2 Apr 2012

satu anugerah :)

ASSALAMUALAIKUM...

baru sahaja balik dari masjid jamek td..hm, terubat rindu jumpa kak ija..huhu lama jgk kami keluar. lamalah sangat..janji jam 10, tunda, jam 3, last2 jam 5 setengah juga dia sampai. janji melayu betul kan? hah tapi, bukan sengaja pun..kak ija ada hal kat UM. dia jadi volunteer utk insan2 istimewa. pekak n bisu. eh, betul kah? hehe papun, sy gembira mendengarnya~

hari ni juga banyak peristiwa yang berlaku.

pernah dengar nda berita 2 orang murid darjah 1 n 2 jatuh longkang time dkt sekolah?berita ni x silap time ramadhan tahun lalu. lama sudah..tp, sy baru tahu..huhu (mmg xikut perkembangan berit terkini)
ceritanya, kitorang satu train dgn mak, kakak n adik kpd mangsa dua beradik tu.tahu pun after ta'aruf. kesian kan. Allah bagi pinjam sementara saja anak2 makcik ni. dan nak di buat cerita, nak tahu x, makcik tu semata2 mau bagi anak(adik kpd mangsa) dia rasa naik train, sanggup bawa pulang balik dari seremban ke ipoh. bunyi mcm mustahil kan? jauh kot ipoh tu. maybe, saya yg salah dengar..hihi

pointnya, tengok betapa sayangnya makcik ni pada satu2nya anak kecil yang dimilki sekarang. daripada 8 org anak kpd 6...sedihnya~ saya doakan agar makcik sekeluarga bahagia wpun tanpa kehadiran 2 cahaya mata yang lebih di sayangi oleh ALLAH. ^_^

semoga bertemu di SANA------> jannah!

No comments:

CopyRight by azs_miina