Masih belum terusik. Allah.. Mahu jadi apa ini wahai jiwa muda ?
--
Selesai Usrah.
Ustazah Siti : sekarang buat apa Nurul ? Aku tersenyum. Mahu jawab tanam anggur, agak tidak molek. Muslim berjaya perlu kepada usaha. Lantas, Aku pun menerangkan panjang lebar kepada Murabbi. Allah, kalau ditulis dalam kertas kajang, penuh barangkali. Eheh. Barangkali cuma.
"Oh, Mahu tidak jadi guru ganti di sekolah ustazah ? Tapi, seminggu saja lah. Tapi, ok lah tu daripada tiada buat apa-apa." Sambil menghadiahkan segaris senyuman kepadaku. Aku tergamam. Rezqi Allah bagi direct tanpa hijab. Mahu tidak mahu saja diri ini. Aku menjawab. "Insha Allah ustazah." Berbakti pada ummah. Ya, itu amat besar ganjarannya. :) subjek agama saja pun. OK, 'saja'. Baiklah. Insha Allah Ustazah. :)
--
Selesai Ta'aruf dalam bulatan usrah. Mereka bertanya, tidak mahu bekerja ? Ya, jawapan aku tetap sama, sedang ke arah itu. searching for the jobs. Tertunduk lantas tersenyum. Ewah si Nurul. :p
Ni, kita ada Ustazah dari Tahfiz dot dot dot. Si Manis Solehah tersenyum. Lalu berbicara, Nanti hantar resume ya :)
Allahu Akbar. Berbunga-bunga hati ini. Happy. Insha Allah. ^^
Setiap langkah dan doa kita, perlu disandarkan kepada Allah. DIA mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Kita memohon, DIA mendengar, kita merintih, DIA melihat. Memohon untuk berjaya didunia dan akhirat. Itu terlalu besar. Spesifikkan doa. Belajar untuk bergantung harap kepada Allah. Bukan perlu belajar, memang sepatutnya.
Spesifikkan doa kita. Aku mahu rezqi yang Halalan Thoiyyaban. Aku mahu jadi pendidik ummah. Aku mahu jadi peniaga yang cemerlang akhlaq, cemerlang perniagaan.
Bermacam jenis doa yang boleh kita lontarkan agar kita lebih dekat kepada Allah. Sang pencipta langit dan bumi. Terlalu banyak doa didalam Al-Quran yang boleh kita amalkan. Insha Allah, Rezqi datang tanpa diundang. Kan Allah sudah janji kepada umatnya yang Mukminin Solihan.
Doa + Usaha = Sifat Mukmin
Doa - Usaha = Sifat Orang Pemalas
Usaha - Doa = Sifat Orang sombong.
Allahu Rabbi. Kita ditakat mana ? Sentap.
Mahu Rewards Dari Allah. Mohon Usaha Doa dan bertawakal lah :)

1 comment:
slm ziarah :)
semoga barakahnya memberi kebaikan kepada ummah, inshaAllah ^^
Post a Comment