`Ramai
dikalangan manusia yang tidak mampu berlapang dada menerima pendapat
manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam
pelbagai urusan.
Peniaga
dengan cara peniaga, agamawan dengan cara agamawan.
Kadang-kadang
perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya.
Perbezaan pendapat sangat baik, kerana
ia mencetuskan idea yang berlainan, cara
fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang.
Sesungguhnya,
"ikhtilaf itu rahmat".
Yang
menjadi rahmat itu apabila masing-masing berbesar hati menerima dan bersedia
berhujah dengan hujah ilmiah tanpa di dorong dengan nafsu amarah.
Perumpamaan
Tiga
orang pelajar yang duduk di dalam kelas dan memandang ke luar, seorang melihat
kepada pokok, seorang lagi melihat kepada awan, dan seorang lagi melihat kepada
kereta guru, semuanya pasti mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.
Tuhan
menciptakan manusia ini berbeza dari segi cara berfikir.
Itulah
kehebatan tuhan.
Dalam berbilion-bilion manusia jarang sekali
mempunyai pendapat yang sama pada waktu yang sama.
Oleh
sebab itulah kita harus menerima perbezaan pendapat, walaupun ramai yang
tidak mampu menerima kerana sudah terbiasa di didik dengan 'rasa betul'.
Apabila
berlaku perbezaan, hatinya cepat marah.
Orang-orang
cerdik mengatakan "cerek yang kecil lebih mudah panas, begitu juga orang
yang berhati kecil".
Kenapa perlu merasa panas hati apabila
orang lain berpendapat berbeza? pengalaman kehidupan manusia itu tidak pernah sama.
Si
A memandang pokok kelapa kerana dia hanya mempunyai pengetahuan tentang
buahnya, tetapi si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang
sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri.
Begitu
juga orang yang belajar.
Kita
mungkin belajar pada tempat berbeza dengan guru yang berbeza.
Pemahaman
kita dengan orang lain sudah tentu berbeza.
Mana
mungkin Si A belajar dengan guru B tetapi mengetahui apa yang diajarkan
oleh guru C pada masa yang sama.
Sikap
kita melambangkan siapa kita.
Orang yang tidak boleh menerima pendapat
orang lain, bermakna dia orang yang berfikiran negatif dan selalunya baran.
Orang
begini tidak boleh bekerja secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat
apa pun, kerana pasti mendatangkan masalah.
Pernah
suatu ketika seorang ahli falsafah yang bernama Galileo Galilei yang lahir di
Pisa pada tahun 1564 ditangkap oleh pihak gereja pada zamannya hanya kerana
berbeza pendapat dalam hal samada bumi itu bulat atau tidak.
Beliau
mendapati bumi itu bulat, ini bermakna dia bertentangan dengan pendapat gereja
kerana kepercayaan gereja ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia
ditangkap kerana berbeza pendapat dengan pihak gereja.
What
you see is what you get
Cerdik
pandai pernah mengatakan"Cara kita melihat menentukan siapa kita".
Benarlah
begitu, kerana seseorang yang menjadikan suasananya positif pasti akan melihat
semua perkara adalah positif.
Hadapilah
perbezaan pendapat dengan senyuman nescaya masalah itu pasti senyum
kembali kepada kita.
Sekurang-kurangnya
kita tahu bahawa sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang
belum kita ketahui.
Kadang-kadang
kita tidak nampak dalam diri ada kekurangan, dan sebab itulah kita perlu
teman untuk memberitahu.
Itulah
adatnya apabila menubuhkan kerajaan pasti ada pembangkang. Inilah fungsinya.
Kerajaan
yang tidak mampu menerima kritikan pembangkang adalah kerajaan yang lemah!.
Kesimpulan
Jadilah
manusia yang cerdik dalam member pendapat dan juga menerima
perbezaan pendapat.
Lihat
sahaja Umar dan Abu bakar, dua sahabat Nabi yang sangat di hormati, mereka
dapat menerima antara satu sama lain walaupun mempunyai banyak perbezaan
pendapat.
Mereka
adalah manusia yang cerdik dan pintar.
Seharusnya
orang yang ingin menjadi cerdik dan pintar mencontohi akhlak mereka.
Mengakui
kelemahan diri itu sebenarnya bukan hina malah itu lah sifat hamba yang soleh.
Sebenarnya
musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
Orang
lain tidak mampu membuat kita risau kecuali diri kita sendiri yang membuatnya
risau.
Ikhtilaf
- perbezaan pendapat
jadi, apa yang dapat kita simpulkan? belajarlah menerima pendapat orang lain, walaupun ianya berbeza dengan pendapat kita. jangan terlalu negatif dalam sesuatu perkara. siapa tahu, pendapat yang berbeza itu mampu mengubah hidup kita 360 darjah. so, berfikirlah dengan waras.renung2 kan dan selamat beramal!
renungan bersama
~ikhtilaf sesama kita,mampu mematangkan cara kita berfikir.anda setuju?terpulang...:)~
segalanya mungkin!

5 comments:
jgn emo sgt... luahkan dengan kawan rapat anda.. menangis la sekali sekala untuk pulih dari kedukaan.. biar pulih dari kedukaan dengan segera agar boleh menempuh hidup yang akan lebih mencabar dan penuh ujian.
koemn diatas daripada superman
:) andai sudah tertulis itu takdirku..huhu
i will always support u,nurul..
tu akan jadi takdir awk.. klu xberusaha dan berdoa... Allah xkan mgubah takdir sesebuah kaum selain kaum itu sendiri...
Post a Comment