12 Jul 2012

Penantian

Assalmualaikum..
 lama rasanya tidak menulis apa2 di blog ini. bukan tiada masa. malas mau mengeluarkan idea2 dalam minda. kadang2 fikir juga, buat apa mau tulis. biarlah simpan dalam kotak fikiran. biarlah diri sendiri jak yang pendam. biarlah diri sendiri jak yang alami. huhuh pelik bunyinya kan.

cuti semester kali ni, berbeza sikit dari yang lepas. sem ni, mcm tiada haluan pula. ke kb, tamparuli, kk. peningg..esok kena pegi rumah k.long pula. kena tolong k.long masak2. sb anak murid dia akan datang ke rumah. last week tidak jadi. ganti minggu ni pula. hmm..penat jgk. tapi si pemandu laagi penat kan. kesian hadi. hampir setiap hari bawa kereta. hantar amin, hantar zaim p sekolah agama...huhuh #bila lah saya mau dapat lesen ni..=,=

cuti ni cadang mau amik lesen kereta. hm, tapi tiba2 malas pulaaa..hadoii. ni lah ayun ni. dulu punya main semangat. tapi bila borang datang sudah depan mata, MALAS datang. bukan tiada duit pun. huhuh konon2 mau belajar dulu. ceh! alasan.sepatutnya ahad lepas saya kuliah di jesselton pusat memandu. tapi, di sebabkan MALAS, naaa..mmg x pegii..ummi pun bising sudah. ngeeh3~ ya lah, kalau ada lesen kan senang, boleh juga guna kereta yg tersadai depan rumah tu. huhuh 

cuti ni pun cadang mau mengajar, sudah dapat offer dari sk pekan tamparuli. tapi tengoklah kalau rajin. mau amik lesen pun malas..ni kan mengajar.. hihih hari2 tu. bukan sehari dua jak. hmm, ikut pengalaman lepas, memang sangat2 penat. kerja2 di rumah pun macam tidak terurus sudah. kesian pula ummi. :(

time ramadhan ni pula, dapat offer jadi fasi untuk kem solat sk pekan tamparuli tu. ya Allah, ingat pula dulu time f6, jadi fasi. memang mencabar. baru untuk sekolah rendah, belum sekolah menengah. tapi, ok la kem solat time sekolah rendah, kalau menengah, naa payahlah mau mengajar..

banyak juga pula aktiviti saya cuti ni.hehe tapi itu baru bulan pertama. kita tunggu for the next mont. harap tidak lah saya hanya menggemukkan diri di rumah saja..heheh

isilah masa cuti kita dengan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

#jadi baby sitter juga paling best!#

^_^


















25 May 2012

Allah sayang kita

Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, yakni Ayat suci AL-QURAN..
sama-samalah kita mencari redhaNya..aminn..


11 May 2012

Segalanya MilikMU :)

Segalanya Milik Mu

Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

jom hayati lagu ini ^_^

9 May 2012

CINTA tanpa SEBAB


***~***~***~***~CINTAtanpaSEBAB~***~***~***~***

~*~kalau kamu mencintaina kerana pandai,itu bukan cinta tapi kagum
~*~kalau kamu mencintainya kerana cantik/handsme,itu bukan cinta tapi nafsu
~*~kalau kamu mencintainya kerana takut dia sakit hati,itu bukan cinta tapi kasihan
~*~kalau kamu mencintainya kerana baik hati,itu bukan cinta tapi terpaksa
~*~namun jika kamu mencintai tanpa mengatahui sebab kamu mencintainya,maka itulah cinta sesungguhnya..

**kerana cinta dan jodoh dari Allah itu
berlaku pabila kamu berpandangan maka lahir rasa cinta dari mata turun ke hati hingga menusuk ke kalbu
lalu terus mengakhirinya dengan pernikahan**




26 Apr 2012

Terima kasih:)

Terima Kasih Sayang.


terima kasih tidak terhingga istimewa buat sahabat tersayang...:) ida @ zaheidah bt sarmin

Sayang kan mu kerana Allah. Sangat. ^^

Moga Allah jaga ukhwah kita.

CopyRight by azs_miina