Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. :D
Segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan selain Allah. Dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
---
SubhanAllah, Maha Suci Allah.
Alhamdulillah, Segala Puji bagi Allah.
Allahu Akbar, Allah yang maha Besar.
Ya Allah Kau jadikan aku seorang yang sentiasa mensyukuri segala nikmatMu. Jangan kau jadikan aku tergolong dalam manusia yang riak lalai dan alpa dengan kejayaan dunia. Dan jangan kau jadikan aku terdiri dari manusia yang kecewa dengan kegagalan. Kerana Kejayaan itu pasti datang dengan izinMu.
***
3 missed Call.
Panggilan dari Umi, Kak Bahiyah & Fathiyah.
Aku mendail semula kesemua nombor insan2 tersayang ini. Seperti yang ku jangka. Result EPT sudah keluar. Whooa! Berdebor rasa jiwa raga ini.
’Kak, cek kan result saya. Nanti saya mesej Matrik dan password ye.’
Tanpa berlengah aku meminta bantuan Kak Bahiyah. Tak pernah kot bagi password dekat orang lain. :O
Usai kerja kerja rumah aku jenguk sebentar Hanset di ruang tamu. Hajat hati mahu solat Dhuha dulu. Minta ketenangan dan Kekuatan dariNya atas apa juga keputusan yang bakal diketahui.
Icon mesej tertera nama kak Bahiyah. Allah. Dengan Bismillah aku buka mesej. Beberapa saat. Tergaris senyuman dibibir. Alhamdulillah ya Allah! Rasa panas kelopak mata. Ini lah saat yang ditunggu tunggu. Allahu Rabbi. Teringat umi abi. Pantas aku menghantar pesanan ringkas buat keduanya, insan paling berjasa sepanjang pengajianku. Terima kasih Umi ! Terima Kasih Abi !:D
Mahu Call, kedua duanya mungkin sedang mengajar. Ok, Mesej Saja pun ok. ^^
---
Ramai jugak sahabats yang tidak dapat bergraduasi bersama. Sedih kot. T.T Kami, rakan rakan sekelas berusaha meniupkan kata kata semangat pada mereka. Allah, aku tidak dapat bayang andi diri ini berada ditempat mereka. sobs sobs.
Sahabat, jangan bersedih. Ilmu yang kita pelajari selama 4 tahun itu lebih bermakna berbanding EPT. Jangan disebabkan EPT, ilmu itu disimpan dek kekecewaan. Jangan. Jangan sahabat. Masih ramai insan yang memerlukan kita diluar sana.
’Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.’
Ini, kau pun tahu kan? Betapa tingginya darjat orang yang menyampaikan ilmu Bermanfaat kepada masyarakat.
Sudah, Usah menangis lagi. Allah lebih tahu yang terbaik buat kita. Belum tentu yang layak bergraduasi ini punya peluang seperti kamu, yang mana lebih gigih berdiri sendiri selepas kekecewaan. Ya, belum tentu sahabat.
Senyum.
Banyak banyak bersabar, bersangka baiklah dengan Allah. Moga moga dengan rasa ini, Allah akan gandakan Nilai akaun pahala kita.
Allah sudah tetapkan rezqi hambanya sedari kecil, ketika dirahim ibu lagi. Jadi, jangan bersedih ya. ^^ Gandakan doa dan usaha kita untuk meraih redha dan kasih sayang Allah. inshaa Allah, sesuatu yang tidak dijangka will come after.
##
Kadang kadang Kita tidak dapat sesuatu yang diimpikan, disebabkan kita sendiri tidak meletakkan 100% kebergantungan dan pengharapan pada Allah. Sedangkan, Allah tahu segala apa yang bermain diminda meskipun kita tidak zahirkan. Allahu Rabbi. Siapalah kita jika dibandingkan dengan IlmuNya.
Allah berfirman,
’Aku berada dalam sangkaan hamba hambaku.’
(mohon betulkan kalau salah)
Maka, bersangka baiklah dengan Allah. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu kirim. Buat aku, dan juga kamu.. :)
**
Yang Masih belajar.
Ayun.
Kg. Koporingan, Tamparuli.
10 syawal 1435 Hijrah.
No comments:
Post a Comment