8 Sept 2012

Rasa itu: Dari Hati ke Papan Kekunci.

Assalamualaikum. salam puasa 6. masih ada waktu. :)

Selawat dan salam kepada junjungan Baginda Rasulullah S.A.W.
Duduk keseorangan di rumah, kolej kediaman Nilam Court, A2-1-3. Menanti ketibaan sahabat dari sabah. ida & atik. Hemm..

Jari- jemari meronta-ronta untuk membuka lappy jenama hp milikku. Kenapa? Entah,  ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Aku suka menulis.
--
Aku menulis untuk peringatan diri, dan mudah-mudahan menjadi medium untuk suburkan jiwa kita. Kalau tidak semua, sedikit Cuma, Alhamdulillah. Syukur. 

Selepas zohor, recite quran, kemudian diri ini meluangkan masa membaca buku, atau lebih kepada fiksyen  novel. Mujur diri ini berpuasa. Jadi, tidak perlu fikir pasal makanan. Masa boleh diisi dengan aktiviti bermanfaat.
--
Pengarangnya memang tidak asing pada semua:
***
  FATIMAH SYARHA & SUAMI TERCINTA DR. FARHAN HADI.
       NOVELET TARBIYAH 2 DALAM 1.
       CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU.

SERIUS. BEST! Ngam dengan jiwa yg kurang motivasi . Dah miliki? Sila, cari di pasaran, jadikan koleksi. tak bosan baca.
--
Sangat tertarik pada gaya, cara tutur bicara yang disampaikan. Merangkumi pengalaman sendiri, bagiku itu lebih berkesan. Lebih terpanah di hati pembaca. Moga bahan bacaan seperti ini lebih mendapat tempat di hati muda- mudi pada zaman ini. Zaman yang cintakan laman social. Apa salahnya rehatkan mata dari menatap skrin computer, dengan beralih ke medium yang lebih sihat. Mata sihat, otak berkembang.
--
Melangkah ke alam 20-an, memang amat mencabar. Masuk 2 dekad sudah rupanya insan kerdil ini. Dua puluh dua tahun, lagi 4 bulan nak masuk dua puluh tiga. Apa yang telah aku lakukan? Apa yang telah aku pelajari? Untuk diri sendiri? Keluarga? Apatah lagi untuk ummah? Oh! Rasa hidup ini penuh dengan perkara- perkara laghoh. Astaghfirullah. Ya Allah, peliharalah aku dari sifat lalai dan leka! =.=’
--
Hanyut dengan perasaan sendiri. Rasa pilu. Hiba. Sunyi sepi. Termenung seketika. Menatap buku kecil di tangan. Note book Cuma. tp, Akan ku conteng ia dengan ilmu-ilmu pelengkap diri.
--
Syukur aku punya Dia yang sentiasa menemani. Punya surat2 dariNYA sebagai peneman dan penenang sanubari. Kalau dulu aku alpa, leka, lalai, tapi kini aku seorang yang kuat! Sentiasa ingat akan pesananNya. Jaga diri- jaga iman-jaga amal- jaga maruah keluarga & agama. inshaAllah selamat dunia akhirat.
--
Ok, lets us talk about the book that I’ve already mention.

Cinta High Class!
Sofhah: 326 til 328
**
Amat tertarik dengan penulisan ini. Jom baca!

#Semenjak dua menjak ini, ramai kawan2 yang nak kahwin muda. Ok, this is for you friend.
Fahami betul2 ok. Moga diri bersedia. Mental & Fizikal.
--
1# Jika kerisauan untukmenikah disebabkan factor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah. Dipegang oleh Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

2# Laksanakan ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki.

‘sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangan dan kemudahan maharnya.’- Riwayat Ahmad.

3# Apa tunggu lagi wahai yang sudah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah kepadaNYA agar dipermudahkan nikah buatmu.

‘wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah.’- Riwayat Bukhari

Saya termenung di hadapan computer. Saya sayangkan kaum lelaki dan wanita. Apa lagi yang boleh saya bantu?

4# Saya ingin memberi mesej kepada kaum lelaki bahawa betapa ramai wanita mengimpikan mereka menjadi lelaki sejati, takut kepada Ilahi. Pilihlah cara yang diredhai, bukan MENGURAT sesuka hati.

5# saya memberi mesej kepada kaum wanita, betapa ramai kaum lelaki tidak keruan dengan pesonanya. Maka bantulah lelaki dengan tidak melayan kecuali atas dasar urusan.

6# Andai wanita mudah menghantar isyarat bahawa dirinya boleh diperlakukan sesuka hati, maka yang bergembira adalah nafsu lelaki bukan imannya. Peperangan dahsyat akan terus meletus antara nafsu dan iman.

7# Tanpa syarat, tanpa batasan, lelaki akan melihat dirinya diberi peluang untuk mempermainkan. Rancangan syaitan peringkat global memang suka menghias wanita. Ia menusuk tipu muslihat agar wanita terus menggoda.

8# Dengan cara itu, syaitan lebih mudah melumpuhkan iman lelaki, menghampiri zina, menjauhi nikah. Kemudian, mudah pula memporak- perandakan generasi yang lahir tanpa nasab yang jelas. Beginilah kecelaruan moral yang berlaku di Barat.# full stop. #hati sentap, aku ditahap mana? =.=’
-----------------------------------------------------
~ Full stop ~
So, how? Ada hati yang terdetik detik? Ini,
Tinta Hatiku 1, buat..

Syabab Muslim

Jangan diganggu Mawar Berduri.
Jangan mudah menutur bicara, berjanji setia, membina mahligai indah.
Jangan mudah mengukir senyuman, melirik manja, HATI bisa ternoda.
Jangan mudah membina rasa, JIWA bisa merana.
Jangan mudah bermadah pujangga, LIDAH bisa kelu tak terkata.
Jangan mudah melakar  memori, RAGA bisa tersiksa.
Jangan berani menguji, jika  tidak berniat untuk menikah.
Mantapkan diri, Teguhkan Iman, Perkasakan pendirian berpaksikan Quran & Sunnah.
Cinta Ilahi jadi rebutan. Demi mendamba cinta sang bidadari.
CINTA RABBUL IZZATI jadi maharnya!

Tinta Hatiku 2, buat..

Muslimah Bidadari Besi.

Kita bukan muslimah sembarangan!
Jangan cepat terpesona, hatimu  mudah tertaut.
Jangan mudah terpedaya, itu janji syaitan.
Jangan terburu-buru, perjalananmu masih berliku, perlu diharungi.
Jangan bilang cinta, nanti sanubarimu bergelora. Bahaya.
Jangan berani memperdagangkan asset, ia bisa jadi barang murahan.
Jangan ungkap kata menggoda, bicaramu bisa berbuah Fitnah.
Jangan berani bermain kata, tuturmu bisa memaut hati.
Ingat! Cinta Murahan, hanya ada ditepian jalanan yang berlopak.
Save and Give your HEART for someone who cares.
Believe that Allah will give you the Best!
Love Allah is the best ways to get their Love.
Tinta Hatiku.HakCiptaTerpelihara. Azs_mina.net.
--
Ayuh!
Bersama menjadi Syauqahtul Mawaddah. Mawar Berduri.
Mawar yang cantik jadi tatapan, duri sebagai pembenteng,
 Hanya syabab terpilih bisa menyunting.



---
Menulis dari dasar Hati ke papan kekunci,
Nurul Azmina anak ke-5 Encik Azman & Puan Azya. 
universiti sains islam malaysia, kampus nilai.n9
 Put your TRUST in Allah.

No comments:

CopyRight by azs_miina