29 Aug 2012

Rumah kita:Tolongg!

1.38 a.m
Assalamualaikum.
emm, hari ini dah berapa syawal ya? tak terhitung rasanya.
tapi yg penting bulan kemenangan berlangsung selama sebulan! :)

Rumah kita?
Ada apa?
--
28 OGOS 2012/ 1433 hijrah
6.25 pm
Telah masuk waktu solat fardhu maghrib bagi kawasan kota kinabalu & kawasan2 yg sama waktu dengannya.
--
Azan berkumandang melalui corong radio kereta kancil putih warisan keluarga.
seusai azan dijawab. saya & umi mengambil keputusan untuk singgah sebentar disalah sebuah surau berdekatan. sayup2 kedengaran azan memecah keheningan senja. Tenang.Damai.Alhamdulillah.
--
Dari kejauhan tersergam gah nan indah surau Nurhidayah.Terdetik dihati. Alangkah bagusnya kalau kampung sy mempunyai sebuah surau. kecik pun tak apa. =.=
Allahu Akbar.
Imam mengangkat takbir. wah, nak masuk rakaat pertama dah. sy dan umi berlari2 anak. mencari tempat wudhu' wanita. sambil melangkah, mata sempat mengerling ke dalam surau.
--
sesaat berlalu, hati tersentap.
kaki terhenti seketika. sayu. sedih. hairan. pelik. semua ada. why?
sebesar2 surau tu, cuma ada 4 orang insan terpilih yg berjaya menjejakkan kaki ke rumaah Allah.
MAGHRIB.
seorang imam dan 3 orang ma'mum.
sy masih tak puas hati. melangkah ke dalam, kot2 ada kelibat muslimat yg ikut berjemaah.
tapi, Hampa.
sy terus mengekori umi ke tempat wudhu' wanita. sekali lagi, kecewa. pintu terkunci. terfikir, takkan langsung tiada muslimat yg solat di surau ni. sedih rasa hati. oh, mungkin isyak nanti, turunlah tu. husnu dzon lebih baik.
--
Akhirnya, kami terpaksa mengambil wudhu' ditempat lelaki.
Segan kot. mengambil wudhu' sepantas kilat. =.='
selepas berwudhu', kami melangkahkan kaki ke dalam surau.
Cari tempat punya pasal, terlepas solat jemaah. huhu
Tabir ditarik menutupi sebahagian tempat muslimat solat.
surau without telekung. -.- mungkin, kebanyakan mereka guna /bawa telekung sendiri kot. husnu dzon sekali lagi. tak kisah pun.
--
Alhamdulillah.
Dengan tudung labuh + stokin + hand sock, tak perlu telekung pun tak pa. boleh solat. yang penting tutup aurat dengan sempurna. syukur lillah. kami dapat solat diawal waktu.
--
whats the point cik Azmina?
ok, saya nak bawa anda semua buka minda sejenak..
-surau itu adalah surau kawasan perumahan flat. Rasa ada hampir 12 blok semuanya. 1 blok ada 3 tingkat. setiap aras hampir 6 atau 7 buah rumah. Rasa2 berapa orang penghuni muslim? kalau ikut mata kasar sy, mmg ramai yg bertudung. kehulu kehilir. dah ramai bertudung, konfemlah ramai jg yg berkopiahnya.*kopiah=hanya majaz, tak nampak pun berkopiah.= muslim
tapi, hakikatnya, berapa org saja yg melangkah ke surau.? surau tu tak lah jauh sangat.jalan kaki lagi pahala berganda.berat juga timbangan mizan belah kanan.

Alangkah baiknya jikalau surau itu dipenuhi oleh kaum adam, sepertimana penuhnya padang bola oleh anak2 remaja kita. Astaghfirullahal'adzim. tapi, kemungkinan mereka maghrib di rumah.dan after maghrib, turun ke surau. kan2? :) imam dah lah baca best. itupun tak nak turun jgk? Allah. Allah. Dunia sekarang. entah apa yg lebih menarik.#husnudzon :) *berjemaah dirumah kot. still sama 27 dalam tangan.kan? atau pergi ke surau lain yg berdekatan. whatever. Allah knows better.

-Dewan solat muslimat tidak kelihatan. pintu  bilik wudhu' dikunci. telekung xdisediakan. means?
Adakah disebabkan tiada langsung muslimat turun ke surau dan kesannya semua kemudahan dibekukan?
Sedih. Sayu. Hiba. berbaur2 perasaan ini.
kenapa tidak menghargai rumah Allah yg telah dibina. yg tersergam indah. yg lengkap dengan air Cond. yg selesa diduduki. yg punya ciri2 binaan yg cantik. SubhanaAllah! *oh, mungkin xsempat nak turun. anak2 ramai, baru pulang sekolah. masak pun tak lagi. hm, ok. bersangka baik. sama2 kita baiki diri ok! sy pun tak hebat mana.
--
Muslimin dan muslimat, mukminin mukminat, akhi ukhti, anta anti, awak kamu, datuk datin, mak ayah, adik kakak abang, pak cik mak cik..
--
Apa kata, sama2 kita cari makanan rohani dengan menghadirkan diri ke masjid/surau yg punya majlis2 ilmu. jika tiada, cari atau kita sendiri yg mulakan. moga Allah redha dengan usahamu. Dekatkan diri padaNYA. sesibuk mana pun kita. jangan pernah lupakan Allah. Tanpa Allah, kita takkan sibuk. =.= eh, is it true?
--
tak datang surau bukan bermakna tak ingat Allah ok.
yang penting, seboleh2nya rebut peluang ini. selagi ada rumah Allah, selagi itulah pahala berkeliaran.
GRAB IT!
Awak akan jadi muslim/mah yg hebat luar dalam. InshaAllah.
--
Sama2 mengimarahkan surau2 kita. bukan anak2 kecil saja yg datang untuk mengaji.
sebagai insan yg telah hidup lebih 2 abad, seeloknya bagi contoh kat anak2 generasi mendatang.
solat jemaah. tadarus. tazkirah. kan lebih mengeratkan ukhwah. bukan di gelanggang mainan saja ukhwah tertaut. teruskan kesinambungannya hingga menghadap Allah. solat berjemaah. inshaAllah ukhwah berpanjangan.
--

Rasulullah Saw berpesan:"Mulailah dari dirimu sendiri!" (HR.An Nasaa'i).


Jika punya kekuatan, Mulakan dengan langkah pertama by ourself. Moga2 ada yg menjejaki kita.
Amalan baik kita yg dicontohi dan diamalkan, mampu membantu kita di akhirat kelak. selagi mana diamalkan, selagi itulah pahala terus mengalir. Save it in your Amal.
--
Berpesan untuk diri sendiri. dan moga2 memberi manfaat pada semua.
--
#JOM! wujudkan geng surau ditempat kita berdiri. geng surau yg bisa menjadi teladan pada semua. yukk!! :)

*p/s: Tajdid minda kita. Allah ada di mana2. Beware of our reaction,ok!

--peringatan. berpesan2lah kita.
Bukan bermaksud diriku sempurna, cuma sebagai wasilah buat semua. 
Moga2 dapat manfaat.  
INSHAALLAH. :)

#Tak ramai datang surau, adakah tanda2 hari akhirat semakin hampir? tanya iman kita#

No comments:

CopyRight by azs_miina