25 Aug 2012

Andai itu Takdirku.

Sunyi sepi.
3.25 a.m

Assalamualaikum. Salam dingin pagi. :)
Dua tiga hari ini, asyik berbicara tentang jodoh. Aisshh.. apa kes family sy ni.
=.='' mentang2 kak ija dah nikah. adakah disebabkan after this is my TURN? hihih #gelak sopan.
--
Pantang dengar sy sebut nama lelaki. 'haa ayun, siapa tuh?' pastu gelak pula. hadhoiii... depan umi pula tuh. Ada saja respond drastik.
--
Tapi, apa sy dapat simpulkan disini.
'SAYA DAH DEWASA.'
Tidak boleh ambil mudah perkara ini.
--
kadang2 terfikir juga. boleh tidak sy dapat seorang imam yg mampu membimbing sy hingga ke syurga.
Gerun. Cuak. Takut. Debar.
semua perasaan ada. syukur ada perasaan ni. kalau buat dek' ja, hm. xnormal la tuh. hehe
--
'Jangan risau ayun, Allah tidak bagi kita insan yang istimewa sehingga betul2 tiba waktunya.' - kak ngah.
*em, betul juga. even ada wanita yang kahwin awal. kerja pun tak dapat lagi, tapi yg untungnya dia dapat meluangkan masa bersama anak2nya lebih. berbanding yg dah dapat kerja. kuantiti masa untuk bersama anak2 konfem kurang. tp, yg penting kualiti bersama mesti bermutu tinggi.hehe means that, dah sesuai la tuh kawin muda. :)
--
'Nak dapat yang soleh, baik, kena jadi yg solehah + baik terlebih dahulu.' - abg ngah.
yes. ini sy setuju. even dah banyak kali dengar ayat ni, tapi kalau keluar sendiri dari mulut keluarga, akan lebih  terkesan di hati.
--
YA. inshaALLAH sy sedang ke arah itu. mohon doa dari sahabat2 semua. :)
Mujur masih ada yang sudi bagi peringatan buat diri ini.
--
satu hari..
'Cikgu, anak cikgu yg pakai baju hijau tadi tu sudah ada boyfriend ka?'
#seriously. i dont like the word, Boyfriend.
'sy pun tidak pasti pula tu cikgu' umi menjawab. fheuww..
besar mata sy mendengar. papun, thanks umi. hee
Allah saja tahu perasaan sy. kecoh satu rumah bila umi cerita. haha lawak pun ada.cerita selanjutnya. dot.dot.dot.. Ehem.
 #maluu sebenarnya. -_- hihih
--
kita boleh berkawan dengan sesiapa saja. lelaki atau perempuan. tapi, dalam perkenalan pun ada batasnya.
kena jaga perasaan kita. kawal. jangan sampai diri sendiri tersiksa.bagi sy, lebih baik berkawan, tanpa ada hubungan istimewa. tidak perlu ada cemburu2. marah2. jd,tak kisahla, kalau dia jodoh kita, moga itulah perancangan yg terbaik yg Allah beri. #tp jgn salah tafsir, bukan bermaksud sy galakkan kita berkawan berlainan jantina ok.

tapi, perancangan Allah kan the Best. so, why we need to worry?kan2? hee
--
tanpa relationship speacial, tidak perlu risau akan kecewa. betul tidak. Redha seadanya. dalam masa yang sama, no need to mengharap setinggi langit. no need to cinta habis2an. After nikah, yes. cinta 360 darjah pun tak kisah. hee yg penting jaga HATI. jaga AMAL, jaga BICARA.
--
Perjalanan hidup masih jauh. masih banyak perkara yang perlu kita tempuhi, hadapi, harungi. Semua itu memerlukan pengorbanan. pengorbanan yang menentukan kejayaan.
Jadi, apabila kita berbicara soal cinta. Cintalah setulusnya. bukan atas dasar simpati. bukan kerana kenangan silam. bukan sebab pengorbanan. tapi cintalah kerana ALLAH.

And the best way is: Love after Nikah is more Full of Barakah! :)

Allah pemberi rasa cinta.
Dia hanya memberi rasa cinta yg unggul pada mereka2 yang mengharapkan CintaNYA terlebih dahulu.
Cinta ALLAH diutamakan.
Mencintai keranaNYA, inshaAllah sentiasa dalam redha ilahi.
--
hemm, Ayun cakap soal cinta?? well..
setiap orang ada pandangannya yg tersendiri. apa yg penting, Hubungan dengan Allah kena jaga.
--
SO, muslimah2 diluar sana. jangan risau jika masih belum berpunya. Andai ini takdir kita, Moga Ada sesuatu yang manis Allah mahu kirimkan. kalau bukan sekarang, inshaAllah, suatu hari nanti.

Doa. doa. dan terus berdoa. :)
keep du'a okeyy!
Azs_Mina.net


23 Aug 2012

Satu Debaran.Tragedi Raya

4.07 am.
Bismillah-Assalamualaikum.
kejap lagi subuh. tetiba rasa nak update blog.
--
satu debaran. Raya ke3. first time rasa jantung betul2 nak tercabut. why?
nak dijadikan cerita, ketika sibuk membuat persediaan akhir untuk majlis walimah kakak, tiba2..
--
Aaaaaaaaa! aaaaaaa! tolong! tolong! tolong! satu suara yang kuat, lantang, nyaring.
terdengar suara Achik doren dari luar rumah.
saya yg sedang memotong daun sadri, mak long tengah tumbuk ikan bilis, Achik Ilin masak nasi, ummi goreng sayur, fatin my kazen basuh pinggan, Abi sedang bertelefon, dhila n caca isi kuih dalam bekas, semua terlopong..
--
kami yg berada didapur menanti caca membuka mulut,kebetulan dia berada didepan pintu. tapi apa yg terlafaz cuma...'achik..achik..pak longg..' dengan muka yang terkejut + gugup sementara pula kazen ku ni.
saya lantas bangun, entah, berapa benda saya langkah.hati dah rasa tak sedap.
--
mula2 jelas kedengaran Achik teriak 'mak..mak..mak.!'
terfikir, kenapa dengan nenek?? berderau darah. huhu
Bila tengok achik tunjuk ke arah parit besar depan rumah nenek.
--
YA ALLAH!! istighfar panjang saya. rasa darah naik hingga ke kepala. BUNTU. tak tahu nak buat apa.
AVANZA- milik pak long, terjunam masuk ke dalam parit!! saya antara orang yg terawal pergi. konon2 nak selamatkan pak long n his daughter, Atiqah@tiqo. Tapi, geram bila pintu tak dapat buka. Argghhh! takut2 kereta ni meletup je. -_-
--
Hanya satu bermain di minda. Ya Allah, selamatkanlah mereka. Mohon dijauhi dari malapetaka. Biarlah kereta ni rosak, asal mereka selamat.
--
 hampir 3 minit kami mencari inisiatif. sedar tak sedar, jalan raya dah penuh dengan kereta org ramai yg dtg membantu. syukur masih ada yang prihatin.

bonet kereta boleh dibuka, tapi memandangkan kereta penuh dengan barang, paklong n tiqo gagal tuk keluar.
Pintu sebelah pemandu, mujur menghala keatas, n mak long ada kunci spare. saya cuba buka, tp kekuatan seorang perempuan tak mampu utk meneruskannya. Abi ambil alih. Alhamdulillah. berjaya buka. semua lega, bersyukur padaNYA.
--
Tiada kecederaan, Tiada kelukaan, Tiada Kecalaran, Tiada kegurisan. Tiada pendarahan. Cuma Emosi Kazen sedikit terganggu. TRAUMA. terbayang juga difikiran, keadaan macam dalam berita. berdarah2. tersepit kaki lah, tanganlah. tapi, Allah masih sayang mereka. terselamat. itulah yanag dinamakan, Karamah :)

Detik itulah, detik yang paling mencemaskan dalam hidup. Jantung berdegup kencang, perut kecut, bibir pucat,lulut gegar, tangan tak boleh nak genggam, rasa kalau pegang gelas, jatuh kot. ummi dah nangis, mak long masih nampak cool, tapi bibir xboleh menipu. PUCAT. Putih xberdarah. Takut2 beraya dihospital. huhu Mujur kedua2nya selamat. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

can u see the car? huhuh kalu fikir logik, org kat dalam selamt x ye? huu sebahagian penduduk kg n insan2 prihatin yg datang. kitorang dah masuk rumah time ni. hee  menenangkan kazen yg menangiss. rilex tiko..:) jadikan ini salah satu pengalamn yg berharga dalam hidup ok!
Avanza paklong.meroon

--
RAYA KE-3:
dua moment yang sungguh memberi impak pada my big2 family.
Hari pernikahan my sist. (21 ogos 2012)
Tragedi raya ke-3. (3 syawal 1433 h)
Tetap dalm ingatan. Hari ini dalam sejarah kot. sempat terlintas dalam benak fikiran: janganlah hari ini jadi hari yg bersejarah buat kak ija. Nak nikah, tapi ada family masuk hospital. Alhamdulillah, its not happend to us.:)
--
Allah bagi peringatan kepada hamba2nya dalam pelbagai bentuk cara & jenis. kesenangan, kesengsaraan, kemiskinan, kekayaan. mudah2an dengan peringatan atau ujian yang Allah berikan kita mampu menjadi muslim yang lebih dekat padaNya. menjadi insan yang lebih peka. lebih berfikiran terbuka, lebih berhati2, lebih merendah diri, lebih bersyukur pada kurniaanNya. Allhu Rabb~
--
Moral of the story.
Ajal maut Jodoh pertemuan, Allah dah atur, siap tulis kat luh mahfuz lagi.so, no need to worry, OK. :)

P/S: #setiap kali nak masuk simpang, kena rendahkan gear dulu. and, no need to injak padel minyak. 
       #self reminder too. :)
ALLAH KNOWS BEST! Give it all for Him :)

19 Aug 2012

Eid Mubarak!

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat. ^_^ 
salam kemaafan saya hulurkan buat semua Ahli keluarga,
umi, abi, k.long, k.ngah, k.teh, k.chik, hadi, pika, amin, zaim.
tidak dilupakan, sanak saudara, guru2 yg byk berjasa, 
teman2, sahabat2, kwn2 <--- istilah berbeza namun tetap bertakhta di hati. hee :)
 satu pinta ku
'Andai kata merangkai dusta,
Andai langkah membekas lara,
Andai suara menikan rasa,
Andai tingkah menoreh luka,
Andai teguran tak sedap dirasa,
Andai nasihat dibiar melata,
Andai pandang tersalah sangka,
Andai dosa melingkar jiwa, Apa yang dapat kukatakan...
Sekadar keampunan dipinta...
Kerana Aku Insan biasa!'

Bersederhanalah dalam kehidupan.

Moga Allah redha segala tingkah kita.

Selamat hari raya!!!
1433 hijrah. :)

18 Aug 2012

Ramadhan:muhasabah diri

Assalamualaikum.

#rasa hati#

29 ramadhan 1433 H.

Rasa terlalu pantas masa mengorak langkah kan. pejam celik pejam celik, kita sudah berada di penghujung ramadhan. What is your feeling?
Gembira? ya, bagi pemuda pemudi yang ingin pulang ke kampung dari perantauan.

Sedih? mungkin ya, bagi insan2 yang menghayati bulan ramadhan, bulan ALLAH. 
Dan mungkin tidak, bagi mereka2 yang hanya sekadar puasa menahan lapar dahaga. malah lebih happy bila ramadhan melabuhkan tirai. sebab raya dah nak dekat. nak raya tapi puasa ala kadar. *moga dijauhkan.

Iman kita berada di tahap mana? Gembira atau Sedih?? atau ada perasaan lain yang wujud dalam sanubari?
whatever. its yours.

bagi saya ramadhan tahun ini amat berbeza dari ramadhan2 yang lalu.
ENTAH mengapa. 
Rasa ada sesuatu yang saya tidak akan temui lagi pada tahun hadapan.
Nau'zubillah min zalik.

InshaAllah.
it will not happend.
Moga DAPAT bertemu lagi ramadhan 1434 H.



Jom kita check amalan kita sepanjang bulan ramadhan. Moga Allah Redha. Dan kita dapat peroleh ganjaran daripadanya. InshaAllah.

Bermula 1 hingga 29 ramadhan 1433 H.
Niat puasa.*jangan dah masuk 29 ramadhan baru nak niat. hehe

Puasa. menahan diri dari mkn minum, jaga mata, hati, lisan, syahwat.

Solat 5 waktu. subuh, zohor, asar, maghrib, isya'.

Solat2 sunat. rawatib, dhuha.

Solat terawih. buat 11 rakaat atau 23 rakaat? nak lebih pahala, bt la banyak2.hee

solat tahajjud. sepertiga malam. hanya insan2 terpilih yang mendirikannya. moga kita dalam kalangan itu. lebih2 lagi di akhir ramadhan ini. ayuh! rebut peluang, jangan sia2kan!

Sahur. bangun tak? sahur ada fadhilatnya tersendiri. nak gondol pahala, bangun. jangan malas. walau hanya seteguk air. moga ada sesuatu Allah berikan. :)

sedekah. Hari2 pergi masjid, solat terawih, moga pintu hati kita terbuka untuk bersedekah. SEDEKAH punca REZEKI kita. inshaAllah dapat ganjaran. tak kisahlah, 50 sen ka, seringgit ka, asal ikhlas. cukup. sudah mampu memberatkan mizan kita di akhirat kelak.

zakat fitrah. kepada yg dah cukup haul. jagan lupa bayar zakat. ingatkan mak ayah kita jgk ok. :)

berkata perkara yang baik2. contohnya?? perkataan baik disisi Allah, maka baiklah untuk kita tuturkan. 
beware of your words. someone is watching over you.

ringan tulang. puasa2 ni, ramai yang berat tulang, alasan sb puasa. tak logik langsung. puasa2 ni lah kita kena ubah sikap. kalau dulu malas nak jejak dapur, bulan ni rajin2 lah melangkah, kot2 ada yang memerlukan bantuan. bukan di rumah saja, di mana2 tempat pun, jadikan diri kita insan2 yang berguna disisi masyarakat. insan yang boleh diharap. terutamanya lelaki.

RAMADHAN. 
Kalau kita nak kenal diri kita yang sebenar, kaji diri pada bulan ini. 
sebab kita hanya bersendirian ditemani Nafsu.
segala tindakan kita, adalah sikap sebenar kita.
pemarah? pemalas? mulut jahat? rajin? 
itu semua terserah pada diri masing2. macamna kita nak handle.
betul tidak? 

kadang2 disebabkan sikap kita inilah, pahala boleh berkurang.
so, jangan sia2kan pahala berlipat kali ganda yang Allah berikan, hanya dengan satu sikap kita yang negatif. moga kita dapat berhijrah sikap dari tampuk lama ke tahap yang lebih umphh~ thumbs up!

sekadar perkongsian.

fasa 1: penghapusan dosa
fasa 2: maghfirah.
fasa 3: pelepasan dari api neraka.

29 ramadhan 1433 H. Moga Allah Redha.









4 Aug 2012

Perasaan itu...

ASSALAMUALAIKUM...

setelah sekian lama, sy conteng juga blog ini.. hm, rasa berat hati nak berbicara. tapi, luahan itu penting, tidak kisahlah menggunakan element apa sekalipun. yg penting hati tenang,

'ingatlah hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi TENANG..'

beberapa hari lepas, keputusan peperiksaan telah diumumkan bagi student USIM, nilai.
Alhamdulillah, dengan usaha sem lepas, pointer ada peningkatan.tapi, entah kenapa hati ini, tidak mencapai satu kepuasan yang betul2 umph di sanubari. bukan bermakna saya tidak bersyukur dengan kurniaan Allah OK. cuma ada sedikit kekesalan yg saya humban dalam diri ini.

tengok blog sahabat2 seperjuangan di USIM, semua berbicara tentang result yg diperolehi.
MEMANG cemerlang! siap ada yg letak keputusan kat dlm blog. TAHNIAH2! saya tumpang gembira.

terlintas di benak fikiran, 'kenapa ya saya tidak mampu mendapat keputusan secemerlang itu?' :( usaha, sdh usaha, hafal, sdh menghafal sblm exam.. tapi, keputusan tetap ditampuk lama. :( SEDIH memang SEDIH.

teringat kata2 seorang sahabat yang yg sentiasa di sisi,
' kadang2 Allah tidak beri kita kejayaan pada masa sekarang, tapi Dia nak uji kita terlebih dahulu sama ada mampu tidak kita menanganinya, kita REDHA, putus asa atau bagaimana?'

hm, betul juga.

tapi, kan Allah hanya bagi sesuatu kejayaan sesuai dengan usaha yg kita lakukan.
mungkin usaha saya belum cukup untuk mencapai tahap kejayaan yang saya harapkan.
ayun, jangan buruk sangka dengan ALLAH!

Itu tandanya Allah sayang kita, dia kurniakan perasaan ini untuk kita lebih dekat padaNYA.

dan lebih berusaha keras untuk berjaya! ayun boleh!

'Muhasabah diri itu penting'
CopyRight by azs_miina