"Azmina, kau bila lagi?"
Soalan killer. Lebih killer dari dapat soalan add math masa Form 4 dulu. Soalan ini tidak perlu dihurai lebih panjang lebar. kan? Buat buat faham sudah.
Uhuk uhuk. Terbatuk juga dengar soalan power ni. Lebih lebih lagi dari mak cik pak cik yang memang sayangkan anak buah dia seorang ni. Eheh. Peghasan lebih.
--
Syawal ini. Syawal paling meriah. Bukan sebab dapat duit raya. itu tiap tiap tahun dapat. Masih kanak kanak kan. :p Meriah sebab, banyak dapat kad wangi! Happy plus plus, tahu? :D
Bukan setakat kad wangi, event invitation via FB pun berlambak. Belum masuk invite by We Chat, Whats App group & Personal. Erm, boleh lah hampir 20 sahabats yang bakal ber walimah. Sahabat Jauh dekat hampir. Semuanya, Alhamdulillah. Memenuhi separuh dari agama. :) Moga jadi shortcut ke syurga.
--
Tunangan Orang. Erk. Bukan aku okeh. Sahabat Duniakhirat ini, mereka berdua. Moga bahagia dengan status baru. Zaheidah & Atiqah. Tinggal aku sorang lah nampaknya yang masih ’begini’. Sobs sobs.
Status ini mematangkan diri. Rasa berat tanggungjawab yang bakal aku pikul, mina - Atiqah si solehah.
Ayat dia ni memang klasik sikit. Eheh. Tabik Bahasa Melayu. Tapi Slank Sabah. Kami panggil dia sabah celup. Orang nogori hebat bila cakap sabah. Oh, kangen deh.
Dia Pun bakal bertukar status. Tahniah Cik Tiqah Sayang ! :D
Dia. Zaheidah. Cik Ieda si Cewek Solehah dari sandakan. Pelbagai kisah. Pelbagai solusi, Pelbagai ragam. Eheh, makin matang bah dia. :p I’m Happy for you. ^^ Doakan sahabatmu ini pulak.
Aku.
Masih berusaha mensolehahkan diri. Move forward. Perhaps so. Moga dijauhkan dari cinta yang sia sia. Cinta tiada matlamat. Ala ala cinta monyet. uhuk uhuk. Tersedak.
Takut terluka buat kali kedua. Aku beruzlah, diam menyepi dipinggir kota. Ewah, kota lah sangat. :p Menjauhi anasir anasir negetif yang bisa menggores lagi luka dihati.
Bercinta berpuluh tahun sekalipun, kamu tidak akan kenal dia, yang kamu kenal lakonan dia.- Ust. Fatimah Syarhah
--
Eheh. itu kisah zaman jahiliah. Belum tertarbiyah kan.
Aku Muslimah Hebat. ya, Hebat.
Bicara soal ini. Laju saja tangan menaip. -.-
...
Jangan kau ketuk hati ini andai belum punya kekuatan untuk menggantikan tempat Ayahandaku. Bimbing aku, persis si Ayah, Sayangi aku persis si ibu. Pimpin tangan aku ke sorga, bersama meraka !
Jangan risau, Yakin dengan janji Allah.
Barang siapa bertaqwa kepada Allah, UrusanNya akan dipermudahkan.
--
I am single.
Ini status merbahaya. :O uhuk uhuk.
Masih banyak perancangan masa depan yang belum terlaksana. kena buka langkah. Agar kau dan aku pantas menyempurnakan sebahagian dari Agama.
Nikah connecting people.
Selamat Tinggal.



