ASSALAMUALAIKUM dan selamat tengahari semua..
hari ini, entah mengapa satu perasaan muncul tatkala melihat akan dirinya. Semua bermula selepas mendengar luahan hatinya malam semalam. Satu perasaan simpati yang terlalu berat untuk saya tanggung seorang diri.
Semalam Auni (bukan nama sebenar) ajak saya dan beberapa orang sahabat untuk makan di rumahnya. Hati melonjak riang! Makan free kan. Bawa diri jak pg rumah Auni. Sampai kat sana, Auni baru saja selesai solat Isyak. Nampak sangat kelparan kan. Datang awal kot. Hahah tp, kira lewat juga kami datang. Jam time tu 9.15 mlm. Saya antara yang paling awal datang. Ish3.. makan punya hal kan..
Seusai solat isyak, mak Auni kol. Teringat pula ummi di sabah. Huhuh
Beberapa minit kemudian, ida datang.kawan senegeri bah ni.hihih bab2 makan memang nombor satu. Sambil2 menunggu mee ruski masak, (lauk tambahan) kami pun cerita2… time ni auni tengah bertelefon. Lagaknya seperti sesuatu yang amat penting, apa taknya, bercalling kat ampaian luar dapur. Kami buat rilek jak lah… mesti privacy.
5 minit berlalu, auni pun join kami untuk menjamu selera. Tapi, nampaknya saya dan ida saja tetamu auni malam tu. Heheh kurang saingan. Dasaarr~ makanan sudah terhidang, tinggal mau makan lagii..
TAPI, sebelum makan, Auni telah meluahkan satu statement yang terlalu SERIUS. Ya, serius untuk seorang yang bergelar anak.
Dengan tenang, Auni memulakan bicara. ‘kak, auni mau gtau sesuatu ni..’tetap dengan senyuman.
‘kenapa? Dapat adik baru kah?’hm, ida sempat lagi buat lawak. Hahah tapi, pecah jugak ketawa kami.
‘tapi, sebak pula mau gtau. Macam mau nangis pula..tapi, kakak jgn gtau sepa2 aah..’ senyuman msih terukir. Tabahnya sahabatku ini.
‘kenapa Auni? Ceritalaah..kami sedia mendengar.’ Saya menjawab.
Auni menarik nafas sedalam2nya.
‘ mak bapa saya bercerai…baru jak tadi pagi…’
bagaikan sesuatu menyerang jantung ni. sepantas kilat air mata saya mengalir. Saya menangis, Auni menangis, ida menangis. Masing2 melayan perasaan. Saya tidak terkata. Mata tidak berkelip. Air mata terus mengalir..mengalir..dan terus mengalir.
‘ mak bapa saya bercerai…baru jak tadi pagi…’
bagaikan sesuatu menyerang jantung ni. sepantas kilat air mata saya mengalir. Saya menangis, Auni menangis, ida menangis. Masing2 melayan perasaan. Saya tidak terkata. Mata tidak berkelip. Air mata terus mengalir..mengalir..dan terus mengalir.
Selalunya Cerita sebegini hanya didengar melalui corong2 radio, ndapun surat khabar. Tapi kali ini, dari mulut sahabat saya sendiri. Berdiri bulu roma. Tapi, hakikatnya itulah yang berlaku.
Hm, Selera makan saya time tu, terus hilang. Perut rasa kenyang. Ya Allah, tabahkan hati sahabatku ini.
AUNI. Seorang yang tabah dan cekal. seorang yang teguh pendirian. Seorang yang berjiwa besar. Berkepimpinan. Berkarisma. Mungkin dengan sifat2 itulah dia mampu mengawal emosinya ketika bersama dengn sahabat2. Patutlah beberapa hari ni, Auni cepaat marah. Tapi, sebagai kakak, saya Nampak dia berusaha untuk mengawal perasaan itu.
semua yang berlaku pasti ada hikmanya. Siapa tahu, di sebalik perceraian itu, akan menambahkan dan menyuburkan semula bibit2 kasih sayang diantara mak dan bapa Auni. Maksud saya, kan masih dalam tempoh iddah. Boleh rujuk lagi kan? Insya ALLAH…. Mari kawan2, kita sama2 mendoakan kebahagian keluarga Auni hingga ke syurga. Kepada Auni, semoga ketenangan milikmu adikku. Allah knows everything. Innallaha ma’ana.. kakak dan sahabat2 yang lain sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.. J
CERITA BENAR: tanpa tokok tambah.

2 comments:
kakak ada masa..semoga selamat semuanya..:)
:) insyaALLAH selamat semuanya..
Post a Comment