23 Aug 2012

Satu Debaran.Tragedi Raya

4.07 am.
Bismillah-Assalamualaikum.
kejap lagi subuh. tetiba rasa nak update blog.
--
satu debaran. Raya ke3. first time rasa jantung betul2 nak tercabut. why?
nak dijadikan cerita, ketika sibuk membuat persediaan akhir untuk majlis walimah kakak, tiba2..
--
Aaaaaaaaa! aaaaaaa! tolong! tolong! tolong! satu suara yang kuat, lantang, nyaring.
terdengar suara Achik doren dari luar rumah.
saya yg sedang memotong daun sadri, mak long tengah tumbuk ikan bilis, Achik Ilin masak nasi, ummi goreng sayur, fatin my kazen basuh pinggan, Abi sedang bertelefon, dhila n caca isi kuih dalam bekas, semua terlopong..
--
kami yg berada didapur menanti caca membuka mulut,kebetulan dia berada didepan pintu. tapi apa yg terlafaz cuma...'achik..achik..pak longg..' dengan muka yang terkejut + gugup sementara pula kazen ku ni.
saya lantas bangun, entah, berapa benda saya langkah.hati dah rasa tak sedap.
--
mula2 jelas kedengaran Achik teriak 'mak..mak..mak.!'
terfikir, kenapa dengan nenek?? berderau darah. huhu
Bila tengok achik tunjuk ke arah parit besar depan rumah nenek.
--
YA ALLAH!! istighfar panjang saya. rasa darah naik hingga ke kepala. BUNTU. tak tahu nak buat apa.
AVANZA- milik pak long, terjunam masuk ke dalam parit!! saya antara orang yg terawal pergi. konon2 nak selamatkan pak long n his daughter, Atiqah@tiqo. Tapi, geram bila pintu tak dapat buka. Argghhh! takut2 kereta ni meletup je. -_-
--
Hanya satu bermain di minda. Ya Allah, selamatkanlah mereka. Mohon dijauhi dari malapetaka. Biarlah kereta ni rosak, asal mereka selamat.
--
 hampir 3 minit kami mencari inisiatif. sedar tak sedar, jalan raya dah penuh dengan kereta org ramai yg dtg membantu. syukur masih ada yang prihatin.

bonet kereta boleh dibuka, tapi memandangkan kereta penuh dengan barang, paklong n tiqo gagal tuk keluar.
Pintu sebelah pemandu, mujur menghala keatas, n mak long ada kunci spare. saya cuba buka, tp kekuatan seorang perempuan tak mampu utk meneruskannya. Abi ambil alih. Alhamdulillah. berjaya buka. semua lega, bersyukur padaNYA.
--
Tiada kecederaan, Tiada kelukaan, Tiada Kecalaran, Tiada kegurisan. Tiada pendarahan. Cuma Emosi Kazen sedikit terganggu. TRAUMA. terbayang juga difikiran, keadaan macam dalam berita. berdarah2. tersepit kaki lah, tanganlah. tapi, Allah masih sayang mereka. terselamat. itulah yanag dinamakan, Karamah :)

Detik itulah, detik yang paling mencemaskan dalam hidup. Jantung berdegup kencang, perut kecut, bibir pucat,lulut gegar, tangan tak boleh nak genggam, rasa kalau pegang gelas, jatuh kot. ummi dah nangis, mak long masih nampak cool, tapi bibir xboleh menipu. PUCAT. Putih xberdarah. Takut2 beraya dihospital. huhu Mujur kedua2nya selamat. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

can u see the car? huhuh kalu fikir logik, org kat dalam selamt x ye? huu sebahagian penduduk kg n insan2 prihatin yg datang. kitorang dah masuk rumah time ni. hee  menenangkan kazen yg menangiss. rilex tiko..:) jadikan ini salah satu pengalamn yg berharga dalam hidup ok!
Avanza paklong.meroon

--
RAYA KE-3:
dua moment yang sungguh memberi impak pada my big2 family.
Hari pernikahan my sist. (21 ogos 2012)
Tragedi raya ke-3. (3 syawal 1433 h)
Tetap dalm ingatan. Hari ini dalam sejarah kot. sempat terlintas dalam benak fikiran: janganlah hari ini jadi hari yg bersejarah buat kak ija. Nak nikah, tapi ada family masuk hospital. Alhamdulillah, its not happend to us.:)
--
Allah bagi peringatan kepada hamba2nya dalam pelbagai bentuk cara & jenis. kesenangan, kesengsaraan, kemiskinan, kekayaan. mudah2an dengan peringatan atau ujian yang Allah berikan kita mampu menjadi muslim yang lebih dekat padaNya. menjadi insan yang lebih peka. lebih berfikiran terbuka, lebih berhati2, lebih merendah diri, lebih bersyukur pada kurniaanNya. Allhu Rabb~
--
Moral of the story.
Ajal maut Jodoh pertemuan, Allah dah atur, siap tulis kat luh mahfuz lagi.so, no need to worry, OK. :)

P/S: #setiap kali nak masuk simpang, kena rendahkan gear dulu. and, no need to injak padel minyak. 
       #self reminder too. :)
ALLAH KNOWS BEST! Give it all for Him :)

2 comments:

AzianNazri said...

miss azmina..can i copy paste some of your entry please??hehe...thank you..^^,

azs_miina said...

its okey miss azian. tafaddhal :) moga ada perkongsian ilmu :)

CopyRight by azs_miina