4 Sept 2011

Hormati pendapat orang lain:lapang dada

“Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku kerana ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidak tahuan mereka” (Abu Bakar As-Shiddiq RA)
BagiMulah segala puja puji, dgn hati badan dan lisanku~
ASSALAMUALAIKUM....
^^ hari ini kita bertemu lagi. apa entri kali ini ya?hmm..setelah menggeledah my lappy untuk beberapa ketika, banyak rupanya artikel2 menarik yang saya temui...dan seperti biasa, saya nak kongsikan bersama anda..^_^ jom, kita baca artikel kat bawah ini. moga menjadi sesuatu yang berguna buat kita semua...jooooomm! 
`Ramai dikalangan manusia yang tidak mampu  berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam  pelbagai urusan.
Peniaga dengan cara peniaga, agamawan dengan cara agamawan.
Kadang-kadang perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya.
Perbezaan pendapat sangat baik, kerana ia mencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang.
Sesungguhnya, "ikhtilaf itu rahmat".
Yang menjadi rahmat itu apabila masing-masing berbesar hati menerima dan bersedia berhujah dengan hujah ilmiah tanpa di dorong dengan nafsu amarah.

Perumpamaan
Tiga orang pelajar yang duduk di dalam kelas dan memandang ke luar, seorang melihat kepada pokok, seorang lagi melihat kepada awan, dan seorang lagi melihat kepada kereta guru, semuanya pasti mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.
Tuhan menciptakan manusia ini berbeza dari segi cara berfikir.
Itulah kehebatan tuhan.
Dalam berbilion-bilion manusia jarang sekali mempunyai pendapat yang sama pada waktu yang sama.
Oleh sebab itulah kita harus menerima perbezaan pendapat,  walaupun ramai yang tidak mampu menerima kerana sudah terbiasa di didik dengan  'rasa betul'.
Apabila berlaku perbezaan, hatinya cepat marah.
Orang-orang cerdik mengatakan "cerek yang kecil lebih mudah panas, begitu juga orang yang berhati kecil".
Kenapa perlu merasa panas hati apabila orang lain berpendapat berbeza? pengalaman kehidupan manusia itu tidak pernah sama.
Si A memandang pokok kelapa kerana dia hanya mempunyai pengetahuan tentang buahnya, tetapi si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri.
Begitu juga orang yang belajar.
Kita mungkin belajar pada tempat berbeza dengan guru yang berbeza.
Pemahaman kita dengan orang lain sudah tentu berbeza.
Mana mungkin Si A belajar dengan guru B tetapi mengetahui  apa yang diajarkan oleh guru C pada masa yang sama.
Sikap kita melambangkan siapa kita.
Orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain, bermakna dia orang yang  berfikiran negatif dan selalunya baran.
Orang begini tidak boleh bekerja  secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat apa pun, kerana pasti mendatangkan  masalah.
Pernah suatu ketika seorang ahli falsafah yang bernama Galileo Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564 ditangkap oleh pihak gereja pada zamannya hanya kerana berbeza pendapat dalam hal samada bumi itu bulat atau tidak.
Beliau mendapati bumi itu bulat, ini bermakna dia bertentangan dengan pendapat gereja kerana kepercayaan gereja ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia ditangkap kerana berbeza pendapat dengan pihak gereja.
What you see is what you get
Cerdik pandai pernah mengatakan"Cara kita melihat menentukan siapa kita".
Benarlah begitu, kerana seseorang yang menjadikan suasananya positif pasti akan melihat semua perkara adalah positif.
Hadapilah perbezaan pendapat dengan senyuman nescaya  masalah itu pasti  senyum kembali kepada kita.
Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang belum kita ketahui.
Kadang-kadang kita tidak nampak dalam diri ada kekurangan, dan sebab itulah kita  perlu  teman untuk memberitahu.
Itulah adatnya apabila menubuhkan kerajaan pasti ada pembangkang. Inilah fungsinya.
Kerajaan yang tidak mampu menerima kritikan pembangkang adalah kerajaan yang lemah!.
Kesimpulan
Jadilah manusia yang  cerdik dalam  member pendapat dan juga menerima  perbezaan pendapat.
Lihat sahaja Umar dan Abu bakar, dua sahabat Nabi yang sangat di hormati, mereka  dapat menerima antara satu sama lain walaupun mempunyai banyak perbezaan pendapat.
Mereka adalah manusia yang cerdik dan pintar.
Seharusnya orang yang ingin menjadi cerdik dan pintar mencontohi  akhlak mereka.
Mengakui kelemahan diri itu sebenarnya bukan hina malah itu lah sifat hamba yang soleh.
Sebenarnya musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
Orang lain tidak mampu membuat kita risau kecuali diri kita sendiri yang membuatnya risau.
Ikhtilaf - perbezaan pendapat
 jadi, apa yang dapat kita simpulkan? belajarlah menerima pendapat orang lain, walaupun ianya berbeza dengan pendapat kita. jangan terlalu negatif dalam sesuatu perkara. siapa tahu, pendapat yang berbeza itu mampu mengubah hidup kita 360 darjah. so, berfikirlah dengan waras.renung2 kan dan selamat beramal!

renungan bersama
~ikhtilaf sesama kita,mampu mematangkan cara kita berfikir.anda setuju?terpulang...:)~

segalanya mungkin! 

2 Sept 2011

indahnya syawal ^^:senyum

Assalamualaikum...

first!! senyum semuaaaa...senyuuum...^_^ kan chomel senyuman tue..:) senyumlah walaupun hati kita dilanda gundah gulana.sebab dengan senyuman, ia mampu memberi cas positif kepada orang lain..apaa???ada yang tidak setuju?terpulangg..hihih bagi saya, memang senyuman seseorang itu mampu memberi chemistry kepada orang lain..terutamanya insan2 yang terlalu hampir dengan kita..ummi, abi, our siblings...and so on. agree with me? mesti sepanjang syawal ini, kita sentiasa senyum kan, tak lekang senyuman itu...lebih2 lagi bagi mereka yang membuat `open house'! senyum jangan tak senyum ya! senyum ikhlas lah dari hatimu..:) 

tapi, jangan pula senyum tak tentu pasal..hahah dan senyuman yang penuh dengan kecurigaan..anda dapat bezakan?hihi perspektif kita berbeza kan?so, buatlah andaian anda sendiri! ngee~! tapi apa yang penting??senyum itu adalah satu SEDEKAH!


begitu juga saya dan keluarga, walaupun letih menyiapkan juadah untuk tetamu, tapi still dapat senyum lagi..hee senang je pown senyum tuuue...^_^ jom senyuuuuum...! teringat satu lagu...kalau nyanyi lagu ini, konfom xda orang yang murung...asyik senyumm jak..xpercaya?jom!checked it out!

"senyum seindah suria,
yang membawa cahya,
senyumlah dari hati,
duniamu berseri, 
senyum umpama titian,
dalam kehidupan,
kau tersenyum,
ku tersenyum,
duniamu berseri...
seeeeeeeeeeeeeenyum kepada semua,
senyumanmu amatlah bermakna,
senyum seperti Rasulullah, dengan senyuman terjalinlah ikatan..''

kan betul...senyum kan...:) hihih even kita ada masalah, paksalah untuk senyum..kerana senyuman itu bukti ketabahan kita dalam menempuhi onak duri di dunia yang sementara ini...^^, s
so?? mari kita senyuuuummmmm..~!!!




your smile can make me happy! eid mubarak..~!!

renungan bersama
`senyum melambangkan keperibadian kita'

segalanya mungkin!!





Qalbi: bersabarlah wahai hati

Assalamualaikum.. :)

today raya ke tiga..opss..masuk raya keempat pulak...^^ sungguh pantas masa berlalu...pejam celik, pejam celik...dah sebulan ramadhan meninggalkan kita...dan sekarang syawal pula mengiringi...subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar! hmm...ntahlah apa yang bermain di kalbu ketika ini...mau cakap hepi, xjgk..mau ckp sedih, xjgk...tapi hati ini memang lebih kepada perasaan kecewa yang amat sangat!! sangat!! sangat!!



entahlah...kecewa adakah disebabkan perkara yang baharu sahaja sampai ke corong telinga or apa sebenarnya...Ya Allah...tabahkan hati hambamu ini...T_T terasa diri amat hina di sisimu...

'sebak di dada hanya aku yang merasa...pilunya hati hanya aku yang alami...tercalarnya sebuah perasaan hanya aku yang pendam...tiada siapa yang mampu untuk ubati...kecuali, pemilik cintaku, Allah swt..''

memang setiap manusia tidak terlepas daripada diuji dengan pelbagai bentuk ujian dari Allah swt. betul kan? tiada siapa yang terlepas daripada diuji olehNYA...apa tandanya ujian itu?? itu tandanya, Allah ingat kepada kita..okey ayun, senyum sikit,,^_^ berbahagialah wahai hati...amat rugilah orang2 yang tidak diuji olehNYA...

saya pun kurang pasti samada saya gembira mendengar perkhabaran itu atau sebaliknya.tapi, yang penting, saya amat terkejut with that statement! hmm...memang lumrah manusia begitu kali kan...sukar untuk berkata benar.berkata benarlah walaupun ia pahit!!!!!!

buat sahabat2 di luar sana, please, berkata benarlah walaupun ianya pahit diterima oleh sang penerima yang wajib tahu. tidak perlu memutar belitkan keadaan yang memang sudah jelas nyata terang lagi bersuluh kekusutannya. sesungguhnya saya amat menyukai baits2 hadis ini:
" jika kita permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita"...InsyaALLAH...~ janji Allah itu pasti..:)

dan pada saat dan ketika ini, saya hanya mampu memanjatkan kesyukuran kepadanya dengan rahmat NYA yang tidak terhingga...sesungguhnya Engkaulah perancang yang sebaik2nya..~ Damailah wahai hati...Nurul Azmina binti Yatau ^_^ only you can control your mind! chayook2!


yang penting, saya redha dengan ketentuanNY...:) ALLAH know the best for me! tiada siapa boleh jadi diri saya melainkan saya! ayun Hebat!

renungan bersama
~ jangan biarkan perasaan itu menghantui diri kita! ~

segalanya mungkin!

p/s: selamat hari raya!!!!!! ^^





29 Aug 2011

ramadhan:syawal:nafsu: kita??

Assalamualaikum..^_^

29 ramadhan 1432 hijrah bersamaan 29 ogos 2011 masihi. tarikh yang sungguh cantik dan sungguh bermakna buat diri ini...entahlah apa yang cantik dan bermakna. pelik?? eh, tidaklah...setiap orang mempunyai ceritanya sendiri..bak kata iklan kat tv, dalam cerita khurafat: tag line nya `setiap mayat ada cerita'...hahaha mayat pula tu..aisshhh...stop2. bukan itu yang saya ingin kongsikan bersama.lets cheaked it out!

hari raya aidilfitri atau saya lebih suka menggunakan words `hari lebaran' sememangnya hari yang di nanti2kan oleh semua umat islam. apa tak nya, itu adalah hari kemenangan untuk kita setelah berjaya menunaikan ibadah fardhu rukun islam yang ketiga: berpuasa dibulan ramadhan. Tahniah kepada yang berpuasa Penuh pada kali ini...:) tahniah2..hihih

baiklah, straight to the point. hari lebaran seringkali dikaitkan dengan keindahan dan kecantikan dari setiap sudut pandangan. rumah kena cantik, bilik kena cantik, kereta kena cantik dan yang memang kena sentiasa cantik tak lain dan tak bukan, semestinya baju kena cantik. betul tidak? itu semua sudah menjadi adat orang melayu pada hari lebaran.tapi, kenalah besederhana..dan jangan membazir.okey...

di sini saya ingin mengajak anda2 sekalian untuk merenung kembali amal2 ibadat kita sepanjang bulan ramadhan ini...ada yang suka menderma, hampir setiap malam bersedekah di masjid2 o surau2 yang dikunjung untuk menunaikan solat sunat terawih..betul tidak?ada yang sentiasa menjaga mulut agar tidak `terr' mengumpat orang lain, ada juga yang sentiasa menjaga adab perlakuannya dgn orang lain.(memanglah kena jg,kalau tak,nyaya kita..hahah)dan banyak lagi...

tapi, sedarkah kita apabila syawal datang menjelma, apabila takbir raya bergema, dan apabila syaitan2 telah bebas dari dibelenggu selama sebulan,kita kembali kepada tabiat lama kita.(sebelum ramadhan) tepuk dada tanya iman! 

malam raya(rumah merah)
A: buat simple je lah...xpayah nak advance2 sangat..membazir je...
B: eehh..mana boleh..kita mesti nampak lebih grand dari orang lain tau...tgk jiran sebelah tu, dia buat simple je...nak buat mcm tu jgk ke adik oii...apa kata orang yang datang raya nanti..?xnak la aku...
A: alaahh...orang datang nak makan je pun.bukannya nak tgk barang2 hiasan ni...buat serabut mata je...(berlalu pergi)

malam raya(rumah hijau)
A: kita buat simple je tau...nanti membazir pulak...
B: ok...yang penting kita selesa dan tetamu jgk selesa...tak perlu lah nak lebih2 hanya dengn hiasan macm ni...
A: em..betul tu...tak baik tau ada perasaan riya' dalam diri...ee, nauzubillah...

berdasarkan 2 situasi di atas, selalunya yang mana satu situasi yang berlaku dalam kehidupan anda??jadi disini telah jelas terang lagi bersuluh,segala amalan yang kita lakukan di bulan ramadhan belum cukup sebati dengan diri kita.apa taknya, amalan baik hanya di lakukan selama sebulan. dan selepas itu, kembali kepada kehidupan biasa yang penuh dengan rona2 hitam.

pernah dengar tak, ada segelintir umat manusia yang berbicara `alah, kata time bulan ramadhn ni syaitan diikat, tapi saya tengok ramai je orang islam still buat dosa, bukan syaitan ke kwn kita kalu buat dosa?' hah..pernah dengar? mesti pernah kan...untuk pengetahuan semua, bulan ramadhan adalah bulan yang menunjukkan siapa diri kita sebenarnya.sudah semestinya syaitan diikat tak boleh lari dekat dengan manusia.tapi, kenapa kita masih melakukan perkara2 yang mungkar di bulan ini?sebabnya adalah, kesemua perbuatan, amalan dan tindakan kita adalah diiringi dengan nafsu. syaitan dibelenggu,so, kita hidup dengan siapa,kalau bukan dengan nafsu kita sendiri.kalau nafsu kita dapat mengawal segala tindakan kita, insyaAllah kita tidak akan terjebak ke kancah kemungkaran. dan kalau tidak, berlakulah sebaliknya...syaitan hanya bertindak untuk menggoda nafsu kita..betul tidak?so, kalau tiada syaitan?siapa yang mengawal nafsu kita?tepuk dada tanya nafsu!

so,di bulan lebaran yang bakal menjelang ini, harapnya segala amalan yang baik pada bulan ramadhan akan diteruskan. biarlah ramadhan kita pada kali ini telah mengubah diri kita 360 darjah...insyaAllah..baiklah panjang lebar bicara saya kali ini...^^ harap dapat menjadi makanan rohani buat diri anda dan keluarga :) akhir kalam...salam lebaran buat kesekian kalinya. Maaf zahir dan batin.


renungan bersama
‎...Ramadhan. bulan memperbanyak amalan..yakinkah kita amalan yg dibuat benar2 lillahitaala? yakinkah kita tidak timbul komponen nafsu yakni 'ujub,riak,takabbur serta hairan diri merajai diri tatkala kita membuat amalan2 tersebut? sama2 kita lihat kembali amalan kita n penuhi piala Ramadhan dengan penghayatan pada ' Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliyyil 'aziim '..semoga amalan kita benar2 utuh n diterima Allah s.w.t..aminn

~segalanya mungkin~

p/s: please jangan membazir di bulan syawal...^^ u know what the important is..~ dan kalu entri ini tidak kena di hati anda, mohon tegurannya ^^,

28 Aug 2011

keranaNYA kita Bertemu~

Assalamualaikum!
 hee...setelah membaca entri saya cikgu NURUL to be! ^_^ anda mahu tahu the miracles seterusnya?? ingin saya kongsikan bersama anda...indahnya perancangan ALLAH swt...^_^ nak tahu kenapa? memang ada hikmah di sebalik aktiviti saya di musim cuti semester ini...

setelah seminggu berlalu, minggu kedua iaitu minggu terakhir persekolahan, seperti sekolah2 lain, s.k pekan juga mengadakan perhimpunan pagi di dataran..mujur pagi itu langit tidak menunjukkan tanda2 hendak hujan... saya tiba di sekolah pada hari itu lewat 3 minit...sekolah ni memang betul2 sharp masanya..detik itu baru sahaja berkumandang lagu negaraku. malu juga lambat sampai..ngeee~ nasib baik bukan guru sebenar kat sekolah..:)

apa yang menarik sebenarnya nie??sabar2...nak start la ni...10 minit sebelum perhimpunan berakhir, mc perhimpunan pada hari itu mengumumkan bahawa sekolah mereka telah di datangi oleh tiga orang bakal guru yang menjalankan PBS (pengalaman berasaskan sekolah)eh..betul ka tu? xpasti pula...selama seminggu..jadi, ketiga2 mereka di jemput untuk memperkenalkan diri....pada mulanya, saya fikir bukanlah golongan2 yang saya kenali...cikgu pertama dah lepas..cikgu Nur Ghulwanie@kakWanie ipTAWAU....saya memandang tanah disebabkan terik matahari pada pagi itu, mata pun kabur2 melihat ke arah pentas.....seusai cikgu kedua mengucapkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...terus anak mata di panahkan ke arah pentas...`hmm..macam kenal suara nie...orang lain kot..'

kemudian mata di alihkan lagi ke arah pengawas2 yang berada sebaris dengan saya...heheh tup tup..`nama cikgu siti hamizah hj mohd zain, dr ip TAWAU'...waaaahhh! sungguh saya tidak percaya! lantas mengukir senyuman kepadanya.. nampak gaya, dia pun terkejut melihat kelibat saya nun jauh ke belakang.. saya bangga memiliki seorang kawan yang bakal bergelar seorang GURU.

so, itulah yang ingin saya kongsikan...^_^ setelah hampir 4 tahun tidak bersua muka, akhirnya pertemuan kami di atur di s.k pekan tamparuli...di bulan ramadhan pula tu...syukur alhamdulillah....:) seusai perhimpunan, saya mengorak langkah mendekatinya....gembira bukan kepalang....itulah manisnya sebuah ukhwah itu andai bertemu dan berpisah keranaNYA...betul tidak...??

banyak yang kami kongsikan bersama..cerita kawan2 yang sebumbung di SEMAI a.k.a TUNAS...dulu disemai sekarang dah bertunas. tapi, memang kesemuanya ada jalan2 mereka tersendiri.tup tap tup tap....seminggu berlalu dengan begitu pantas...tibalah hari yang terakhir..rasa seperti tidak mahu hari itu berlalu pergi..jumaat 26 ogos 2011..hmm...first, sebab saya sedih berpisah dgn anak2 murid 6 bestari, second, sedih sekali lagi kena berpisah dengan my friend siti hamizah, kak wani and fatin..:(

tapi, apakan daya, masa tidak boleh dihentikan...huhuh apapun, saya gembira bersama mereka....gembira mendapat pengalaman baru dan gembira mendapat sahabat baru...^_^! okeh lah..itu saja yang ingin saya coretkan...hihih harap raya ni dapat berjumpa kembali dengan mereka...hihih jom! imbas kembali detik pertemuan kami...ngee~
cikgu nurul n cikgu siti...:)

borak lepas habis kelas..hihi

cikgu siti yg chantekk...from ip TAWAU~

cikgu wanie...senyum m saja..from ip TAWAU ~

cikgu fatin...suka sgt senyum...heheh from ip GAYA

cikgu's...ngee~

kami tiga..hari last...:(

with orang2 tinggi..heheh

here we are!


renungan bersama
`ukhwah yang sejati pasti kekal abadie'

CopyRight by azs_miina