12 Nov 2011

::ad-dua'::

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah, ya Rahman ya Rahim, pemilik sekalian alam.
pemilik yang berada di langit dan di bumi, 
yang menentukan siang dan malam,
yang menciptakan segalanya,
yang mengetahui yang haq dan yang batil,

hanya kepadaMU aku memohon ampun,
hanya kepadaMU aku merintih,
hanya kepadaMU ku mohon petunjuk.
hamya kepadaMU ku mengadu..
tiada lain selain Engkau

ya Allah,
yang  maha membolak balikkan hati,
kau tetapkanlah, 
kau teguhkanlah, kau kukuhkanlah hati hambamu ini,
dalam mencintaiMU, memohon redhaMU, memohon kasih sayangMU,
hanya keredhaanMU yang ku harapkan.
tiada lain selain Engkau

ya Allah,
aku memohon kepadaMU,
seandainya rezekiku di langit, kau turunkanlah ya Allah,
sendainya di bumi, kau keluarkanlah ya Allah,
seandainya jauh, kau dekatkan,
seandainya sukar kau permudahkan,
sesungguhnya urusan memudahkan itu amat mudah bagiMU,

ya Allah,
jadikanlah aku seorang hambaMU yang solehah,
yang sentiasa mentaatiMU dan menjauhi segala laranganMU,
jadikanlah aku seorang umat yang solehah,
yang mengamalkan sunnah rasulMU,
jadikanlah aku seorang anak yang solehah,kepada kedua orang tuaku,
jadikanlah aku seorang isteri yang solehah, kepada suamiku,
dan jadikanlah aku seorang ibu yang mithali kepada anak2ku

ya Allah,ya Rahman, ya Rahim,
hanya kepadamu aku mengadu kau permudahkanlah segala urusanku,
sesungguhnya urusan memudahkan itu amat mudah bagimu.

ya Allah,ya Fathah
kau bukanlah pintu hatiku untuk menerima kebaikan, 
kau bukakanlah pintu hatiKU untuk terus beramal di jalanMU,
jauhkanlah aku dari sifat2 mazmumah, dekatkanlah aku dengan sifat2 mahmudah
hanya kepadaMU aku harapkan tiada lain selain Engkau

AMIIN YA RABBAL AA'LAMIN...




DOA SENJATA ORANG MUKMIN...


10 Nov 2011

Akhirnya: LULUS!! :)

Assalamualaiku semuaaa..!!!
(^_^)...(^_^)...(^_^)... (^_^)...(^_^)... (^_^) * rasa macam mau seeeenyuum sepanjang masa..huhuh Alahmdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! nak tahu kenapa? xsabar mau kongsi..huhuh jap2..intro2..ngee~

hai, kita bertemu lagi...di hari khamis, 10 november 2011...tahu x knapa sy happyyyy sangat?? heheh nampak tajuk entri ini? itulah sebenarnyaaa....^___^ dah jenguk belum entri ini  matangkah kita? entri sy beberapa hari yang lepas...

tadi baru sahaja meng'log in masuk ke dalam Ewadi Usim...Ewadi tu laman unit hebaan pelajar usim...dengan niat untuk menyemak status kertas kerja unit sukan: kolej kediaman nilam court~ selepas meng'log in masuk menggunakan password kolej, ALHAMDULILLAH!YES!! betapa riangnya dalam hati..terima kasih Allah...:) KERTAS KERJAKU DILULUSKAN!!

Alhamdulillah...ajk2 ku sekalian, bersedialah umtuk berkhidmat! go! go! go! ^_^


Terima kasih ya Allah..! syukur tidak terhingga...hanya Allah sahaja yg mengetahuinya...betapa payahnya sy memerah keringat(macam kerja kebun pula kan..haha) menyiapkan lima kertas kerja...fuhh! bukan senang...turun naik kolej ke kampus...and, thanx yg sangat2 teristimewa buat Atiqah bt Zakaria yg sanggup bawa sy naik bruum..brumm..hihih moto@ skuternya yg comel, ke kolej semata2 tuk jumpa pengetuaa..hee~ terima kasih tikah!..:) and, this is the first time i make it..heheh masih baru kan..=) ada juga pengalaman!

rasa teruja itu terlalu over...heheh ya lah, di sekolah dulu, kita yg dijadikan peserta utk sesuatu program...tapi, kali ini kita yang mencari peserta utk diprogramkan..hm?diprogramkan?hahah pelik bunyinya..=) ingat senang mau cari peserta?rasain loh..hahah kalau sy pun, punyalah payah mau ikut program kampus..apatah lagi kolej..heheh

tapi kali ni, insyaALLAH program sukan ini akan berjalan lancar, sebab sy mempunyai ramai anak2 buah yang sangat setia...macam samsenglah pulak..kikiki ya, hanya kepada MU, aku harapkan ya ALLAH...lancarkanlah program kami ini...=)

Mohon doa dari semua ya...~

'ya ALLAH, hanya kepadaMU aku memohon, permudahkanlah urusan kami, sesungguhnya urusan memudahkan iu amat mudah bagiMU'


 dan betul kata orang, apabila kita ditimpa sesuatu kesedihan, jangan RISAU jangan SEDIH, Allah ada sesuatu untukmu....dan, saya dapt rasakan kesedihan sy bertukar 360 darjah kepada rasa syukur/gembira yg tidak terhingga..^_^ syukran ya Allah...


~sekadar renungan bersama~
~..jangan mudah putus asa, kerana ALLAH ada bersama kita...sentiasa ada...~

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI TEMPAT MENGADU


Islam:just engaged


MAJLIS PERTUNANGAN: my lovely kak teh:)
Assalammualaikum…..artikel ini sy shere from baitulmuslim.com ^^,
Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan,
utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang
peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga
sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam
membuat keputusan untuk menerima bakal
menantunya.
Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak
meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan
soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok
utama.
Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar
beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk
mengajar anak-anak dan isteri bila telah
mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan
perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu
seperti sembahyang secara individu dan
secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan
dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan
lelaki berkenaan.
Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal
hubungan dengan Allah sebagai pokok utama
sejahteranya rumahtangga. Setiap kali
berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang
akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan
saja syarat yang akan mensejahterakan dan
mengukuhkan rumahtangga.
Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-
anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk
ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak
taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’
kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di
dalam mentadbir
rumahtangga menurut hukum Islam.
Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang
lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah.
Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang
lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan
berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau
suka berfoya-foya,
berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai
harta.
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya
dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah
memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”
Rasulullah saw bersabda lagi:
“Jika datang kepada kamu pinangan daripada
seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya
agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima.
Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah
dan kerosakan di muka bumi.”
Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada
hak menentukan samada mahu menerimanya atau
tidak, cuma secara beradapnya eloklah ditanya
kepada empunya diri terlebih dahulu.
Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat
keputusan, eloklah memberi keputusan kepada
walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan
walinya tentu tepat kerana seseorang bapa 
tidak
akan
 sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik
akan memilih lelaki yang beragama dan
berakhlak mulia.
Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan
sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan
bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat
anaknya itu.
Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis
peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak
berlakunya percampuran di antara lelaki
perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat
hendak kita gambarkan sebab hati yang akan
terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu
dua tetapi sampai ke hari tua.
Contohnya, orang di zaman salafusaleh,
rumahtangga mereka berkat sebab dari awal
peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.
Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-
awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan
peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun
mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak
bahagia. Ada saja kusut masainya. 
Hati pun
kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di
rumah dan inilah yang banyak berlaku 
hari ini.
Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini.
Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah
dapat kita jaga dengan baik.
Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan
peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang
mahal-mahal. Contohnya pakaian, makanan, 
buah-
buahan
, alat solek, beg tangan, kasut, cincin
bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah.
Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah.
Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat
Islam
 dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu
tinggi hilang keberkatan rumahtangga.
Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan
mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana
mas kahwin itu memang haknya. Walau
bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah
menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita
tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi
sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan
berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.
Begitulah kehendak syariat.
Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah
memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas
kahwin yang paling baik yang terendah. Sabda
Rasulullah saw:
“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang
terlebih murah mas kahwinnya.”
Sabda Rasulullah saw lagi:
“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling
sediki mas kahwinnya.”
Bersabda Baginda lagi:
“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu
segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu
kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”
Kita patut mengetahui setengah daripada mas
kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh
dirham saja; sama nilainya dengan harga batu
pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji
bantal di rumahnya.
Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan
mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih
kurang lima dirham)
Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak
perempuannya dengan 
Abu Hurairah berbekalkan
mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.
Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali
perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis
mereka. Katanya:
“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada
mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan
isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”
Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan
wang atau emas permata, ayat-ayat 
Al Quran juga
boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam
surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah
seberapa banyak yang dikehendaki.
Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran
tidak wujud 
dalam Islam. Hantaran itu merupakan
adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini
adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan
digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk
persiapan 
majlis perkahwinan.
Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah
diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal
menantu hendak memberi hantaran, boleh kita
terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada
hikmahnya.
Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan
tunangnya agar memperluatkan agamanya dan
bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati
tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-
sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu
qanaah, memadai dengan apa yang
telah ada tanpa rasa tamak.
Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu
tempuh yang agak lama jaraknya dengan
penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan
pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari
berbagai fitnah manusia.
Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam
pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan
bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah
wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang
dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan
seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-
duaan dengan bakal isterinya.
Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti
wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah
sosial dan kerosakan maruah. Walau
bagaimanapun, pertemuan dengan tunang
diharuskan sekiranya mengikut syariat.
Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan
kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak
melihat bahagian aurat tunang.
Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi
maklumat, menerima maklumat dan memberi
nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu
kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan
sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.
Pergaulan yang melibatkan tunang samada waktu
melihat atau berbual hendaklah bersama
muhrimnya. Di larang melihat tunang secara
bersendiri. Rasulullah saw telah mengingatkan kita
di dalam sabdanya:
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari
Kemudian maka jangnlah sekali-kali menyendiri
dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh
mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya
adalah syaitan”
Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya:
“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri
dengan perempuan yang tidak halal baginya,
kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan,
kecuali kalau ada muhramnya.”
segalanya mungkin! ^_^

8 Nov 2011

'AKU & DIA dah putus...'


 Assalamualaikum...baru sebentar tadi terbaca satu entri dr blog seorang akhowat..best2 sangat2 jom! baca..^^

 http://jatuhbangunmiszcahye.blogspot.com/

“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur  ”

p/s :  Semoga bermanfaat
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

2 Nov 2011

matangkah kita?


Hmm…syukur kpd Allah atas segalanya nikmat kurniaanya. Kita masih di kurniakan nikmat iman islam dan ihsan…kita masih di beri peluang utk menghirup gas oksigen yg dikurniakan scra percuma olehNYA…الحمدالله   ^__^ dan masih dikurniakan nikmat kesihatan yg baik oleh yg ilahi….=)

Hari ni setelah sekian lama xupdate blog, sy kembalii.. tahu tak, sy bersyukur sgt diberikan kesempatan dan masa  utk menyiapkan enam  kertas kerja yg memakan bajet hampir lima belas  ribuu…huhuhu biasalh d perngkat ipt kn…mcm xpecaya plak..hahah tp, Alhamdulillah dpt pengalaman  jgk kn… 

walaupun pening2 tension2 dan hampir fedup mmbuat kira2 tambah tolak bahagi darab mengatur  bajet program,tp, dgn semangat dan keazaman yg tinggi, sy teruskan jgk! sehingga habisss….selama dua hari dua malam…huh~! ‘bertindak lah mengikut namamu!’ AZMINA bermaksud Keazaman!! Heheh insyaAllah sy adalah seorang yg berAZZAM tinggi dlm apa jg yg sy lakukan…hehehehhe trima kasih to my umi abi for giving me this beautiful name..Nurul Azmina= chy keazaman…J alhamdulillah~

 pengalaman telah mendewasakan dan jg mematangkan fikiran.eh, sy bercakap ni mcm sdh terlalu byk pengalaman kan? xlah…belum cukup ilmu di dada ni.perlu di timba sebanyak mungkin utk menghadapi kehidupan 20 than akan datang….persoalannya, sempatkah? ?hhhuh Wallahu’alam bissowab… kita merancang Allah yg tentukan samada kita Berjaya utk merealisasikan atau tidak…

so, sekarang kita kena berusaha utk menyempurnakan kehidupan kita dari pelbagai sudut.. tp, yg paling penting tingkatkan dulu ilmu AGAMA dalam diri, walau susah dan payah macmna sekalipun, kita kena harus dan wajib menuntutnya…terutamanya fardhu AIN..

Sebagai kaum hawa, kita harus mempunyai ilmu dalam semua bidang. Bukan maksud sy kita mesti menandingi kaum adam yg mana lebih nyata mempunyai kebolehan yg tinggi daripada kita. Tapi, sekurang2nya kita kenalah belajar mempelajari bagaimana untuk  menampung kehidupan kita sekiranya  kita tidak hidup dalam kelompok kaum adam.. faham x apa yg sy ingin sampaikan? 

Means, kita kena jgk belajar ilmu2 pertukangan, elektrik, masuk hutan keluar hutan, memandu kereta, dan sebagainya… bukan setakat memasak dan duduk dlm pejabat shj. Tp achu tera teh buat semua benda dlm kehidupan kita. Sebab, pengalaman yg kita dpt xsama dgn org lain yg masih duduk dlm kepompong, yg tidak berani keluar menjelajah dunia..

And, mmg nyata terang lagi bersuluh kaum adam ni lebih terkenal dgn words  ‘IMAM’ ketika solat ataupun menjadi ketua dlm apa shj program yg di lakukan. Tapi, yg hairannya ada jgk kaum adam ni yg xmahu menerima amanah nie. 

Hairan kan?? Kalau lah di beri alasan kerana, mreka xpndai n xda kemahiran langsung. Mmg xboleh masuk akal. belum try dh tewas dgn maianan minda. Betul atau tidak? Tapi, xkurang gk dgn kaum hawa ni. Mudah tewas dgn mainan minda sendiri.

 Itu tak masuk untuk menjadi pemimpin keluarga tu. Kalu dah masuk bab ni, amacam?? Nak kata' sy xda kemahiran n xpandai bab2 pimpin memimpin ni..'masih nak kata gitu? tapi, insayaAllah umat Islam tak gitu kot…heee umat Islam kan hebat..sentiasa bersedia dgn apa jgk ujian yg menimpa…hhuhuhu  sentiasa terbuka mindanya..insyaALLAH sama2 lah kita mengubah persepsi  diri..

Oklah, mcm pjg lebar pula…;) papun, hidup mesti diteruskn. Tiada yg mustahil dgn kuasa imaginasi.. kita adalah kita! Tiada siapa boleh mengubah melainkn diri sndri, dgn syarat mstilah berlndaskn syariatNya..^^

~Sekadar Renungan Bersama~
‘ umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam ‘

S.E.G.A.L.A.N.Y.A M.U.N.G.K.I.N


CopyRight by azs_miina