30 Mar 2012

MUTIARA HATI

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

^_^

28 Mar 2012

الله سلامتكن كامو

Tanggal 28 mach 2001
Lahirlah putera yang ke-3 dalam keluarga kami.(setelah bertahun2 abi tunggu anak lelaki: selepas hadi and amin)
his name is:
MOHAMMAD ZAIM NAHRI BIN YATAU
(nama ni kami adik beradik yang cari bersama abi di bilik ummi.hehe masing2 pegang buku nama anak2 muslim. rindu pula tym tu ^_^ semua xcited dpt adik baru)



tiga orang hero kelarga saya! ^^


hari ni, saya nak bercerita tentang adik bongsu saya ini, ZAIM ^_^
 eh, kenapa tiba2 cerita tentang zaim ni? sebab, hari ni ulang tahun zaim yang ke 10. besar sudah adikku ini. xsangka, cepat masa berlalu. dulu xpernah terfikir zaim akan membesar (xcited ada adik lelaki yg kecik kan, tulah pasal). ceh, baru 10 tahun pun..yalah, lama2 ke tahap remaja jgk bah dia tu..

dulu boleh lagi cium2 di pipi. sebelum jalan ke mana2, lepas bersalam2an, saya mesti akan cakap.
'sayang ayun..' pastu zaim akan cium pipi dan dahi saya. hihih~ (sekarang pun macam tu :))
tapi kalau sdh besar, xkan mau buat macam tu lagi kan..

pernah dulu waktu lepas spm @ stpm, ntahlah lupa sdh...kami adik beradik berkumpul. yalah..hujung2 minggu kan.. pastu, tanyala zaim.
'zaim, bila zaim besar mau jadi apa?' kak ija kali yang cakap. tahu  apa zaim jawab?
'zaim mau jadi ABANG, macam abg amin'
hahah pecah ketawa kami serumah. kesian juga zaim ni. tiada adik kan.. tapi syukurlah jarak umur amin n zaim pun 3 tahun jak. tidak lah jauh sangat jurang dorang.ada jugaklah teman bermain..

saya dan zaim banyak persamaan. antaranya, kami lahir pada tanggal yang sama. 28 :)
nombor yang cantik di mataku. zaim juga jenis pemendam. macam saya! pernah dulu dia nangis dalam selimut gara2 saya xbagi dia main laptop.hahah heran juga, tiba2 dis senyap. tengok2. laaah..menangis rupanya..kesiaann :)
dan saya antara kakak2 yang paling lama bersama zaim.yalah, pas spm, jaga zaim. pas stpm pun jaga zaim. lama kan? so, banyaklah yang kami hadapi bersama.eseh..amin pun baah..

pernah dulu sebelum masuk usim, saya bgtau zaim yang saya akan ke semenanjung. zaim jawab mcmni..
'ayun pigi bila?' 'nanti minggu depan..' 'alaaah..jadi sepa mau kasi masak zaim lagi?'
huhuhhu sebak juga di dada..:( 
xsangka zaim cakap macam tu.xpalah, ummi abi n abg amin kan ada..:) 

lastly, semoga zaim cepat2 sembuh dari sakit ya...(zaim patah tangan...huhu jatuh pokok)
doakan supaya zaim cepat sembuh ya!

'SELAMAT HARI LAHIR ZAIM!!' 
semoga lulus cemerlang duniakhirat~

Ayun sayang Zaim selalu n selamanya~ ^__^

selesai satu!

Assalamualaikum...:)

hm, hari ni baru dapat rileks skit. rileks la sangat. tapi sem ni memang busy! esaimen baaanyak..tapi, xtahu nak buat mana satu dulu. di tambah lagi dengan kerja2 jaksa. claim sana, claim sini..fuhh tu lah, sepa suruh banyak buat program. kena batang hidung sendiri. Itu kan amanah Allah. Take it. Ok ok. :)

tapi, apa yang mahu dikongsikan sebenarnya adalaah ^__^
semua (5 program) laporan kewangan untuk program under JAKSA sukan & rekreasi sudah sattle! sudah di submit ke pejabat kolej kediaman...ALHAMDULILLAH~ (jom, baca jap entri ini Akhirnya:LULUS!)
dan harapnya, semua claim yang di buat diterima.:) hampir 5 ribu kot amount yang di claim..insyaALLAH semua diluluskan...ameen

bukan senang nak buat tau. tapi, atas kerjasama semua Jaksa2 Nilam court, Usim. semuanya berjalan lancar:)
lima laporan sekaligus hantar kat pejabat. tekejut jugak kak siti,pembantu am pejabat kolej kediaman.sebab jarang Jaksa biro lain hantar xbanyak tu.apa xnya, untuk LA (lawatan antarabangsa) ke COCOS ISLAND punya kes, semua claim mesti di buat. ya lah, untuk menambah dana kan. :)

yang sedihnya, saya xjoin ke cocos island :( ntahlah, bukan malas nak pergi pun sbnrnya. tapi, badget sorang pelajar nak ke sana hampir 5 ribu kot..kalau claim yang dibuat tu untuk saya, xpala juga :p
tapi, dengan duit sebanyak tu, lebih baik saya ke mekah, menunaikan umrah. kn lagi molek.huhu

oklah,papaun harap semuanya berjalan lancarlah.
^________^

salam blogger!

my housemates: JAKSAKIAN..hehe

15 Mar 2012

Jenazah siapa tu?

ASSALAMUALAIKUM..

hm, hari ni tiba2 tangan ringan untuk mengupdate blog :)
 ok, hari ni saya ingin kongsikan satu pengalaman dgn semua.
tentang apa??

jenazah???!!
minggu lepas saya dan beberapa sahabat telah mengikuti kursus pengurusan jenazah. hm, terasa seram juga mulanya..tp, mcm xbiasa pula ikut kem2 ni..padahal...hihi 
dalam kem ni, memang betul2 praktikal. kami sendiri yang jadi mayat. kami di mandikan..dikafankan...fuuhhh...bedebar juga jadi mayat hidup.

memang perasaan takut hadir dalam diri ini.huhu taakuuuutnya!!!belum sedia mau matiii...ya Allah...
itu baru jadi mayat olok2, belum lagi sebenar..naah, kalu sebenarrr...habisslahhh..
payah kot nak angkat mayat hidup. inikan pula mayat yg betul2 mayat. 

tapi, satu yang penting, ilmu pengurusan jenazah ni sangat2 penting untuk golongan muda pelajari. 
ya lah, nanti siapa yang mahu uruskan jenazah mak ayah kita.ups, bukan maksudnya mengharap mereka pergi awal. tp, setiap insan akan melalui detik kematian itu. betul tidak? takkan mau mengharap org lain untuk memandikan n mengkafankan mereka?
jadi, perlu ada kesedaran dalam mempelajari ilmu ini. walaupun ia nya hanya fardhu kifayah. tapi, menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk pelajarinya.



 
demo mayat hidup.
oklah, yang pengalaman itu penting dan amat mahal harganya..:)
ketemu lagii...

7 Mar 2012

Degup jantung terhenti

ASSALAMUALAIKUM dan selamat tengahari semua.. 
hari ini, entah mengapa satu perasaan muncul tatkala melihat akan dirinya. Semua bermula selepas mendengar luahan hatinya malam semalam. Satu perasaan simpati yang terlalu berat untuk saya tanggung seorang diri.

Semalam Auni (bukan nama sebenar) ajak saya dan beberapa orang sahabat untuk makan di rumahnya. Hati melonjak riang! Makan free kan. Bawa diri jak pg rumah Auni. Sampai kat sana, Auni baru saja selesai solat Isyak. Nampak sangat kelparan kan. Datang awal kot. Hahah tp, kira lewat juga kami datang. Jam time tu 9.15 mlm. Saya antara yang paling awal datang. Ish3.. makan punya hal kan..

CopyRight by azs_miina