4 Aug 2012

Perasaan itu...

ASSALAMUALAIKUM...

setelah sekian lama, sy conteng juga blog ini.. hm, rasa berat hati nak berbicara. tapi, luahan itu penting, tidak kisahlah menggunakan element apa sekalipun. yg penting hati tenang,

'ingatlah hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi TENANG..'

beberapa hari lepas, keputusan peperiksaan telah diumumkan bagi student USIM, nilai.
Alhamdulillah, dengan usaha sem lepas, pointer ada peningkatan.tapi, entah kenapa hati ini, tidak mencapai satu kepuasan yang betul2 umph di sanubari. bukan bermakna saya tidak bersyukur dengan kurniaan Allah OK. cuma ada sedikit kekesalan yg saya humban dalam diri ini.

tengok blog sahabat2 seperjuangan di USIM, semua berbicara tentang result yg diperolehi.
MEMANG cemerlang! siap ada yg letak keputusan kat dlm blog. TAHNIAH2! saya tumpang gembira.

terlintas di benak fikiran, 'kenapa ya saya tidak mampu mendapat keputusan secemerlang itu?' :( usaha, sdh usaha, hafal, sdh menghafal sblm exam.. tapi, keputusan tetap ditampuk lama. :( SEDIH memang SEDIH.

teringat kata2 seorang sahabat yang yg sentiasa di sisi,
' kadang2 Allah tidak beri kita kejayaan pada masa sekarang, tapi Dia nak uji kita terlebih dahulu sama ada mampu tidak kita menanganinya, kita REDHA, putus asa atau bagaimana?'

hm, betul juga.

tapi, kan Allah hanya bagi sesuatu kejayaan sesuai dengan usaha yg kita lakukan.
mungkin usaha saya belum cukup untuk mencapai tahap kejayaan yang saya harapkan.
ayun, jangan buruk sangka dengan ALLAH!

Itu tandanya Allah sayang kita, dia kurniakan perasaan ini untuk kita lebih dekat padaNYA.

dan lebih berusaha keras untuk berjaya! ayun boleh!

'Muhasabah diri itu penting'

18 Jul 2012

sayang abang.

JOM BACA...JOMM….tangkap touching jap.
SURAT ANTARA ABANG DAN ADIK.

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

16 Jul 2012

Usim. Kami Datang.

ASSALAMUALAIKUM
#entah, mlm ni semangat update blog.#

ingat lagi entry saya ---> TAHNIAH: STPM 2011!! ^_^

ALHAMDULILLAH~ 

MY LOVELY lil brother: Hadi. berjaya melayakkan diri tempat di IPTA :) sayalah antara orang2 yang paling happy. sebab, kami bakal menuntut di univ yang sama ! Teruja ? Ya, sangat. ^^

TAPI,kami dalam kos yang berlainan. Oh, tidak kisah pun..yg penting masuk univ! :)
Dia dalam kos di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, kos KAUNSELING. Even pilihan ke- 8 dalam senarai upu, Alhamdulillah Allah pilih dia. Tahniah di :)
I am proud to be your sista.

'IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN'

^_^ Alhamdulillah ^_^

Allah itu maha adil, dia tetap bagi kita rezeki setimpal dengan usaha kita. Even xdapat apa kita mahu, its ok apa..perancangan Allah itu lebih BAIK dan TERRBAIKK~

SO, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kuriakan kepada kita.
He Knows Better. kan ?

Love u :)

15 Jul 2012

Pusat Memandu Jesselton

ASSALAMUALAIKUM :)

Setelah bertahun-tahun tunggu saat ini, akhirnya 15 Julai 2012, saya menghadirkan diri ke kelas KPP 1. kelas Kemahiran pembelajara pemandu. ^__^ 

 proses pengambilan lesen memandu saya bermulaaa..:) hai, senangnya dalam hati. hihi syukur sangat sebab salah seorang guru pelatih yang bekerja di PMJ tu, tinggal sekampung dgn saya. named, uncle Gihol :) thank you uncle! jadi, saya tidak perlulah pergi sendiri ke PMJ tu..setiap kali latihan, uncle akan amik saya di rumah :) ehh, bukan saya sorang saja ok. ada dua orang lagi yg seangkatan dengan saya. mel dan jo'en. :)

tidak sabar pulak mau habissss~ bukannya lama pun. kalu boleh mau hbs kan tym cuti ni jugak.. ;) tapi, tgkla kalau sempat. kalau tidak, sambung january nanti..huhuh tak mau! tak mau! mau habis juga! khamis ni, ujian komputer. hm, wish me luck ya! ('',)

PROSES UNTUK DAPAT LESEN P! #senang jak..hehe#

- mesti hadir kuliah KPP 1 (5 JAM) #ni untuk dapat green light amik test komputer#

#YANG PALING UTAMA#
1- LULUS Ujian Komputer. (markah lulus 42/50) #huh, ada berani?? hee~ risau pulak =,=
2- WAJIB hadir bengkel (6 JAM) 3 jam ceramah, 3 jam practicle.
*lepas habis bengkel, barulah keluar lesen L!* dan, barulah boleh diproses untuk....
3- Latihan Amali (8 JAM) #kalau boleh, saya mau setiap hujung minggu#
4- QTI- pra ujian (2 JAM)
5- JPJ TEST! <------ AFTER this, jeng3...LESEN P akan menyusul :))

#see, senang kan? moga dipermudahkan~# ^__^

harap, kepada kawan2 yang juga sedang ambil lesen memandu, buat yang terbaik ok. :) harap jangan ada yg failed ujian komputer nanti. hehe wish me luck ya!!! ^__^






*SYUKRAN A'LA KULLI HAAL ILA: UMMI CYG & K.TEH + ABG TEH*

#SPONSER terBESARR#




12 Jul 2012

Penantian

Assalmualaikum..
 lama rasanya tidak menulis apa2 di blog ini. bukan tiada masa. malas mau mengeluarkan idea2 dalam minda. kadang2 fikir juga, buat apa mau tulis. biarlah simpan dalam kotak fikiran. biarlah diri sendiri jak yang pendam. biarlah diri sendiri jak yang alami. huhuh pelik bunyinya kan.

cuti semester kali ni, berbeza sikit dari yang lepas. sem ni, mcm tiada haluan pula. ke kb, tamparuli, kk. peningg..esok kena pegi rumah k.long pula. kena tolong k.long masak2. sb anak murid dia akan datang ke rumah. last week tidak jadi. ganti minggu ni pula. hmm..penat jgk. tapi si pemandu laagi penat kan. kesian hadi. hampir setiap hari bawa kereta. hantar amin, hantar zaim p sekolah agama...huhuh #bila lah saya mau dapat lesen ni..=,=

cuti ni cadang mau amik lesen kereta. hm, tapi tiba2 malas pulaaa..hadoii. ni lah ayun ni. dulu punya main semangat. tapi bila borang datang sudah depan mata, MALAS datang. bukan tiada duit pun. huhuh konon2 mau belajar dulu. ceh! alasan.sepatutnya ahad lepas saya kuliah di jesselton pusat memandu. tapi, di sebabkan MALAS, naaa..mmg x pegii..ummi pun bising sudah. ngeeh3~ ya lah, kalau ada lesen kan senang, boleh juga guna kereta yg tersadai depan rumah tu. huhuh 

cuti ni pun cadang mau mengajar, sudah dapat offer dari sk pekan tamparuli. tapi tengoklah kalau rajin. mau amik lesen pun malas..ni kan mengajar.. hihih hari2 tu. bukan sehari dua jak. hmm, ikut pengalaman lepas, memang sangat2 penat. kerja2 di rumah pun macam tidak terurus sudah. kesian pula ummi. :(

time ramadhan ni pula, dapat offer jadi fasi untuk kem solat sk pekan tamparuli tu. ya Allah, ingat pula dulu time f6, jadi fasi. memang mencabar. baru untuk sekolah rendah, belum sekolah menengah. tapi, ok la kem solat time sekolah rendah, kalau menengah, naa payahlah mau mengajar..

banyak juga pula aktiviti saya cuti ni.hehe tapi itu baru bulan pertama. kita tunggu for the next mont. harap tidak lah saya hanya menggemukkan diri di rumah saja..heheh

isilah masa cuti kita dengan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

#jadi baby sitter juga paling best!#

^_^


















CopyRight by azs_miina