimbingku ke arah keredhaanNya.

usah pujukku lagi,
aku takkan menoleh ke sisimu lagi,
bagiku kau cuma mimpi yang tak pasti,
di dalam dunia fantasi.

aku seorang mujahidah,
yang bermujahadah mencari cintaNya,
jalan ku tempuhi tersangatlah payah,
tapi jalanNya mendamaikan jiwa.

biar kau digelar ikhwah yang beragama,
aku tak mungkin menyerahkan cintaku pada yang belum pasti,
aku akan menanti cinta yang dititp dariNya,
barulah ku yakin ia bukan fantasi ttpi sbuah realiti.

jangan dinanti sms ku tentang pesanan ke arah kebaikan,
aku tak mungkin sesekali menghantar kepada yang bukan mahram,
cukuplah sekali kekhilafan yang ku lakukan,
takkan ku ulangi sejarah silam.

cukuplah setakat ini perhubungan kita,
usah ditangisi mengapa kita tidak bersama,
bukankah Allah sediakan jalan indah buat hambaNya?.
moga hikmah Allah menjadi santapan jiwa.

buatmu akhowat diluar sana,
usah gentar melawan nafsu durjana,
jangan diulangi kekhilafan yang telah sedia dilakukan,
peritnya menanggung keresahan yang berpanjangan.

buatmu ikhwah diluar sana,
bersedialah menjadi seorang pemimpin menuju cintaNya,
akhowat disini menanti dengan penuh kesabaran,
sebagai mujahadah dalam sebuah perjuangan.
~~menuju cintaNya~~

~~menuju cintaNya~~
strive for mardhotillah,will you?

with love,
~~berusaha menjadi mujahidah dalam sebuah mujahadah~~
yes, i will!
strive for mardhotillah
Baiti Jannati
24 Ramdhan 1432 h
Hati bermain kata,
ketika meraih sebuah CINTA.
by:

1 comment:

Nurliyana Adnan said...

azmina..
erm.. sama2 kita ingat ya.
sama2 kita perbaiki diri.
even ianya pahit dirasakan ttpi kemanisan itu yg kita akn tmui akhirnya.
do remind me when i forgot about this.. :)

CopyRight by azs_miina