15 Oct 2012

Ukhuwwah Itu. #1

Assalamualaykum :)

Kadang Luahan Itu Perlu.
Allah lah Tempat Mengadu.
Bila Rindu Bertandang.
Dia pendengar Setia.


# # #
Takdir Kadang- kadang mempertemukan kepada kita sesuatu yang tidak diundang,
Menduga kita dalam bermacam Ragam,
Memberi apa yang Tidak dirancang,
Membuatkan kita Mengalirkan Air mata Kesedihan,
--
DAN
Takdir juga Membuat kita Rasa Kehilangan,
Namun takdir Memberi kita Erti Ukhuwwah,
Menyulam Erti Kasih Sayang,
Mengenali Erti Sebuah Persahabatan,
Merasai Erti Kegembiraan,
Menyelami Erti Sebuah Ketabahan,
Berkongsi Sebuah Keakraban, dan
Memberi Ruang dan Peluang untuk kita Menilai Siapa Sahabat, Kawan dan Siapa sekadar Kenalan,
dalam Mengisi Ruang Babak Kehidupan.

Moga Allah Redha Ukhwwah kita. Daiman Abadan Abada'..

#Jazakallahu Khairan Kathir Atas Ukhwah ini <3 #

---
P/s: Rindu Geng Jilbab. Jiddan! =.=' Profesional Islamic Training 2012. PROFIT'12

Kolej Kediaman Desa Jati- 15oktober2012- 11.15pm
Rindu itu satu Anugerah.


16 Sept 2012

We as a Daughter/ Son! :)

11.20 pm
Syawal : Esok last?
Masih berpuasa 6? Berbaki sehari?
Bolehlah Puasa esok. Moga sempat meraih ganjarannya. InshaAllah.
--
Assalamaualaykum! :)
Malam yang sunyi sepi. Kak Ana my Roomate balik kampung kat selangor.
Hemm. Sungguh. Sangat, amat dan terlalu jeles tengok sahabat-sahabat dijemput mak dan ayah untuk balik ke kampung. =.='

Sebab, saya tak pernah merasai detik itu. Huhu #at semenanjung
Nak balik, fly sendiri. hm, takpa, hidup berdikari. Pengalaman itu mengajar erti sebenar kehidupan orang bujang. Bujang? erk?

Hargailah pengorbanan mereka untuk datang ke bumi Nilai ini, semata-mata nak jemput anda-anda semua. Saya yakin bukan semua tinggal berdekatan. Even ada sahabat yang kata, 'Alah, tak jauhlah..sejam lebih je.'

Betul, memang tak jauh. Tapi apa yang saya nak highlight kan disini. Bukan Jauh atau dekat. Tapi pengorbanan mak ayah, ummi abi, papa mama, ibu bapa, semua berusaha untuk datang pada masa yang dijanjikan.

Tapi, kenapa masih ada yang sanggup memasamkan muka, mengelatkan wajah, tanpa senyuman sebaik sahaja kedua orang tua tiba di perkarangan kolej? Lambat sikit saja pun. Dah nak buat muka.#ingat, kita dah masuk universiti, not sekolah menengah anymore.#

Dan boleh pula cakap, 'mak, nape lambat? Penat tau siti tunggu. Bagus siti tido je td kalau tahu mak lambat.' (sambil buat muka) Allah. #Beware with your words!

Even saya as a sister pun, kalau diberi respon seperti itu. Terguris juga hati. :'(

Apa salahnya bila mak ayah sampai, salam dahulu, cium pipi mereka, tanya khabar. Kalau ada adik-beradik ikut sekali, haa salam diorang juga. kan nampak sangat anak Solehah. :) Sweet gituu. :) sejuk hati mak ayah.
kan? kan? kan? ^^

kalau kita tak tanya kenapa lambat, lagi elok. Tenang saja hati mereka. Percayalah. *senyum*

Wahai insan yang bergelar ANAK,
 jaga hati mak ayah. Jaga bicara kita. Jaga lisan yang mudah terlontar. Please jadi seorang yang matang. Fahami situasi. Berbicara ikut keadaan. #Tengoklah mood mak atau ayah, penat tau memandu. nak nak pulak jem. Jangan tambah rosakkan mood mereka OK. :)

Takut-takut hanya dengan satu perkataan, mampu mengguris hati mereka, dan kita dikategorikan sebagai anak derhaka. Allah. =.=' #hati orang berusia lagi cepat tersentuh# Hati-hati ya. :) Jaga ukhwah kita!

Na'uzubillah. Moga Terus Istiqamah dalam menjaga hati, lisan dan tingkah laku.

Moga Allah Sayang.
--
Menulis berdasarkan pengalaman: sahabat yg tidak dikenali. 
Terkesima juga bila dengar ungkapan keluhan itu terpacul dari mulut si anak. *sigh*

Moga-moga dia terbaca artikel ini. Kalau tak dapat terima semua, sedikit cuma pun sudah cukup memadai.

Menulis untuk peringatan hati. Moga jadi anak soleh/solehah.
--
Bebicara disertai dalil 'Aqli au Naqli. Oseem!

Firman Allah, 'Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang anatara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya 'ahh' dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. - Al- Isra: Ayat 23.
--
Jom Tazkiyatun Nafs baca link ini Click saya! ^_^
Dan juga saya! :)
--
Semoga Kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendehaka kepada orang tua.

Tanpa mereka,
Mata takkan celik mengenal Allah.
Minda takkan lentur mengenal Alif Ba Ta,
Langkah takkan gagah menawan dunia,
Hati takkan Kuat Menahan gelodak jiwa,
Iman takkan mudah dibentuk,

Maka,
Selagi ada waktu, berbaktilah!
Jauhi sikap EGO.
Tiada siapa boleh menggantikan takhta tertinggi dalam carta hati kita.
Takhta Khas utk mak ayah.
Selepas Allah dan Rasul.

Ayuh!
Bermujahadah merangkul Kasih Ilahi.
Via jadi anak yang taat, soleh/ solehah.
--
 Moga Allah Redha.
AllahummaghFirli, Waliwaalidayyah, Warhamhum kama Rabbayani Soghiro.
Allahumma Ameen.

---
Menulis Dari Hati ke Papan Kekunci
Anak ummi Abi, #salam sayang dari bumi Nilai#
 Merantau Mencari sebuah Erti Kehidupan

---
Baru skyping dengan my lil bro. :) Terubat rindu. Semua sihat-sihat saja. Alhamdulillah :) 

14 Sept 2012

Amanah dalam perjuangan #usim

12.09 am.
27 Syawal 1433 Hijrah
--
BISMILLAH wa ALHAMDULILLAH.

Assalamualaikum.

Jumu’ah Barakah. Penghulu segala hari.

 Pada hari ini jugalah yaumul Qiamah akan berlaku. Tapi Jumaat bila? Mungkin hari ini, mungkin juga jumaat depan, ataupun bila- bila masa sahaja. Yang pasti ia akan berlaku. Perkara Ghaib, hal mendatang, semua Rahsia Allah. Agar kita sntiasa bersedia, berhadapan dengannya.
jadi, Engkau Manusia! bersiap siaga lah!

Sudah cukup Bekalan untuk ke akhirat sana? 
Usia dua dekad ini, apalah saja amal kita. 
Yakin boleh di approve  masuk ke JannahNYA? Tepuk dada Tanya Iman.
Sama- sama grab pahala yang berkeliaran. Delete dosa- dosa lalu dengan Taubat Nasuha.

Ya. Kena Yakin, Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
 InshaAllah, kita bisa menjadi soleh/solehah. Islahkan diri, bermula dari Niat yg Tulus.
 Berubah keranaNYA.

Hidup ini Biar ALLAH Sayang.

#Self Reminder#
--
‘Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, Hati akan menjadi Tenang #Muthmainnah’- Ar-raad: 28

Jiwa kacau. Hati keliru. Naluri menangis. Perasaan berkecamuk. =.=’

#Macam-macam perasaan yang tak patut singgah disudut hati ini. Kenapa? -.-'

Entah. *sigh*

Tumpas juga air mata ni.
Terlalu tertekan, tension, stress, pening. 
Tidak tahu mahu mulakan dari mana. Hanya satu yg saya mampu ungkapkan,
 Saya bukanlah orang yang layak memegang tanggungjawab itu. :’(

Please jangan Paksa saya. I KNOW MY SELF. Mereka lebih layak.
--
Lap air mata. :'(
Teringat kata-kata seorang sahabat, menyedarkan diri yang alpa dan hampir tersungkur.

‘Mina, jangan rasa rendah diri, cuba fikir siapa yg pilih awak. Mereka ke Allah? Ingat Mina, diorang sebagai wasilah, hakikatnya awak terpilih diantara yang terpilih. Allah bagi tanggugjawab ini pada awak. Tak baik mengeluh. Allah tahu awak mampu. Kami tahu awak mampu. Sebab itulah awak jadi the choosen one. Something good will come after. Believe Allah, Believe yourself.’ :’(

Allah. Astaghfirullah. Ya Allah, Ampuni hambamu ini. Aku lemah. Aku tewas. Aku lupa bahawa Engkaulah yang menentukan jalan hidupku. :’(

Syukran sahabat! satu pintaku, Pimpinlah aku tika saat diri dibelenggu. Aku tak mampu berjuang seorang. 

Azmina, Jangan Mudah tewas dengan permainan minda.!
Allah kan Ada :) *Tarik nafas dalam2, hembus* Allahu Akbar.

#Tepis semua kata-kata yang mendownkan diri, jadikan sebagai satu cabaran, Buktikan! Who’s know? You know better.#
--
Tanggungjawab dan Satu Amanah.

Berat. Memang sangat berat.

Takut-takut di akhirat nanti kita dikategorikan/ dihimpunkan dalam kalangan orang-orang yang memikul kayu api yang bertimbun di bahu.

Bila ditanya, mengapa pikul beban- beban ini?

Dan mereka menjawab. Kerana mereka memikul tanggungjawab/ jawatan sewaktu hayat didunia, tetapi tidak dijalankan dengan amanah. Sekadar mendapat nama jawatan sudah cukup.

Allah. Na’uzubillah min zalik. Moga Allah Bantu kita dalam BerAmanah. Ameeen.
--
Mampukah saya? :| *duduk, tengok lantai*

Rabbi yasir wala tu’assir.

Lapangkan jiwa. Lembutkan hati. Pimpin sanubari. Pujuk batin, tumpaskan nafsu! Moga Minda mampu mengawal tingkah jasad. #fuh. Fuh. Pergi jauh-jauh cas negative. =.=’
--
Semester ini semester mencabar.
Hati terduga. Fikiran bercambah. Tingkah tak terkawal.
Allahu Rabbi.
--
Moga ketenangan milikku,
Kejujuran menghias peribadi,
Ketulusan hati penguat ruh,
Kewarasan minda membina rasa,
Kemanisan bicara merapatkan ukhwah,
Amanah terjaga, Jema’ah terpelihara,
SATU hati, DUA rasa.
YAKIN & PERCAYA.
Allah sentiasa Ada.
He will protect u, wherever you are.
Believe that!


--
Menulis dari Hati ke Papan Kekunci
Anak Ummi Abi yg kuat! Keazaman tinggi!
I need you beside me. :'(
at- Rumah ke-2: Kolej Kediaman Sutera Indah.

--
P/s: Ilmu diberi, pengalaman dicari. Depands pada kita, duduk diam diberi ilmu atau keluar mencari pengalaman. #senyum  bagi semangat pada diri. :) 

9 Sept 2012

Campus Life: New Place

Bismillah. Assalamualaikum.
Mode: Rajin sangat update blog. Hee *Minggu ni saja. hihi

Pendaftaran kolej berjalan lancar.

Kolej Kediaman Desa Jati.
hem, berdebar jgk. Rileks laa.
Tak terjangkau akal fikiran. ceh, ayat.. jati je pun #senyum sendiri#.

Melangkah ke kolej ni, pelbagai persoalan di benak fikiran.
Rasa tak perlu pun soalan2 tuh. Menyesakkan fikiran saja. Fhuh~

Tingkat 5. Alhamdulillah ada lift. :) dekat saja dengan pintu rumah. Nak datang raya? senang je cari. Hee
Dapat bilik tinggalan syabab usim. Can you imagine? :O

Kena decorate bilik lepas ni. Tak mau suram-suram. Seram. =.='
Pink/ Meroon/ Biru/ Hijau better. *smile panjg* tetiba pula minat hijau. apa kess? :)

I think Pink Hijau satu combination yg menarik. I wanna to try. yezza! :))
Pink: terserlah keayuan. kemanisan.
Hijau: nampak lebih teratur. Kemas. sejuk mata memandang.

Orang kedua sampai rumah. Masih tertanya-tanya.
Who's my Housemate? Roomate? Syukur dapat bilik dua orang. Master Room.
Private sikit. Jati, okey jgk. kena citarasa. wink! wink! :) Alhamdulillah.

Harap dapat Housemate yang Baik. Ceria. Sehati sejiwa. Senang dibawa berbincang. Dan yg paling penting, moga dapat sahabat2 yang boleh memberi peringatan pada diri ini. Yang mampu ingatkan kita pada Pencipta.
YA, itulah sebaik2 sahabat. Jika dapat, jangan lepaskan. Dampingilah dia. Hargailah, Moga sama2 mendapat RedhaNYA.

Tempat baru, kawan baru.
Semua kawan sekelas dapat kolej lain. KKSI. Sutera Indah. Jauh. 
Ini kes rayuan punya pasal lah, tu yang dapat berlainan kolej. hemm, boleh tak ye nak tukar kolej?- kena try ni. *muka semangat.yeah!

Tapi, nak juga rasa duduk Jati. Hee
Takpa lah, rezki kat Jati. Redha. :) Dekat sikit dengan kampus.
'Awak dah tahun tiga Azmina, apa yg nak dirisaukan.?'

Em, betul jugak. *senyum- saya kan Hebat! try bagi motivasi pd diri. Ngeeh!

Dengan harapan,
Takda lah kes tetinggal-tinggal bas.
Takda lah kes lift rosak. #tingkat 5 sj pun. jaa??? dush2!
Takda lah kes rompak-merompak. Na'uzubillah.

Moga Selamat Dunia Akhirat. Teruskan berdoa. Allah ada. :)

after arrange kedudukan katil. fhuu~ HABUK! bersin aje.

Hee. loker besaq! :) suka2!

Apapun, hope everything is okey!
Syukur lillah. syukran 'ala kulli Hal :)
Rabbi Yassir wala Tu 'assir, Rabbi Tammim bi khair :)

----
p/s: esok kena angkat barang lagii. huu~ siapa nak tolongg? =.='

8 Sept 2012

Rasa itu: Dari Hati ke Papan Kekunci.

Assalamualaikum. salam puasa 6. masih ada waktu. :)

Selawat dan salam kepada junjungan Baginda Rasulullah S.A.W.
Duduk keseorangan di rumah, kolej kediaman Nilam Court, A2-1-3. Menanti ketibaan sahabat dari sabah. ida & atik. Hemm..

Jari- jemari meronta-ronta untuk membuka lappy jenama hp milikku. Kenapa? Entah,  ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Aku suka menulis.
--
Aku menulis untuk peringatan diri, dan mudah-mudahan menjadi medium untuk suburkan jiwa kita. Kalau tidak semua, sedikit Cuma, Alhamdulillah. Syukur. 

Selepas zohor, recite quran, kemudian diri ini meluangkan masa membaca buku, atau lebih kepada fiksyen  novel. Mujur diri ini berpuasa. Jadi, tidak perlu fikir pasal makanan. Masa boleh diisi dengan aktiviti bermanfaat.
--
Pengarangnya memang tidak asing pada semua:
***
  FATIMAH SYARHA & SUAMI TERCINTA DR. FARHAN HADI.
       NOVELET TARBIYAH 2 DALAM 1.
       CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU.

SERIUS. BEST! Ngam dengan jiwa yg kurang motivasi . Dah miliki? Sila, cari di pasaran, jadikan koleksi. tak bosan baca.
--
Sangat tertarik pada gaya, cara tutur bicara yang disampaikan. Merangkumi pengalaman sendiri, bagiku itu lebih berkesan. Lebih terpanah di hati pembaca. Moga bahan bacaan seperti ini lebih mendapat tempat di hati muda- mudi pada zaman ini. Zaman yang cintakan laman social. Apa salahnya rehatkan mata dari menatap skrin computer, dengan beralih ke medium yang lebih sihat. Mata sihat, otak berkembang.
--
Melangkah ke alam 20-an, memang amat mencabar. Masuk 2 dekad sudah rupanya insan kerdil ini. Dua puluh dua tahun, lagi 4 bulan nak masuk dua puluh tiga. Apa yang telah aku lakukan? Apa yang telah aku pelajari? Untuk diri sendiri? Keluarga? Apatah lagi untuk ummah? Oh! Rasa hidup ini penuh dengan perkara- perkara laghoh. Astaghfirullah. Ya Allah, peliharalah aku dari sifat lalai dan leka! =.=’
--
Hanyut dengan perasaan sendiri. Rasa pilu. Hiba. Sunyi sepi. Termenung seketika. Menatap buku kecil di tangan. Note book Cuma. tp, Akan ku conteng ia dengan ilmu-ilmu pelengkap diri.
--
Syukur aku punya Dia yang sentiasa menemani. Punya surat2 dariNYA sebagai peneman dan penenang sanubari. Kalau dulu aku alpa, leka, lalai, tapi kini aku seorang yang kuat! Sentiasa ingat akan pesananNya. Jaga diri- jaga iman-jaga amal- jaga maruah keluarga & agama. inshaAllah selamat dunia akhirat.
--
Ok, lets us talk about the book that I’ve already mention.

Cinta High Class!
Sofhah: 326 til 328
**
Amat tertarik dengan penulisan ini. Jom baca!

#Semenjak dua menjak ini, ramai kawan2 yang nak kahwin muda. Ok, this is for you friend.
Fahami betul2 ok. Moga diri bersedia. Mental & Fizikal.
--
1# Jika kerisauan untukmenikah disebabkan factor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah. Dipegang oleh Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

2# Laksanakan ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki.

‘sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangan dan kemudahan maharnya.’- Riwayat Ahmad.

3# Apa tunggu lagi wahai yang sudah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah kepadaNYA agar dipermudahkan nikah buatmu.

‘wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah.’- Riwayat Bukhari

Saya termenung di hadapan computer. Saya sayangkan kaum lelaki dan wanita. Apa lagi yang boleh saya bantu?

4# Saya ingin memberi mesej kepada kaum lelaki bahawa betapa ramai wanita mengimpikan mereka menjadi lelaki sejati, takut kepada Ilahi. Pilihlah cara yang diredhai, bukan MENGURAT sesuka hati.

5# saya memberi mesej kepada kaum wanita, betapa ramai kaum lelaki tidak keruan dengan pesonanya. Maka bantulah lelaki dengan tidak melayan kecuali atas dasar urusan.

6# Andai wanita mudah menghantar isyarat bahawa dirinya boleh diperlakukan sesuka hati, maka yang bergembira adalah nafsu lelaki bukan imannya. Peperangan dahsyat akan terus meletus antara nafsu dan iman.

7# Tanpa syarat, tanpa batasan, lelaki akan melihat dirinya diberi peluang untuk mempermainkan. Rancangan syaitan peringkat global memang suka menghias wanita. Ia menusuk tipu muslihat agar wanita terus menggoda.

8# Dengan cara itu, syaitan lebih mudah melumpuhkan iman lelaki, menghampiri zina, menjauhi nikah. Kemudian, mudah pula memporak- perandakan generasi yang lahir tanpa nasab yang jelas. Beginilah kecelaruan moral yang berlaku di Barat.# full stop. #hati sentap, aku ditahap mana? =.=’
-----------------------------------------------------
~ Full stop ~
So, how? Ada hati yang terdetik detik? Ini,
Tinta Hatiku 1, buat..

Syabab Muslim

Jangan diganggu Mawar Berduri.
Jangan mudah menutur bicara, berjanji setia, membina mahligai indah.
Jangan mudah mengukir senyuman, melirik manja, HATI bisa ternoda.
Jangan mudah membina rasa, JIWA bisa merana.
Jangan mudah bermadah pujangga, LIDAH bisa kelu tak terkata.
Jangan mudah melakar  memori, RAGA bisa tersiksa.
Jangan berani menguji, jika  tidak berniat untuk menikah.
Mantapkan diri, Teguhkan Iman, Perkasakan pendirian berpaksikan Quran & Sunnah.
Cinta Ilahi jadi rebutan. Demi mendamba cinta sang bidadari.
CINTA RABBUL IZZATI jadi maharnya!

Tinta Hatiku 2, buat..

Muslimah Bidadari Besi.

Kita bukan muslimah sembarangan!
Jangan cepat terpesona, hatimu  mudah tertaut.
Jangan mudah terpedaya, itu janji syaitan.
Jangan terburu-buru, perjalananmu masih berliku, perlu diharungi.
Jangan bilang cinta, nanti sanubarimu bergelora. Bahaya.
Jangan berani memperdagangkan asset, ia bisa jadi barang murahan.
Jangan ungkap kata menggoda, bicaramu bisa berbuah Fitnah.
Jangan berani bermain kata, tuturmu bisa memaut hati.
Ingat! Cinta Murahan, hanya ada ditepian jalanan yang berlopak.
Save and Give your HEART for someone who cares.
Believe that Allah will give you the Best!
Love Allah is the best ways to get their Love.
Tinta Hatiku.HakCiptaTerpelihara. Azs_mina.net.
--
Ayuh!
Bersama menjadi Syauqahtul Mawaddah. Mawar Berduri.
Mawar yang cantik jadi tatapan, duri sebagai pembenteng,
 Hanya syabab terpilih bisa menyunting.



---
Menulis dari dasar Hati ke papan kekunci,
Nurul Azmina anak ke-5 Encik Azman & Puan Azya. 
universiti sains islam malaysia, kampus nilai.n9
 Put your TRUST in Allah.
CopyRight by azs_miina