8 Mar 2013

# Terima Kasih = Syukran

###----###

'Terima kasih Pak cik.' Senyuman terukir.
'sama-sama nak.' Balas si pakcik dengan senyuman manis mesra.
--
Ya. Begitulah akhlaq pelajar USIM yang ditunjukkan kepada pak cik si pemandu bas.
Rockers mana pun si gadis dengan penampilan dan gaya percakapan yang kasar, Ganas manapun wajah si jejaka, ucapan terima kasih terpacul keluar juga dari mulutnya. Sebab apa ? Ya, sebab ada rasa hormat dan rendah diri dalam diri. Itulah hasil tarbiyah di Usim bumi BerNilai.

Bukan semua insan bergelar manusia mampu mengucapkan kalimah itu. #terima kasih.
Apatah lagi mengucapkannya dengan ikhlas.

Apalah berat sangat dengan words 'thank you' itu ? Hairan apabila pergi ke universiti atau IPT yang lain, mereka kurang berterima kasih pada si pemandu. Bila aku berterima kasih pada si pemandu, dia pun tercengang. Hairan plus pelik barangkali. Whatever. itu memang untuk pakcik. *senyum
*
Tahukah kalian, bersusah payah si pemandu membawa kita ke destinsai. Apa balasan pada mereka ? Dan tahukah anda, dengan ucapan yang ringkas dan padat itu amat  memberi ransangan kepada si pemandu agar berkerja lebih keras ? Ya, semestinya tidak tahu. sebab itulah anda tidak mengucapkannya. *Pap ! Tampar pipi. Sedar wahai diri*

Perkataan yang ringkas tapi mampu melembutkan hati seorang insan bergelar pekerja. Percaya atau tidak ? Anda mampu merasakannya kerana anda juga seorang manusia dan juga seorang pekerja. Betul bukan ?

Bila anda berada di situasi si pemandu, atau lebih senang, kita ambil contoh terdekat. Kita sebagai abang atau kakak. sahabat atau teman. Apa perasaan anda apabila usaha kita yang tidak tidur siang malam, makan tidak terurus, tidak diakhiri dengan ungkapan terima kasih ??
Err.. Tidaklah bermaksud kita mengharapkan kalimah itu terpacul dari mulut mereka-mereka. Tapi, sekurang-kurangnya Ucapkanlah. Even semua orang tahu usaha kita itu hanya sebesar zarah. Tapi, ingat. menghargai dengan cara mengucapkan kalimah: syukran/ terima kasih/ thank you/ arigato mampu menambah berat pada timbangan mizan sebelah kanan kita. Percaya atau tidak. Terpulang. Allah sudah janji. Maka ???

---
Fhew ~ Letih menaip. Rasa belum cukup sampai maksud sebenar. Topik ini sangat besar. *bagi diri ini*
Dalam apa keadaan sekalipun. Ucapkanlah. Alhamdulillah. Terima kasih. :)
 Menulis untuk peringatan bersama.

Teringat kata-kata seorang murabbi saya.
Medan dakwah bukan hanya dengan memegang mikrofon. atau Berdakwah dihadapan khalayak ramai. tapi 'ini' juga salah satunya.
Ya, 'ini' cara saya - Blogger.

Dakwah sempoi. Moga ada insan yang tercelik. Moga-moga.
Redha Allah kita kejar bersama. Yukk ! ^^



--
Menulis  dari hati ke  papan kekunci.
Anak ummi abi
study di usim.  sem 6.0
P/s:  Masih kearah mentarbiyah diri agar lebih dekat padaNya. InshaAllah.

4 Mar 2013

#Langkah baru ?

Assalamualaykum. :)
Oh, sungguh lama tidak mencoret sesuatu diteratak ini.
--
Tahun baru - umur baru - azzam baru - semester baru - wajah baru. Erk ? =.='

Semuanya sudah beralih. tapi wajah still sama. :)
Matured barangkali. heh ! :D
--
Berbulan-bulan lamanya meninggalkan belog kesayangan. Tangan sudah mengklik Create new post.
Tapi, entah. Sama ada Malas. Atau tidak punya masa yang lapang ? Ah, Biarkan.
--
sebelum itu. diingatkan ' Ini Entry semester baru. Semester ke enam.' 
bukan entry tahun baru. *muka serius*

E.N.A.M - satu angka yang cukup besar.
Tidak sangka langkahan kaki sudah sampai ke level ini. Sekarang kami sudah menjadi super duper senior di bumi Usim kampus Nilai. Ngeeh ! *senyum lebar*
Eceh, macamlah boleh kongker satu usim. Haha !
--
Esok, sudah masuk minggu ke 3 dalam semester ini. Esaimen pun berlambak-lambak. Fhew ~ Penat berlari mengejar waktu submit dan taqdiim. *tapi, masih ada waktu mahu menconteng disini :p* Alah, bukan selalu. kan ? *senyum sopan*
Macam-macam berlaku diawal sem ni. Hm, barangkali saya saja yg merasakannya. #maybe -Masih berusaha berhusnu dzon. Moga ada pencerahan semua itu. Full stop.

Rumah baru. Roomate baru.
Semester ni pindah rumah lagi. Dapat blok A pula. tingkat 2. Alhamdulillah, tidaklah tinggi sangat. Boleh saja naik tangga. tidak perlu tunggu lift. :) Tapi malu juga berlari-lari turun tangga. Bukan apa, nak bagi tunjuk kat pakcik bas, masih ada orang yang belum naik bas. Hahah Natijahnya, Berhasil. Tahniah ! *ketawa riang*
sampai bas. senyum sorang-sorang. Hihi :p Boleh tidak itu dinamakan perjuangan ? Ups ! Boleh jaah ^__^

 Nur Azlina a.k.a Kak Na. (saya Nurul Azmina, lebih kurang saja nama kami kan :) )
Roomate baru saya. Cantik. Manis. Ayu. Senyum sokmo. Umur dia 3 tahun tua dari saya. Tapi still nampak awal dua puluhan. :) Kos Fakulti Kepimpinan & Pengurusan. (FKP). Hem, kami selalu tidak sama timing pergi kuliah. kadang saya awal. kadang kak Na awal. Tapi kami tetap boleh ketawa bersama. Hee
Dulu seroomate dengan kak Ana. semuanya Na Na. Sukaa ! :) sebab saya pun dipanggil Na. Tapi bukan semua sahabat guna panggilan tu. sebahagian kecik saja. Never mind, saya tetap suka, Lembut apa nama tu. kan kan ? >.<''
--
Sahabat-sahabat kelas. Masih sama seperti sem sem lepas. Semakin bahagia bersama mereka. :)
Masing-masing punya bakat tersendiri. Mahir membentang, Buat esaimen laju saja tangan menaip. Cari bahan, zupp ! sudah ada depan mata. Edit-edit video & gambar, serah saja pada mereka. semua berkemahiran. Sedangkan saya ? Erm, entah. Menulis blog tahu kot. uhuk uhuk *semua orang pandai menaip. =.=''* Whatever, yang penting pandai ambik peluang. Edit gambo bulih jah. Tapi tidak se pro mereka mereka. Biasa-biasa saja bah saya nih. ehek ehek :p

Kalau bab bahasa english, boleh lah sikit-sikit. Arab ? Boleh lah sikit-sikit. Hehe Sama ja jawapan tuh. :) Yalah, bukan semua benda kita hebat. Saya lebih minat kira-kira & Photograpy. Bentang-bentang ni, sorry stawberi. Tidak minat sangat. Lebih suka kerja yang tidak memerlukan cakap banyak. Ya, itu saya.

Tapi dalam berdakwah kena cakap banyak plus berfakta and berdalil kan ? So, itu macamana azmina ?
Oh, itu masih dalam proses pengasahan bakat berucap a.k.a pengucapan awam.
Seriusly, Akan gagap and berhambur kata-kata. Terkeluar bah sabah nya. Ngeeh ! tidakpa, yang penting, mereka faham apa yang ingin disampaikan.

Bercakap bila ada point. Ya, bagi saya itu lagi sempurna. Lebih berkeyakinan. Hwaiting !! :)
Dan tidak suka bercakap kalau dipaksa. Hewhew teruk kan ? Sila jangan tiru sikap ini. Ego memanjang.
--
Azzam baru. *tulis dalam kertas kajang. Full !*
Apapun, moga semester ini lebih baik dan penuh ibrah. Tembak doa buat diri sendiri. dan seluruh umat islam. Semestinya.

cantik kan usim :) 



P/s: Sem ini ada azzam yang mesti digapai. Kongsi. Share. Retweet. Hee Coming soon.
 --
Menulis tatkala rasa ingin menulis,
Dari hati ke papan kekunci,
@azs_miina- anak ummi abi ke 5,
Usim, kampus Nilai

27 Nov 2012

Keep it.#1

Assalamualaykum.
Salam Perjuangan, Salam Keteguhan Iman.

Lama rasanya blog ini ditinggalkan. Berhabuk dah. uhuk-uhuk. erk, masalahnya boleh berhabuk ? kuh-kuh-kuh

Akhir-akhir sem ni, kemalasan menyerang. Fuuh ! pergi jauh-jauh. Jadi Rajin sikit cik azmina ! Mohon semangat ok !
--
Semua dah sampai kemuncak.

Assignment. Taqdiim. Test.
Moga taqdiim Hadis hukum + Tafseer 2 dipermudahkan.

Another two presentation. Fhew..
ketaqq kot. You must speaking in arabic. English ? Malay ? Shuaiiyah2. :O
--
Hemm. dua tiga menjak ni, agak boring dengan mereka
#Facebook
#Twitter
#tumblr

Geng-geng peragut masa. =.='
tapi.. tapi.. tau masa dicuri, knp still jadi pengguna laman sosial yg SETIA. apakah ?? dush#!
Sila Mujahadah nafsi. HIYAKK !
--
Another 2 weeks. I'm gonna fly to sabah bawah bayu. wee ~! ^__^
sabaq naa.. bagi satle semua benda dulu.
Hamboiih. # senyum # *kemain lagii bila ckp pasal balik. hee lumrah.*
--
Btw,
Banyak input atau output ? Erk, tetiba pulak. -_-'
Input banyak tapi, masih gusar untuk guna methode apa supaya dapat menghasilkan output yang Oseemm.
Searching. *???*
I'm still learning.
sigh. *_*
--
Apapun, nawaitu kena umphh.
Kena yakin. Kena Usaha.
Doa tanpa usaha. Sia-sia.
--
Ingat Allah. Patuhi Dia. Follow the Rules.
He will Help you. Everything. Yes, Everything. *smile*

Memang.
memang kadang-kadang rasa Down yang teramat.
Tapi bilamana kita serahkan padaNya bulat-bulat.
Fikir yang baik-baik tentang aturan Dia.
Minta yang molek-molek dari Dia.
Sungguh, Percayalah.
Semuanya akan baik, molek malah comel-comel belaka. :) kan kan ?
--
Rekod kemas dalam hati.
Aku mahu jadi muslimah/ anak/ isteri solehah pada mak ayah dan suami.
yang berjiwa besar.
yang pegang teguh pada ayat-ayat cinta dariNya.
yang sentiasa tetap pendirian. Tetap sebab aku ada Dia sebagai Peneman.
--
Aku bukanlah seorang yang puitis. bukan juga penulis hebat.
Tapi, aku tahu, melalui penulisan mampu mendamaikan hati ini.
Mampu meluahkan apa rasa dalam hati.
Mampu mengubah aku, dan mungkin juga orang lain.
tapi, aku kena berubah dulu. Step by step.
Moga Aura mudah tersebar hanya melalui ayat by ayat.
--
Senyum sesorang.
--
Lama rasa tidak menconteng blog ini.
Aku melakar apa yang dalam qalb.
Dulu aku lain, sekarang aku lain.
Dulu sangat jahil. Kadang rasa sungguh tidak layak untuk melangkah.
Dulu hanya mengejar sesuatu yang tidak pasti. Terlalu berharap. Tanpa fikir Dia.
**
Tapi sekarang.
Aku kuat. kuat dengan hadirnya Ujian dariNya. Anda juga begitu kan ? Hopely.
Aku kuat sebab, ada keluarga yang sentiasa disisi. Pemberi semangat kala jatuh tersungkur.
Aku kuat sebab, Dia datangkan aku dengan sahabat-sahabat yang Ohsem ! *bulatan gembira*

Aku bangun. Sedar tentang hakikat hidup.
Dia rancang sesuatu yang Indah untuk Nurul Azmina Anak Encik Azman dan Puan Noorazya.
*Mata berkaca*
sangat merindui mereka.
--
Bicara kata, bicara hati. bicara sanubari.
Lambang apa terbuku dalam hati.
Syukur masih dikurniakan perasaan ini.
Yukk ! Muhasabah diri.
Moga Allah redha dengan tingkah kita. Daiman.

Bersama mengejar redha Dia.

Alwayys well.

--
Keep Going
Writing from Sanubari
Anakummiabi yang masih mentah
Usim, Nilai
2012

3 Nov 2012

Menulis, Menconteng #1

Assalamualaykum.

Bismillah wa Alhamdulillah. :)

Salam Peringatan & Muhasabah buat diri dan Awak.
Yes. Awak ! Awak, yang tengah: reading. #Silent Reader ! Erk. wujud ke silent reader ? -.-'
*what ever*
Ada atau tiada. Tidak penting. :) kan. kan. *sengih sesorang.*
--
Menulis hanya sekadar Peringatan.
Siapa sangka, ada hati yang Terr.didik. #tarbiyah Hiks !
Mudah- mudahanlah ya.
--
Dalam mencari Arah,
Arah yang menentukan Next Step,
Sering Kali.
Hati Keluh Kesah dengan tanda tanya.
Hati bermain dengan Nafsu yang penuh Onar.
Hati Memberontak sesuka dia.
Hati bertindak melulu tanpa kewarasan.
Dan,
Bukan kadang- kadang, Everyday.
Hati ini Gerun. Gentar. Debar.
Bilamana, langkahan dicoret sedikit
Peringatan tentang Sakaratul Maut.
YA. Sakaratul Maut.
Membuatkan langkahan semakin longlai.
=.=' Bersediakah aku ?
--
Wahai Bakal Jenazah,
Peringatan itu berkali-kali.
Moga tidak Alpa dan hanyut dibuai mimpi.
Muhasabah diri, OK !

Memang terkadang bosan.
Tapi ingat, setiap yang datang dalam apa bentuk material sekalipun,
kullu min hiya.
MinAllah. Ada sesuatu untuk kita. Percayalah.
Whos know ? Him ! Allah Knows Better ! :)
--
Bersyukurlah bilamana ada insan yang mengingati.
you are the choosen One. :)

SO,
Hati kena Redha.
Doa dilembutkan Hati. Jangan keras semacam. kalau boleh, Amalkan doa ini.

' Ya Allah, Lembutkan Hatiku sebagaimana Engkau Lembutkan Besi Nabi Daud '

InshaAllah. Hati akan lembut plus Tenang.
Setenang Air dilautan. Tidak berombak kecuali dikocak.
Hati lembut, melahirkan jiwa yang tenang. :)
--
Moga Allah Sayang !
Teguhkan Pendirian. Pasakkan Keazaman setinggi langit 
demi Meraih Cinta-NYA. via #Husnul Khotimah. :)

--
Menulis Dari Hati Ke Papan Kekunci
Juga Bakal Jenazah !
Moga Ada sesuatu untuk kita.

KKDJ, Usim Nilai.
Sabtu, 3 Nov 2012

15 Oct 2012

Ukhuwwah Itu. #1

Assalamualaykum :)

Kadang Luahan Itu Perlu.
Allah lah Tempat Mengadu.
Bila Rindu Bertandang.
Dia pendengar Setia.


# # #
Takdir Kadang- kadang mempertemukan kepada kita sesuatu yang tidak diundang,
Menduga kita dalam bermacam Ragam,
Memberi apa yang Tidak dirancang,
Membuatkan kita Mengalirkan Air mata Kesedihan,
--
DAN
Takdir juga Membuat kita Rasa Kehilangan,
Namun takdir Memberi kita Erti Ukhuwwah,
Menyulam Erti Kasih Sayang,
Mengenali Erti Sebuah Persahabatan,
Merasai Erti Kegembiraan,
Menyelami Erti Sebuah Ketabahan,
Berkongsi Sebuah Keakraban, dan
Memberi Ruang dan Peluang untuk kita Menilai Siapa Sahabat, Kawan dan Siapa sekadar Kenalan,
dalam Mengisi Ruang Babak Kehidupan.

Moga Allah Redha Ukhwwah kita. Daiman Abadan Abada'..

#Jazakallahu Khairan Kathir Atas Ukhwah ini <3 #

---
P/s: Rindu Geng Jilbab. Jiddan! =.=' Profesional Islamic Training 2012. PROFIT'12

Kolej Kediaman Desa Jati- 15oktober2012- 11.15pm
Rindu itu satu Anugerah.


CopyRight by azs_miina