9 Sept 2012

Campus Life: New Place

Bismillah. Assalamualaikum.
Mode: Rajin sangat update blog. Hee *Minggu ni saja. hihi

Pendaftaran kolej berjalan lancar.

Kolej Kediaman Desa Jati.
hem, berdebar jgk. Rileks laa.
Tak terjangkau akal fikiran. ceh, ayat.. jati je pun #senyum sendiri#.

Melangkah ke kolej ni, pelbagai persoalan di benak fikiran.
Rasa tak perlu pun soalan2 tuh. Menyesakkan fikiran saja. Fhuh~

Tingkat 5. Alhamdulillah ada lift. :) dekat saja dengan pintu rumah. Nak datang raya? senang je cari. Hee
Dapat bilik tinggalan syabab usim. Can you imagine? :O

Kena decorate bilik lepas ni. Tak mau suram-suram. Seram. =.='
Pink/ Meroon/ Biru/ Hijau better. *smile panjg* tetiba pula minat hijau. apa kess? :)

I think Pink Hijau satu combination yg menarik. I wanna to try. yezza! :))
Pink: terserlah keayuan. kemanisan.
Hijau: nampak lebih teratur. Kemas. sejuk mata memandang.

Orang kedua sampai rumah. Masih tertanya-tanya.
Who's my Housemate? Roomate? Syukur dapat bilik dua orang. Master Room.
Private sikit. Jati, okey jgk. kena citarasa. wink! wink! :) Alhamdulillah.

Harap dapat Housemate yang Baik. Ceria. Sehati sejiwa. Senang dibawa berbincang. Dan yg paling penting, moga dapat sahabat2 yang boleh memberi peringatan pada diri ini. Yang mampu ingatkan kita pada Pencipta.
YA, itulah sebaik2 sahabat. Jika dapat, jangan lepaskan. Dampingilah dia. Hargailah, Moga sama2 mendapat RedhaNYA.

Tempat baru, kawan baru.
Semua kawan sekelas dapat kolej lain. KKSI. Sutera Indah. Jauh. 
Ini kes rayuan punya pasal lah, tu yang dapat berlainan kolej. hemm, boleh tak ye nak tukar kolej?- kena try ni. *muka semangat.yeah!

Tapi, nak juga rasa duduk Jati. Hee
Takpa lah, rezki kat Jati. Redha. :) Dekat sikit dengan kampus.
'Awak dah tahun tiga Azmina, apa yg nak dirisaukan.?'

Em, betul jugak. *senyum- saya kan Hebat! try bagi motivasi pd diri. Ngeeh!

Dengan harapan,
Takda lah kes tetinggal-tinggal bas.
Takda lah kes lift rosak. #tingkat 5 sj pun. jaa??? dush2!
Takda lah kes rompak-merompak. Na'uzubillah.

Moga Selamat Dunia Akhirat. Teruskan berdoa. Allah ada. :)

after arrange kedudukan katil. fhuu~ HABUK! bersin aje.

Hee. loker besaq! :) suka2!

Apapun, hope everything is okey!
Syukur lillah. syukran 'ala kulli Hal :)
Rabbi Yassir wala Tu 'assir, Rabbi Tammim bi khair :)

----
p/s: esok kena angkat barang lagii. huu~ siapa nak tolongg? =.='

8 Sept 2012

Rasa itu: Dari Hati ke Papan Kekunci.

Assalamualaikum. salam puasa 6. masih ada waktu. :)

Selawat dan salam kepada junjungan Baginda Rasulullah S.A.W.
Duduk keseorangan di rumah, kolej kediaman Nilam Court, A2-1-3. Menanti ketibaan sahabat dari sabah. ida & atik. Hemm..

Jari- jemari meronta-ronta untuk membuka lappy jenama hp milikku. Kenapa? Entah,  ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Aku suka menulis.
--
Aku menulis untuk peringatan diri, dan mudah-mudahan menjadi medium untuk suburkan jiwa kita. Kalau tidak semua, sedikit Cuma, Alhamdulillah. Syukur. 

Selepas zohor, recite quran, kemudian diri ini meluangkan masa membaca buku, atau lebih kepada fiksyen  novel. Mujur diri ini berpuasa. Jadi, tidak perlu fikir pasal makanan. Masa boleh diisi dengan aktiviti bermanfaat.
--
Pengarangnya memang tidak asing pada semua:
***
  FATIMAH SYARHA & SUAMI TERCINTA DR. FARHAN HADI.
       NOVELET TARBIYAH 2 DALAM 1.
       CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU.

SERIUS. BEST! Ngam dengan jiwa yg kurang motivasi . Dah miliki? Sila, cari di pasaran, jadikan koleksi. tak bosan baca.
--
Sangat tertarik pada gaya, cara tutur bicara yang disampaikan. Merangkumi pengalaman sendiri, bagiku itu lebih berkesan. Lebih terpanah di hati pembaca. Moga bahan bacaan seperti ini lebih mendapat tempat di hati muda- mudi pada zaman ini. Zaman yang cintakan laman social. Apa salahnya rehatkan mata dari menatap skrin computer, dengan beralih ke medium yang lebih sihat. Mata sihat, otak berkembang.
--
Melangkah ke alam 20-an, memang amat mencabar. Masuk 2 dekad sudah rupanya insan kerdil ini. Dua puluh dua tahun, lagi 4 bulan nak masuk dua puluh tiga. Apa yang telah aku lakukan? Apa yang telah aku pelajari? Untuk diri sendiri? Keluarga? Apatah lagi untuk ummah? Oh! Rasa hidup ini penuh dengan perkara- perkara laghoh. Astaghfirullah. Ya Allah, peliharalah aku dari sifat lalai dan leka! =.=’
--
Hanyut dengan perasaan sendiri. Rasa pilu. Hiba. Sunyi sepi. Termenung seketika. Menatap buku kecil di tangan. Note book Cuma. tp, Akan ku conteng ia dengan ilmu-ilmu pelengkap diri.
--
Syukur aku punya Dia yang sentiasa menemani. Punya surat2 dariNYA sebagai peneman dan penenang sanubari. Kalau dulu aku alpa, leka, lalai, tapi kini aku seorang yang kuat! Sentiasa ingat akan pesananNya. Jaga diri- jaga iman-jaga amal- jaga maruah keluarga & agama. inshaAllah selamat dunia akhirat.
--
Ok, lets us talk about the book that I’ve already mention.

Cinta High Class!
Sofhah: 326 til 328
**
Amat tertarik dengan penulisan ini. Jom baca!

#Semenjak dua menjak ini, ramai kawan2 yang nak kahwin muda. Ok, this is for you friend.
Fahami betul2 ok. Moga diri bersedia. Mental & Fizikal.
--
1# Jika kerisauan untukmenikah disebabkan factor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah. Dipegang oleh Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

2# Laksanakan ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki.

‘sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangan dan kemudahan maharnya.’- Riwayat Ahmad.

3# Apa tunggu lagi wahai yang sudah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah kepadaNYA agar dipermudahkan nikah buatmu.

‘wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah.’- Riwayat Bukhari

Saya termenung di hadapan computer. Saya sayangkan kaum lelaki dan wanita. Apa lagi yang boleh saya bantu?

4# Saya ingin memberi mesej kepada kaum lelaki bahawa betapa ramai wanita mengimpikan mereka menjadi lelaki sejati, takut kepada Ilahi. Pilihlah cara yang diredhai, bukan MENGURAT sesuka hati.

5# saya memberi mesej kepada kaum wanita, betapa ramai kaum lelaki tidak keruan dengan pesonanya. Maka bantulah lelaki dengan tidak melayan kecuali atas dasar urusan.

6# Andai wanita mudah menghantar isyarat bahawa dirinya boleh diperlakukan sesuka hati, maka yang bergembira adalah nafsu lelaki bukan imannya. Peperangan dahsyat akan terus meletus antara nafsu dan iman.

7# Tanpa syarat, tanpa batasan, lelaki akan melihat dirinya diberi peluang untuk mempermainkan. Rancangan syaitan peringkat global memang suka menghias wanita. Ia menusuk tipu muslihat agar wanita terus menggoda.

8# Dengan cara itu, syaitan lebih mudah melumpuhkan iman lelaki, menghampiri zina, menjauhi nikah. Kemudian, mudah pula memporak- perandakan generasi yang lahir tanpa nasab yang jelas. Beginilah kecelaruan moral yang berlaku di Barat.# full stop. #hati sentap, aku ditahap mana? =.=’
-----------------------------------------------------
~ Full stop ~
So, how? Ada hati yang terdetik detik? Ini,
Tinta Hatiku 1, buat..

Syabab Muslim

Jangan diganggu Mawar Berduri.
Jangan mudah menutur bicara, berjanji setia, membina mahligai indah.
Jangan mudah mengukir senyuman, melirik manja, HATI bisa ternoda.
Jangan mudah membina rasa, JIWA bisa merana.
Jangan mudah bermadah pujangga, LIDAH bisa kelu tak terkata.
Jangan mudah melakar  memori, RAGA bisa tersiksa.
Jangan berani menguji, jika  tidak berniat untuk menikah.
Mantapkan diri, Teguhkan Iman, Perkasakan pendirian berpaksikan Quran & Sunnah.
Cinta Ilahi jadi rebutan. Demi mendamba cinta sang bidadari.
CINTA RABBUL IZZATI jadi maharnya!

Tinta Hatiku 2, buat..

Muslimah Bidadari Besi.

Kita bukan muslimah sembarangan!
Jangan cepat terpesona, hatimu  mudah tertaut.
Jangan mudah terpedaya, itu janji syaitan.
Jangan terburu-buru, perjalananmu masih berliku, perlu diharungi.
Jangan bilang cinta, nanti sanubarimu bergelora. Bahaya.
Jangan berani memperdagangkan asset, ia bisa jadi barang murahan.
Jangan ungkap kata menggoda, bicaramu bisa berbuah Fitnah.
Jangan berani bermain kata, tuturmu bisa memaut hati.
Ingat! Cinta Murahan, hanya ada ditepian jalanan yang berlopak.
Save and Give your HEART for someone who cares.
Believe that Allah will give you the Best!
Love Allah is the best ways to get their Love.
Tinta Hatiku.HakCiptaTerpelihara. Azs_mina.net.
--
Ayuh!
Bersama menjadi Syauqahtul Mawaddah. Mawar Berduri.
Mawar yang cantik jadi tatapan, duri sebagai pembenteng,
 Hanya syabab terpilih bisa menyunting.



---
Menulis dari dasar Hati ke papan kekunci,
Nurul Azmina anak ke-5 Encik Azman & Puan Azya. 
universiti sains islam malaysia, kampus nilai.n9
 Put your TRUST in Allah.

7 Sept 2012

Nafas Baru.

12.25 pm
Bangunan FPQS terchentaa.

Assalamualaikum. :)
Salam pagi nan indah. tenang. cuaca elok. udara segar.
tak sunyi sangat. hee. semangat berkobar2 saat memandang tempat diri ditarbiyah. :) USIM. ya, universiti sains islam malaysia. located at Nilai, Negeri sembilan.

Dekat seminggu dah bertapak di bumi nilai, sebelum melangkah ke semester baru, tahun baru.
Tahun 3-semester 5.
Macam tak percaya pulak. Third year student. Ilmu Apa je yg ada kat dada ni? huu. tak cukup tak cukup. tak cukup tuk survive kat luar sana. kena gali lagi.
--
Register subjek. Alhamdulillah. Selesai.
Semester ni semua subjek TIGA jam kredit. Fuh! Fully Arabic.
Moga Allah permudahkan semester ni utk bercinta dgn ilmu.
#nak lepas semua jawatan.moga ada jalan.
RABBI YASIR WA LA TU'ASSIR. ameeen.
--
*Tarik Nafas dalam2*
Tak nak cakap panjang.
Semester mencabar. diharungi dengan tabah. melingkari setiap langkah. moga membuahkan hasil yg Gah! :)
May Allah Ease.
--

' Jangan pernah rasa cukup dengan Ilmu yang kita miliki. Ilmu Allah itu sangat LUAS. Melingkupi seluruh alam semesta. Selagi mana mata kita celik, selagi itulah kita masih dikategorikan sebagai student. ' 
--
Anak ummi wa abi: Ayun. :) 

6 Sept 2012

Tempat Baru.

Assalamualaikum..Ringkas. ukhwah mudah terjalin.
--
Seminggu.7 hari. 7 malam.
Means, dah genap seminggu my lil brother jadi student Usim. Alhamdulillah wa syukur lillah.
Mohd. Nurul Hadi bin Yatau. student FKP, kos Kaunseling. Caunselor to be? who's know?
May Allah Ease. InshaAllah. Ameen.
--
Hari pendaftaran sy tak ikut ke stadium. he with himself. hee. Berdikari. Lelaki kan. #tp, ada jgk kwn dr sabah. tu yang tak risau sgt.
kesian jgk. Bila sy call, dia mcm nak nangis. tulah, pg stadium tak bgtau. kata jam 2. dah siap dftr baru bgtau,. tp, whateverlah. dah daftar pun.
--
Seminggu duk KK1, macam2 penyakit datang. erk, risau jgk. tapi biasalah tu, tempat baru.
belum berapa immune. sabo je lah ye. :) lama2 okeh la tu..
--
Teringat time zaman mula2 daftar kat stadium.
geng skolah sy ramai. taklah risau sangat. tp, nangis juga kot time abi nak pulang.#cover2. hihi
Sampai bilik terus nangis. macam2 dlam fikiran. last2, ok. think positif ok. :)
masih ingat nombor rumah.
F4-3-1.
Blok F- Tingkat 4- Rumah no.3- Bilik 1.
kami tinggal sekeluarga kat rumah tu. 8 org. memang meriah. oh, RINDU bertandang.
sa'diah, aimi, sufiah, k.aisyah, nadia,amal and my bestfriend till now. Ezzatul fatieyah hj borhan.
Rindu kalian. :(
walau kos berbeza, namun bila jumpa, still mesra. ukhwah bukan pada zahirnya, tp pada tautan hati. LIKE!
--
Situasi 1:
Ingat lagi. Tengok sekeliling masih cerah.
Ida: skrg jam bpe ye?
dengan confidentnya sy jawab.
me: 'alaah, awal lagi baru jam 5.30 pm'. kawan2 semenanjung yg duduk tepi,ada yg mengerling, ada yg tengok terus fokus pd sy. dalam hati, kenapa? Cuak jgk.senyap seketika. bila tgk keadaan tu, pura2 tgk jam.
laah, patutlah diorang tengok. gelak sendiri time tu. dah dekat jam 7.00 rupanya. hihih adoii~
#wakty sabah, sarawak & semenanjung sama saja. tp, cuaca tak sama. tu yg konfius.
--
Situasi 2:
Hari pertama nak minggu ta'aruf.
Bangun pagi. Mandi. siap2 pakai baju biru. Nak solat.
Hairan. kenapa org2 serumah ni tak ada yg kejut lg? nak tunjuk bangun awal sgt ke cik azmina oii? hee
tak lah.mana ada..hehe rupanya, sy bangun mmg awal sangat. haha jam 4.45 pagi kot. tu lah, lupa dunia, i'm at penansular not sabah ok. :)) adoii.. tak boleh lupa peristiwa tu. kwn sebilik pun hairan. itu tak citer bila nak solat maghrib. pengalaman2. gelak sorang2 ingat balik.
--
Situasi 3: 
bahasa jiwa bangsa. hee
dalam minggu ta'aruf yg crowded. ramainya manusia, menyesakkan. erk, itu belum kat padang mahsyar lagi. =.='. Allah. peringatan jap. ok2. kita bila mana nak lalu, mesti dan wajib kebiasaannya akan sebut perkataan 'lalu', kan? tp, kalu bahasa standard sabah, the word lalu, kita ganti dengan limpas ---> lalu = limpas.
nak dijadikan cerita..dlm crowded2 tu,
me: limpas..limpas.. #sambil tunduk sikit. tgn bt syarat nak lalu.
Tak semena2, semua yg dengar berlari anak. sambil teriak.. 'haa?! lipas? Mana2!?' 
haha cuak jgk. tiba2 kecoh. rilek2, bawa bertenang. bukan lipas la. limpas. aishh..kenangan2. :)
Memang tak boleh delete dari memory. :)
--------

tahun 1: semua masih muka freshie. ngee. my team!
ida, leha, ayun, diyyah, nisa'
imran, muaz, lagi sorang xingat. hee

Sekarang dah tahun 3. 
Cepat masa berlalu. lagi 2 tahun kat bumi usim ni. huwaaahh.. 
Masa dah ubah segalanya. 
dulu masih budak2. muka freshie lagi. skrg dah matang. matang ker? hee
dulu banyak main. tak nak study betol2. skrg dah insaf. =.='
dulu byk acne, skrg dah kurang. ngee.
dulu xpandai sangat arab, skrg boolehlaa. boleh kecek..
dulu lain, skrg lain. 
wink3~! 
--
Tapi, satu yang tak pernah beubah.
Kasihku, Kesetiaanku, kepatuhanku pada yang SATU!
Hanya kau, dulu, kini dan selamanya. 
KASIH PADA ALLAH! :) syukran 'ala kulli ni'mah. 
Alhamdulillah. Rebut cintaNYA! Cinta High Class!
--
Moga Allah Redha.
'Semua tingkah kita, berpaksikan pada ajaran Islam.'
inshaAllah, Jannah syurga firdausi matlamat kita.

---
#Anak ummi wa abi: Ayun :)

29 Aug 2012

Rumah kita:Tolongg!

1.38 a.m
Assalamualaikum.
emm, hari ini dah berapa syawal ya? tak terhitung rasanya.
tapi yg penting bulan kemenangan berlangsung selama sebulan! :)

Rumah kita?
Ada apa?
--
28 OGOS 2012/ 1433 hijrah
6.25 pm
Telah masuk waktu solat fardhu maghrib bagi kawasan kota kinabalu & kawasan2 yg sama waktu dengannya.
--
Azan berkumandang melalui corong radio kereta kancil putih warisan keluarga.
seusai azan dijawab. saya & umi mengambil keputusan untuk singgah sebentar disalah sebuah surau berdekatan. sayup2 kedengaran azan memecah keheningan senja. Tenang.Damai.Alhamdulillah.
--
Dari kejauhan tersergam gah nan indah surau Nurhidayah.Terdetik dihati. Alangkah bagusnya kalau kampung sy mempunyai sebuah surau. kecik pun tak apa. =.=
Allahu Akbar.
Imam mengangkat takbir. wah, nak masuk rakaat pertama dah. sy dan umi berlari2 anak. mencari tempat wudhu' wanita. sambil melangkah, mata sempat mengerling ke dalam surau.
--
sesaat berlalu, hati tersentap.
kaki terhenti seketika. sayu. sedih. hairan. pelik. semua ada. why?
sebesar2 surau tu, cuma ada 4 orang insan terpilih yg berjaya menjejakkan kaki ke rumaah Allah.
MAGHRIB.
seorang imam dan 3 orang ma'mum.
sy masih tak puas hati. melangkah ke dalam, kot2 ada kelibat muslimat yg ikut berjemaah.
tapi, Hampa.
sy terus mengekori umi ke tempat wudhu' wanita. sekali lagi, kecewa. pintu terkunci. terfikir, takkan langsung tiada muslimat yg solat di surau ni. sedih rasa hati. oh, mungkin isyak nanti, turunlah tu. husnu dzon lebih baik.
--
Akhirnya, kami terpaksa mengambil wudhu' ditempat lelaki.
Segan kot. mengambil wudhu' sepantas kilat. =.='
selepas berwudhu', kami melangkahkan kaki ke dalam surau.
Cari tempat punya pasal, terlepas solat jemaah. huhu
Tabir ditarik menutupi sebahagian tempat muslimat solat.
surau without telekung. -.- mungkin, kebanyakan mereka guna /bawa telekung sendiri kot. husnu dzon sekali lagi. tak kisah pun.
--
Alhamdulillah.
Dengan tudung labuh + stokin + hand sock, tak perlu telekung pun tak pa. boleh solat. yang penting tutup aurat dengan sempurna. syukur lillah. kami dapat solat diawal waktu.
--
whats the point cik Azmina?
ok, saya nak bawa anda semua buka minda sejenak..
-surau itu adalah surau kawasan perumahan flat. Rasa ada hampir 12 blok semuanya. 1 blok ada 3 tingkat. setiap aras hampir 6 atau 7 buah rumah. Rasa2 berapa orang penghuni muslim? kalau ikut mata kasar sy, mmg ramai yg bertudung. kehulu kehilir. dah ramai bertudung, konfemlah ramai jg yg berkopiahnya.*kopiah=hanya majaz, tak nampak pun berkopiah.= muslim
tapi, hakikatnya, berapa org saja yg melangkah ke surau.? surau tu tak lah jauh sangat.jalan kaki lagi pahala berganda.berat juga timbangan mizan belah kanan.

Alangkah baiknya jikalau surau itu dipenuhi oleh kaum adam, sepertimana penuhnya padang bola oleh anak2 remaja kita. Astaghfirullahal'adzim. tapi, kemungkinan mereka maghrib di rumah.dan after maghrib, turun ke surau. kan2? :) imam dah lah baca best. itupun tak nak turun jgk? Allah. Allah. Dunia sekarang. entah apa yg lebih menarik.#husnudzon :) *berjemaah dirumah kot. still sama 27 dalam tangan.kan? atau pergi ke surau lain yg berdekatan. whatever. Allah knows better.

-Dewan solat muslimat tidak kelihatan. pintu  bilik wudhu' dikunci. telekung xdisediakan. means?
Adakah disebabkan tiada langsung muslimat turun ke surau dan kesannya semua kemudahan dibekukan?
Sedih. Sayu. Hiba. berbaur2 perasaan ini.
kenapa tidak menghargai rumah Allah yg telah dibina. yg tersergam indah. yg lengkap dengan air Cond. yg selesa diduduki. yg punya ciri2 binaan yg cantik. SubhanaAllah! *oh, mungkin xsempat nak turun. anak2 ramai, baru pulang sekolah. masak pun tak lagi. hm, ok. bersangka baik. sama2 kita baiki diri ok! sy pun tak hebat mana.
--
Muslimin dan muslimat, mukminin mukminat, akhi ukhti, anta anti, awak kamu, datuk datin, mak ayah, adik kakak abang, pak cik mak cik..
--
Apa kata, sama2 kita cari makanan rohani dengan menghadirkan diri ke masjid/surau yg punya majlis2 ilmu. jika tiada, cari atau kita sendiri yg mulakan. moga Allah redha dengan usahamu. Dekatkan diri padaNYA. sesibuk mana pun kita. jangan pernah lupakan Allah. Tanpa Allah, kita takkan sibuk. =.= eh, is it true?
--
tak datang surau bukan bermakna tak ingat Allah ok.
yang penting, seboleh2nya rebut peluang ini. selagi ada rumah Allah, selagi itulah pahala berkeliaran.
GRAB IT!
Awak akan jadi muslim/mah yg hebat luar dalam. InshaAllah.
--
Sama2 mengimarahkan surau2 kita. bukan anak2 kecil saja yg datang untuk mengaji.
sebagai insan yg telah hidup lebih 2 abad, seeloknya bagi contoh kat anak2 generasi mendatang.
solat jemaah. tadarus. tazkirah. kan lebih mengeratkan ukhwah. bukan di gelanggang mainan saja ukhwah tertaut. teruskan kesinambungannya hingga menghadap Allah. solat berjemaah. inshaAllah ukhwah berpanjangan.
--

Rasulullah Saw berpesan:"Mulailah dari dirimu sendiri!" (HR.An Nasaa'i).


Jika punya kekuatan, Mulakan dengan langkah pertama by ourself. Moga2 ada yg menjejaki kita.
Amalan baik kita yg dicontohi dan diamalkan, mampu membantu kita di akhirat kelak. selagi mana diamalkan, selagi itulah pahala terus mengalir. Save it in your Amal.
--
Berpesan untuk diri sendiri. dan moga2 memberi manfaat pada semua.
--
#JOM! wujudkan geng surau ditempat kita berdiri. geng surau yg bisa menjadi teladan pada semua. yukk!! :)

*p/s: Tajdid minda kita. Allah ada di mana2. Beware of our reaction,ok!

--peringatan. berpesan2lah kita.
Bukan bermaksud diriku sempurna, cuma sebagai wasilah buat semua. 
Moga2 dapat manfaat.  
INSHAALLAH. :)

#Tak ramai datang surau, adakah tanda2 hari akhirat semakin hampir? tanya iman kita#
CopyRight by azs_miina