31 Jul 2014

Tepi Tingkap.

Salam 4 Syawal 1435 Hijrah.

Tidak sangka hampir seminggu sudah Encik Syawal bertandang. Hmm, agak banyak memori kali ini. Memori yang berbeza dari tahun tahun lepas.

Dek kesibukan yang memanjang, tidak punya ruang dan waktu untuk berkongsi.

Cuti ini, sungguh benar benar cuti.

Sementara menunggu hari jubah, banyak yang aku plan. Moga Allah iz
inkan. BiiZnillah.

Guru ganti. Bisness pakian muslimah, Baby sitter, Teman umi abi.

Semua ini ingin aku laksanakan. Hemm, Abi sudah urus proses guru ganti. Berat hati mahu megajar. T.T

Tapi its ok. Cari pengalaman mengajar sebelum sambung master.

Haih, dah jadi macam diari pulak belog ini. -.-

Kadang kadang apa yang kita rasa baik dimata dan hati kita, sebenarnya tidak baik disisi Allah. Dan apa yg kita rasa buruk, sebenarnya baik disisi Allah.

Bukan kadang kadang, tapi, sememang nya begitu. aku yakin yang kau jugak tahu tentang itu, bukan?

Moga moga Ada sesuatu Yang  Allah mahu kirimkan. :)

Perancangan itu perlu.
---
Ya, aku tahu, tiada kaitan pun dengan tajuk.

Dengan ucapan.
Kullu Am wa antum bikheir.
Taqabalalhu minna wa minkum. :)

27 Jul 2014

Throw back. Go Back

Bismillah wa Alhamdulillah.

Detik akhir ramadhan. Bercampur baur perasaan. Moga-moga kita telah bertemu dengan lailatul qadr. Kita tidak tahu, Allah tahu. Mudah-mudahan ibadah kita diterima oleh sang Pencipta.
--
Throw Back.
Tentang apa ? Abi kata, orang yang selalu bicara tentang masa lalu, itu orang berjiwa kecil. Jiwa kecil sebab selalu pandang belakang. Tidak move foward. Ok. Aku terasa. Then, orang yang bicaranya bisa membuka minda orang lain, itu berjiwa besar. Sebab apa ? Sebab, tiap butir bicara dia, bernota kaki sumber yang sohih. Itupun kalau sohi.

Emm. pendek kata jiwa besar sebab dia punya matlamat dan berpandangan jauh. Cakap soal sekarang dan masa depan. Ya, Itu bukan Aku. Mungkin Kamu yang tengah baca ini. *eh, ada ka pembaca ? :p kiki

Tapi, berfikiran kritis dan pandangan jauh boleh diasah. Duduk dalam kalangan orang orang dalam kategori ini yang punya pandangan jauh 10 tahun kehadapan, sangat merangsang saraf-saraf otak kanan dan kiri untuk digunakan. Berfikir untuk menyelesaikan masalah 5 10 tahun akan datang. Siapa boleh jangka 5 or 10 tahun akan datang kan ? Pelbagai kemungkinan tersedia dengan solusi. Pergh, habis keluar migrine. Itu baru namanya orang hebat. Terasa otak beku jadi cair.
--
Uhuk uhuk.

Tiba-tiba tiada Mood mahu Throw Back Throw Back segala. Kena tukar tajuk ni.

Throw Back ---> Go Back. Ada ok ?


Tapi kadang-kadang, masa lalu itulah yang menceriakan hidup kita sekarang. :)

TAMMAT.

24 Jul 2014

Rezqi itu Allah bagi.

Bismillah thumma Alhamdulillah.

Status Baru. Full stop.

Pelajar Tahun akhir Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah. THE END.

Dush. Dush. Meletop letop bunga api keluar. Meraikan aku dan teman teman. Eheh. Happy. 15 & 16 November 2014. Ada rezqi, usia dipanjangkan, insha Allah aku dan mereka bakal berhari Jubah ! sekali lagi, Happy. :)

Dalam tempoh meniti hari itu, ramai yang aku kira sedang bermain dengan resume masing masing. Tempoh mencari kerja. Samada Kerja tetap atau kontrak.

Aku.
Ya, seperti teman teman yang lain. Juga berusaha menghantar resume ke agensi agensi yang perlu khidmat orang orang berkelulusan agama sepertiku. syarikat itu, sekolah ini, sekolah itu. Banyak. Namun, Allah rancangkan yang lebih baik untukku. Insha Allah. :)

Ya, Trust Him. Maka berlapang dadalah wagai diri.

Awal Ramadhan.
Mendapat panggilan temuduga dari Pusat Pendidikana Islam An-Nur Kepayan Kota Kinabalu. (PPIAN). Hati berbunga-bunga. Happy. Tapi, rezqi tidak menyebelahi aku. Interview hujung minggu itu. Aku balik lagi dua minggu. Tidak mengapa, pujuk hati. Rezqi ditempat lain. Sekali lagi, berlapang dadalah wahai jasad.

Moving Forward !
Banyak lagi peluang untuk diri ini. kan ? :)
Pusat Tahfiz Bandar Seirra. Teringin mahu berkhidmat disana. Peluang terbuka, ya lah, mungkin diri ini yang suka berlengah-lengah. Resume tidak sempat dihantar. sobs. sobs. -.-

Rezqi Allah ada dimana-mana.
Yakin, Kalau kita bantu Agama Allah, Allah akan bantu kita. Infaqkan diri untuk agama. Infaqkan harta di jalan Allah. Percayalah, DIA akan bagi berganda-ganda. melalui cara yang kita tidak sangka-sangka.

---
Aku terlelap diruang tamu.
Tiba-tiba...
'Nurul, nah.. buat tambah-tambah untuk kau' kata Acik Doren yang Cun.
Aku, dalam keadaan mamai, membuka mata. Terlihat wang kertas berwarna ungu. Tersenyum. Tiba-tiba pulak acik ni. Haha
'Terima Kasih Acik' ucapku.

Wah, Rezqi. Hehe
Terlintas di benak fikiran.
Kamu beri 1, akan ku berikan imbalan 10 kali ganda. Allahu Akbar !

BENAR. Allah tidak pernah mungkir akan janjiNya. SubhanAllah !


Maka, ringan kan tangan, ikhlaskan hati. Bersedeqah lah wahai milik Allah. Dalam harta kita, ada harta orang lain.

The End.

11 Apr 2014

ingat-ingat

Bismillah thumma Alhamdulillah.



17 Jan 2014

Canvas Diri #2

Bismillah Thumma Alhamdulillah.

Maha suci Engkau Tuhan sekalian Alam. Pemilik langit dan bumi. Aku bersaksi tiada Tuhan selain Engaku dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
--
Perbaiki Syahadah kita setiap hari.
--
Cuti semester 7. Ya, aku jejak lagi bumi kelahiranku. *senyum girang*
Sabah Bawah Bayu !

Melihat wajah-wajah kesayangan hamba,  mengubat hati yang merindu. Mendengar butir bicara mereka menggoncang rasa kasih yang semakin sarat. Melihat senyum yang tergaris dibibir menenangkan sanubari. Bersama kami melagkah ke syurga MU ! insha Allah.

Ya, mereka. Buah hati pengarang jantungku. n_n *Family FIRST*
kena manfaatkan masa yang berbaki lagi seminggu diteratak ini. Next, Bulan Jun menanti akan kedatanganku semula. Lamanya lagii ! :O

Doakan aku sahabat ! #Master
--
Berbicara tentang Master, teringat aku detik-detik perpisahan bersama sahabat sekelas. Muslimat sahaja okeh. Malam itu, malam air mata. Masing-masing meluahkan apa rasa dalam hati.

Aku pada asalnya tidak mahu tumpas dengan air mata. Tapiii. *tunduk tengok lantai*
Mengalir jugak air mata ini. Syahdu. Pilu. Sebak. Semua ada. Wuwu

Memulai acara, Ta'aruf nama. Hihi ini kelakar. Rasa macam baru kenal. perkenal nama gelaran semua. Hahaha 'Nama Nurul Azmina Yatau. Boleh panggil Azmina. Panjang kot :p Boleh panggil Nurul, Azs, Min, Mina, Ina (ina: gelaran ini hanya dua orang yang panggil) Kak Zakiah and kak Ila ! :) Memang first ta'aruf time tahun satu bagi kesan sehingga kini. Rasa mahu tergelak bila gelaran ini digunakan. Ayu kan ? :p

Perkenalkan diri, tempat praktikal, dan strategi 5 tahun akan datang. Hebat. Aku dah mula fikir ayat. Nak cakap guane ni ?

Hemm, rasa sedih pulak.

Satu persatu silih berganti. Riuh suasana bila ada yang menjemput ke walimah dan majlis pertunangan ! Ooh, dah berpunya ghupenye semua nii. SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahu Akbar. :) Itu yang aku mampu ucapkan. Tahniah sahabat semua ! Walimah tahun ini kot, 2014 ! aku tumpang gembira. Nak dijadikan cerita, bertubi-tubi soalan datang. Dengan siapa kak ? orang mana ? Usim jugak ke ? Jumpa kat mana ? Bila langsung ? Fuhh, kesian kot. Tidakpa tikah, Aku doakan yang terbaik untukmu. *kenyit mata*

Moga dipermudahkan !

Suasana riuh lagi bila ada yang mahu sambung ke UK. Bukan UK Malaysia tau. Uk betul. Tu haa, yang ada salji salji tu. Eh, ada salji meh ? Tidakpa, Insha Allah dipermudahkan. Aku doakan ! Bumi Allah ini luas, tuntutlah ilmu dimana saja. OK ?

Master dalam pendidikan awal kanak-kanak, Master Quran Sunnah, Master dalam bidang lughoh Arabiah. Hebat. Rasa kerdil berada dalam kalangan insan-insan hebat ini.

Tiba giliran aku.
Semua mata tertumpu. Antara orang terakhir dalam memberi amanat. Amanat lah sangat :p
Hemm. Minta maaflah, aku tidak punya berita gempak. Biasa-biasa saja. Mahu buat pengumuman walimah, belum tiba masanya. Masih menunggu. dengan siapa ? orang mana ? Wallahu 'Alam. :) Tidak usah risau, perkara yang Allah sudah tetapkan. Hanya perlu berusaha persiapkan diri. Allah beri sesuai dengan tahap kesediaan kita. kan ? Okeh. sudah-sudah.

Road to be a better Muslimah !

Master.
Aku masih berfikir. Sambung atau kerja atau kahwin. Bila sebut mahu sambung, ada suara-suara yang berkata. 'Tak nak kahwin dulu ke Min ? umur dah duaplohempat. Sambung master dua tahun kot'. Okeh, soalan yang dush sebijik kena muka. 'Alaah, bukannya takboleh kahwin time amik master. kan kan ? Boleh je..' Selagi ada kudrat mahu menuntut ilmu, silakan. Teruskan.' 'kalau dah sampai seru, sampai jugak tu'

Terima kasih sahabat. Aku tersenyum mendengar jawapan itu.

Sebaik manapun perancangan kita, Perancangan Allah jugaklah yang terbaik untuk kita. Senyum tak perlu kata apa-apa. Peace yoo !

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, & boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.'



Anak umi wa abi yang sudah dewasa,
Doakan aku ! :)
Moga Allah redha setiap apa yang kita rancang.
Cinta dan Redha Allah itu lebih utama.
Aku hambanya. Pendosa yang tiada henti.


--
Letak Allah dalam hati, kunci rapat-rapat.
|17012014|
CopyRight by azs_miina