Maha suci Engkau Tuhan sekalian Alam. Pemilik langit dan bumi. Aku bersaksi tiada Tuhan selain Engaku dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
--
Perbaiki Syahadah kita setiap hari.
--
Cuti semester 7. Ya, aku jejak lagi bumi kelahiranku. *senyum girang*
Sabah Bawah Bayu !
Melihat wajah-wajah kesayangan hamba, mengubat hati yang merindu. Mendengar butir bicara mereka menggoncang rasa kasih yang semakin sarat. Melihat senyum yang tergaris dibibir menenangkan sanubari. Bersama kami melagkah ke syurga MU ! insha Allah.
Ya, mereka. Buah hati pengarang jantungku. n_n *Family FIRST*
kena manfaatkan masa yang berbaki lagi seminggu diteratak ini. Next, Bulan Jun menanti akan kedatanganku semula. Lamanya lagii ! :O
Doakan aku sahabat ! #Master
--
Berbicara tentang Master, teringat aku detik-detik perpisahan bersama sahabat sekelas. Muslimat sahaja okeh. Malam itu, malam air mata. Masing-masing meluahkan apa rasa dalam hati.
Aku pada asalnya tidak mahu tumpas dengan air mata. Tapiii. *tunduk tengok lantai*
Mengalir jugak air mata ini. Syahdu. Pilu. Sebak. Semua ada. Wuwu
Memulai acara, Ta'aruf nama. Hihi ini kelakar. Rasa macam baru kenal. perkenal nama gelaran semua. Hahaha 'Nama Nurul Azmina Yatau. Boleh panggil Azmina. Panjang kot :p Boleh panggil Nurul, Azs, Min, Mina, Ina (ina: gelaran ini hanya dua orang yang panggil) Kak Zakiah and kak Ila ! :) Memang first ta'aruf time tahun satu bagi kesan sehingga kini. Rasa mahu tergelak bila gelaran ini digunakan. Ayu kan ? :p
Perkenalkan diri, tempat praktikal, dan strategi 5 tahun akan datang. Hebat. Aku dah mula fikir ayat. Nak cakap guane ni ?
Hemm, rasa sedih pulak.
Satu persatu silih berganti. Riuh suasana bila ada yang menjemput ke walimah dan majlis pertunangan ! Ooh, dah berpunya ghupenye semua nii. SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahu Akbar. :) Itu yang aku mampu ucapkan. Tahniah sahabat semua ! Walimah tahun ini kot, 2014 ! aku tumpang gembira. Nak dijadikan cerita, bertubi-tubi soalan datang. Dengan siapa kak ? orang mana ? Usim jugak ke ? Jumpa kat mana ? Bila langsung ? Fuhh, kesian kot. Tidakpa tikah, Aku doakan yang terbaik untukmu. *kenyit mata*
Moga dipermudahkan !
Suasana riuh lagi bila ada yang mahu sambung ke UK. Bukan UK Malaysia tau. Uk betul. Tu haa, yang ada salji salji tu. Eh, ada salji meh ? Tidakpa, Insha Allah dipermudahkan. Aku doakan ! Bumi Allah ini luas, tuntutlah ilmu dimana saja. OK ?
Master dalam pendidikan awal kanak-kanak, Master Quran Sunnah, Master dalam bidang lughoh Arabiah. Hebat. Rasa kerdil berada dalam kalangan insan-insan hebat ini.
Tiba giliran aku.
Semua mata tertumpu. Antara orang terakhir dalam memberi amanat. Amanat lah sangat :p
Hemm. Minta maaflah, aku tidak punya berita gempak. Biasa-biasa saja. Mahu buat pengumuman walimah, belum tiba masanya. Masih menunggu. dengan siapa ? orang mana ? Wallahu 'Alam. :) Tidak usah risau, perkara yang Allah sudah tetapkan. Hanya perlu berusaha persiapkan diri. Allah beri sesuai dengan tahap kesediaan kita. kan ? Okeh. sudah-sudah.
Road to be a better Muslimah !
Master.
Aku masih berfikir. Sambung atau kerja atau kahwin. Bila sebut mahu sambung, ada suara-suara yang berkata. 'Tak nak kahwin dulu ke Min ? umur dah duaplohempat. Sambung master dua tahun kot'. Okeh, soalan yang dush sebijik kena muka. 'Alaah, bukannya takboleh kahwin time amik master. kan kan ? Boleh je..' Selagi ada kudrat mahu menuntut ilmu, silakan. Teruskan.' 'kalau dah sampai seru, sampai jugak tu'
Terima kasih sahabat. Aku tersenyum mendengar jawapan itu.
Sebaik manapun perancangan kita, Perancangan Allah jugaklah yang terbaik untuk kita. Senyum tak perlu kata apa-apa. Peace yoo !
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, & boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.'
Anak umi wa abi yang sudah dewasa,
Doakan aku ! :)
Moga Allah redha setiap apa yang kita rancang.
Cinta dan Redha Allah itu lebih utama.
Aku hambanya. Pendosa yang tiada henti.
--
Letak Allah dalam hati, kunci rapat-rapat.
|17012014|
No comments:
Post a Comment