Syawal : Esok last?
Masih berpuasa 6? Berbaki sehari?
Bolehlah Puasa esok. Moga sempat meraih ganjarannya. InshaAllah.
--
Assalamaualaykum! :)
Malam yang sunyi sepi. Kak Ana my Roomate balik kampung kat selangor.
Hemm. Sungguh. Sangat, amat dan terlalu jeles tengok sahabat-sahabat dijemput mak dan ayah untuk balik ke kampung. =.='
Sebab, saya tak pernah merasai detik itu. Huhu #at semenanjung
Nak balik, fly sendiri. hm, takpa, hidup berdikari. Pengalaman itu mengajar erti sebenar kehidupan orang bujang. Bujang? erk?
Hargailah pengorbanan mereka untuk datang ke bumi Nilai ini, semata-mata nak jemput anda-anda semua. Saya yakin bukan semua tinggal berdekatan. Even ada sahabat yang kata, 'Alah, tak jauhlah..sejam lebih je.'
Betul, memang tak jauh. Tapi apa yang saya nak highlight kan disini. Bukan Jauh atau dekat. Tapi pengorbanan mak ayah, ummi abi, papa mama, ibu bapa, semua berusaha untuk datang pada masa yang dijanjikan.
Tapi, kenapa masih ada yang sanggup memasamkan muka, mengelatkan wajah, tanpa senyuman sebaik sahaja kedua orang tua tiba di perkarangan kolej? Lambat sikit saja pun. Dah nak buat muka.#ingat, kita dah masuk universiti, not sekolah menengah anymore.#
Dan boleh pula cakap, 'mak, nape lambat? Penat tau siti tunggu. Bagus siti tido je td kalau tahu mak lambat.' (sambil buat muka) Allah. #Beware with your words!
Even saya as a sister pun, kalau diberi respon seperti itu. Terguris juga hati. :'(
Apa salahnya bila mak ayah sampai, salam dahulu, cium pipi mereka, tanya khabar. Kalau ada adik-beradik ikut sekali, haa salam diorang juga. kan nampak sangat anak Solehah. :) Sweet gituu. :) sejuk hati mak ayah.
kan? kan? kan? ^^
kalau kita tak tanya kenapa lambat, lagi elok. Tenang saja hati mereka. Percayalah. *senyum*
Wahai insan yang bergelar ANAK,
jaga hati mak ayah. Jaga bicara kita. Jaga lisan yang mudah terlontar. Please jadi seorang yang matang. Fahami situasi. Berbicara ikut keadaan. #Tengoklah mood mak atau ayah, penat tau memandu. nak nak pulak jem. Jangan tambah rosakkan mood mereka OK. :)
Takut-takut hanya dengan satu perkataan, mampu mengguris hati mereka, dan kita dikategorikan sebagai anak derhaka. Allah. =.=' #hati orang berusia lagi cepat tersentuh# Hati-hati ya. :) Jaga ukhwah kita!
Na'uzubillah. Moga Terus Istiqamah dalam menjaga hati, lisan dan tingkah laku.
Moga Allah Sayang.
--
Menulis berdasarkan pengalaman: sahabat yg tidak dikenali.
Terkesima juga bila dengar ungkapan keluhan itu terpacul dari mulut si anak. *sigh*
Moga-moga dia terbaca artikel ini. Kalau tak dapat terima semua, sedikit cuma pun sudah cukup memadai.
Menulis untuk peringatan hati. Moga jadi anak soleh/solehah.
--
Bebicara disertai dalil 'Aqli au Naqli. Oseem!
Firman Allah, 'Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang anatara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya 'ahh' dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. - Al- Isra: Ayat 23.
--Jom Tazkiyatun Nafs baca link ini Click saya! ^_^
Dan juga saya! :)
--
Semoga Kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendehaka kepada orang tua.
Tanpa mereka,
Mata takkan celik mengenal Allah.
Minda takkan lentur mengenal Alif Ba Ta,
Langkah takkan gagah menawan dunia,
Hati takkan Kuat Menahan gelodak jiwa,
Iman takkan mudah dibentuk,
Maka,
Selagi ada waktu, berbaktilah!
Jauhi sikap EGO.
Tiada siapa boleh menggantikan takhta tertinggi dalam carta hati kita.
Takhta Khas utk mak ayah.
Selepas Allah dan Rasul.
Ayuh!
Bermujahadah merangkul Kasih Ilahi.
Via jadi anak yang taat, soleh/ solehah.
--
Moga Allah Redha.
AllahummaghFirli, Waliwaalidayyah, Warhamhum kama Rabbayani Soghiro.
Allahumma Ameen.
---
Menulis Dari Hati ke Papan Kekunci
Anak ummi Abi, #salam sayang dari bumi Nilai#
Merantau Mencari sebuah Erti Kehidupan
---
Baru skyping dengan my lil bro. :) Terubat rindu. Semua sihat-sihat saja. Alhamdulillah :)





